Fresh from the owner...

29 November 2013

Tukar header baru.


mula-mula kena tukar header dulu sebelum tukar cat rumah. Aus pun dah nak masuk 3 bulan. wah... cepatnya masa berlalu! memang cepat sangat la. kejap je dah besar. kalau ikutkan appointment, malam ni kena bawak dia cucuk 3 bulan. apasal malam? sebabnya aku dah transfered out ke private. suash bila nak bawak dia ke klinik dan husben pulak kerja pagi. sudahnlah sampai kat klinik sana kena menunggu lama. even jiran aku pun tanya berapa kena bayar kat private. tak tahan nak tunggu. ramai orang. lagi pulak kalau aku bawak Azfar. adoiii... mahu hilang budak tu dibuatnya.

tapi tak jadi nak cucuk Aus malam ni. aku malas nak pergi malam. siang-siang ni doc tak ada. dia la suruh datang malam tapi disebabkan dia tengok aku reluctant sikit, makanya dia tukar date ke hari Isnin ni. husben kerja malam. boleh la tinggalkan budak-budak ni kat rumah. bawak Aus je. dan biasanya jugak, sekarang ni aku dah berada kat kampung. cuti sekolah kan?! tapi husben ni senyap je. tak cakap pulak la bila boleh balik. ayah aku, abang aku, kakak aku siap call banyak kali tanya bila nak balik. ayah aku pulak siap pesan kat cucu dengan anak-anak dia yang duduk kat rumah tu jangan sentuh bahagian kiri buah rambutan yang nak masak tu. reserve khas untuk aku dengan abang aku kat Klang tu. kalau tak balik dan buah tu masak merah, barulah dia bagi kait. huhu...

nak ajak balik kampung pun husben bukanlah sihat sangat. dah dua hari mc. batuknya dah dekat tiga bulan tak baik-baik. sejak sebelum Aus lahir lagi. suara dia pun dah lebih 3 bulan jugak tak ada. bukan tak ada langsung tapi tak macam biasa la. semalam masa urut-urut dada sebab dia sakit bila batuk, rasa la tulang-tulangnya. okay... dah kurus. bukan tak perasan tapi saja nak menafikan sebelum ni. ubat? dah macam-macam jenis ubat dia makan. yang kawan bagi, mak bagi, adik-adik bagi tapi macam tu jugak. mungkin sebab dia terlalu stress plus perjalanan tempat kerja dia yang jauh tu buat dia lagi tak sihat. memang dia dah penat dengan perjalanan jauh dia tu tapi nak buat macam mana. buat masa ni kat situ la rezeki dia.berdoa sajalah semoga dipermudahkan semuanya oleh Yang Maha Esa.

okay la... nak main masak-masak kejap. banyak benda nak cerita. pasal budak-budak ni. pasal banyak benda la. nanti kita story-story dengan blogwalking lagi ye. itu pun kalau tak berebut lappy dengan husben and the kids plus si Aus ni tak nak bergayut. kalau tak, apa pun tak jadik. hehehe...




my foot: budak-budak ni pun dah tak tanya abahnya lagi bila nak balik kampung lepas kena marah. hoho... last day sekolah, balik rumah dan belum bukak kasut terus tanya abah bila nak balik. petangnya, abah baru je tongkat motor lepas balik dari kedai, terus cakap nak balik kampung esoknya. adehhh... menyirap la dia. dah la tengah sakitkan. aku faham. tapi budak-budak ni bukan la faham sangat. ala... nanti-nanti kita balik la ye anak-anak. sabar!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. yeay.. 4A sudah... tahniah kak...dua laki 2 pompuan.. erm.. bestnya...

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Sal...Sal 4A, saya 4D..hehehe...

    ReplyDelete
  3. batuk 3 bulan kot..sll ada aorg sebut gitu..kalau batuk mmg lambat nak baik...tapi mg cpat laa baiknya...cian anak anak nak balik kg tuu

    ReplyDelete
  4. Semoga sis dengan keluaarga dipermudahkan yer..
    Selamat bercuti~

    ReplyDelete
  5. cantik blog ni..bw singgah sini..saya baru mulakan blog, sudi2 la singgah bg support ye.. :)

    ReplyDelete
  6. cantik header. muka anis lebih kurang muka azfar kan.

    lamanya hasben kak sal batuk. kot2 sebab udara. ari tu saya pun batuk tak berenti2 gak. pastu saya beli air purifier. alhamdulillah dah takde dah batuk. beli yg murah je kat groupon.

    ReplyDelete
  7. wajarlah header baru..dh 4A dh skang..:)

    lama tu batuk,takut efek ketempat lain pulak..buat la detail chekup..batuk pun bahaya,jgn ambil ringan tau..semoga cpt sembuh..

    anak2 sabar ye,nti kita balik kmpg..:)

    ReplyDelete
  8. Sal dah 40 ye...Ms akak tinggal kn blog masih lg 3A. ...tahniah

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign