Fresh from the owner...

27 November 2013

Laptopku sayangku.


entri penguat semangat di malam hari. adehhh...!!! biasanya time ni aku dah selamat melayan mata dengan si Aus. bukan Aus seorang malahan kakak-kakak dan abangnya sekali. tapi malam ni rasa macam terlebih rajin sikit memandangkan laptop aku yang skrinnya 'musnah' tu dah direpair oleh encik husben tersayang. dia called kedai tanya berapa harga skrin untuk acer bla... bla... bla... dan kedai cakap kalau LED lain price. LCD pun price lain la. LCD lagi murah berbanding LED. 

so, husben nak tukar kepada LED. tapi tokey tu cakap nak check stok apa yang ada. dalam masa dua minit dia mintak call dia semula. belum sempat husben nak call si tokey called dulu bagitahu yang ada cuma LCD. makanya, tukarlah skrin ni pada LCD which took the tokey 30 minutes untuk siapkan. tapi sebab husben datang dalam pukul 9 lebih. tak sempat la dia nak tukar.dan malam tadi lepas balik kerja dia pun terus la ambik laptop ni. dia kesian kot aku dok guna hp yang kecik tu. hehehe... mungkin jugak dia bosan dengar aku merungut nak laptop baru. aku tak kisah pun laptop baru ke laptop ni ke... janji ada laptop. ^____^

lepas ni insyaAllah boleh la kembali berblog seperti biasa. tangan pun kekok nak menaip. dah lama tak cecah keyboard. biasa guna handphone je kan. ceh... mengada-ngada kan?! lepas ni aku kena la topup nombor hotlink tu untuk guna wassap. sebab sebelum ni aku guna sim broadband ni tapi nombor hotlink tu. tipon tak berapa canggih tu boleh masuk dua sim. membazir la biarkan sim broadband tak berguna kan? jadi aku pun guna la line broadband untuk wassap tapi nombor yang appear nombor hotlink. husben tanya: "Macam mana tu?" aku pun tak tahu.

dan tengahari tadi anak jiran aku jatuh longkang. bibir budak tu terbelah sikit. aku la yang jadik tukang isi minyak gamat kat bibir budak tu memandangkan jiran yang sorang lagi tak berapa nak berani dan si emaknya pulak dah nak pitam anak jadik macam tu. anak lelaki sorang. menjawab la dengan si bapaknya. maknya dalam nak pitam tu geram jugak. sebab dia dah pesan pada anaknya jangan keluar. tapi budak-budak biasa la. pintu pagar terbuka, dia pun keluar la dengan basikal. sudahnya jatuh longkang.

kalau ikutkan bibir tu macam kena jahit. jiran aku ni pergi la hantar memandangkan si emak masih tak boleh nak handle situasi tu. tambahan pulak si emak ada baby kecik. tapi jiran ni terpaksa hantar balik budak tu sebab doc kat klinik swasta baru je keluar rehat. Klinik Satu Malaysia kata jarum dia tak sesuai untuk jahit bibir budak tu. bertolak ke sana sini last-last pergi ke HSI. dua jam menunggu tapi tak setle jugak. banyak kes accident bagai. bawak balik dan pergi pulak ke klinik swasta tadi. by that time, dah nak masuk waktu maghrib. lama la budak tu terpaksa menunggu untuk bolehkan bibirnya digam. maknya kata dah bengkak pipinya sikit. nasib baik anak lelaki. takut kena marah terpaksa tahan sakit. kalau anak perempuan yang lemah gemalai memang tak la kan. huhu...






my foot: tidaklah selalu boleh buat entri seawal pagi ni. susah nak bangun pagi pulak. Aus ni kalau dah menyusu lama. memang tak hadap laptop la kalau bagi dia susu kan? laptop ke mana, aku entah ke mana. haha...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. gegegge.. ngeri tang mulut pecah tu...

    blog sy eca yg editkan.. eca budak sabah tu..

    ReplyDelete
  2. yeyyy.. dah sihat laptop dia. lcd pun boleh la. berapa kos repair dia kak sal. boleh share kot2 ada yg rosak jugak nanti.

    seriau jgk dgr bibir pecah. sampai mak dia sendiri pon pitam. huhu...

    ReplyDelete
  3. dr laptopku syg smp ke jiran terbelah bibir jatuh longkang ye.hehe almaklum skrin baru,pnjang la bebel..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign