Fresh from the owner...

19 November 2013

Cuti sekolah sudah!!!



Dah lama tak update blog. Rindu dekat blog ni. Tapi nak buat macam mana. Tunggu laptop datang baru sedap nak berblog macam biasa. Nak blogwalking pun senang.

Alya dengan Anis still akan sekolah kat sini next year. Dia orang yang nak. Walaupun yuran dah naik, abahnya kata okay maka okaylah. Dah bayar deposit pun. Alhamdulillah... Alya dah boleh reading. Anis pada aku dengan umur 4 tahun tu dah banyak progressnya. So next year, Alya last la kat situ before naik standard 1. Dah besar la budak-budak ni... T___T

Azfar pun dah free diapers di siang hari. Kehendak sendiri. Okay la tu. Tak ada la dia nak kencing merata-rata kan. Dia nak kencing, dia akan masuk toilet. Nak poo poo je dia ambik diapers sebab toilet duduk. Bahaya jugak kalau dia sorang-sorang dalam bilik air. Bukan aku tak boleh tengok. Tapi kalau time Aus menyusu, susah sikit la. Walaupun mulut si Azfar ni 'handal' tapi kalau dia cakap nak pakai diapers, dia nak jugak la. Layan. Kalau tak nanti tengah-tengah maim dia cakap dia terkencing. Mesti menyirap darah mak. Hoho...

Dan si comel Aus... orang mesti tanya dah boleh buat apa kan kalau jumpa. Dah boleh mengamuk tahap mega. Adehhh... tapi tetap jadik kesayangan kakak-kakak dan abang. Asal hilang je mesti cari. Baby zaman sekarang ni cepat matang la. Belum masuk 3 bulan pun Aus ni tapi suka orang layan dia. Bercakap je la kejap lagi.


Walaupun semalam terlocked dalam kereta, aku bernasib baik Allah bagi bantuan segera. Jiran aku si pomen balik rumah dan aku pulak kebetulan baru sampai rumah lepas beli barang. Nak bukak pintu pagar sekali tu masa pintu kereta tu tutup aku dengar bunyi lock. Aisey... panik kejap. Nasib baik Aus tidur. First time jadik nih. Sebab tu aku jarang tutup kemas pintu kereta. Tapi semalam nak jadi cerita agaknya. Si pomen la yang tolong. Dia kata nasib baik dia kebetulan balik nal ambik motor. Huhu... terima kasih ye jiranku aka encik pomen.

Terima kasih Ya Allah atas bantuan yang Engkau berikan!!!
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. seram plak baca kereta terkunci sendiri tuh.. huhu

    ReplyDelete
  2. huhu..bahaya kalau terlock keta...ida pun selalu kalau nak kua keta pintu buka sikit..especially skang ni kena anta dua budak kembar tu p mengasuh..sementara nak load beg2 diorang ida buka pintu..takut terlock

    ReplyDelete
  3. Ya Allah nasib baik ada jiran yg boleh tolong kan.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Allah dah susun dah tu. Sebab tu time kejadian tu abg pomen tu balik.

    ReplyDelete
  5. peninglah pulak bila anak2 kat rumah ni !

    ReplyDelete
  6. Salam Sal.. Dah lama tak bw, ni nak merajinkan diri balik ni. Blog sendiri pun dah bersawang2. Semalam buat entry ww, jadilah dr takde..

    Seram baca pasal terlock tu. Kita ni berjaga2 mcm mana pun, kadang benda dah nak jadi kan.. Harap2 lepas ni tak terjadi lg.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    sesungguhnya percaturan Allah itu lebih baik kan kak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign