Fresh from the owner...

01 October 2013

First day without my dad.

Aku dah taip suku cerita guna laptop yang sekejap okay sekejap tak skrinnya tu. Tengah-tengah taip paam pulak skrinnya. Sengal betul la. Geram je. Sebabnya aku upload pics jugak. Phenat!!!

Ayah aku dah selamat sampai kat kampung semalam after 30 days dok tolong aku kat sini. Sepanjang aku pantang ni dia la dok tolong tengokkan Aus plus dodoikan Aus time aku ada benda lain nak buat. Walaupun dia cakap dia datang dah susahkan aku sebab makan minum dia aku sediakan tapi paa aku benda tu normal la. Kalau tak aku siapa lagi nak sediakan makan minum dia kan? Dia bukan ada orang lain kat sini.

At least ada jugak bakti sementara dia masih ada kan? Sunyi pulak tak ada ayah aku tu. Anak-anak memang riuh tapi orang tua tu bukan senang nak datang sini. Nak duduk sebulan lagi la. Tapi sebulan tu macam kejap sangat je. Pejam celik dah habis sebulan. Tak ada la nak kejar-kejar nak masak tengahari awal. Nak sediakan breakfast dengan minum petang... dah tak payah nak fikir walaupun kadang-kadang tak fikir sangat. Tengok apa ada kat rumah, masak
Cuma kena pastikan apa yang kita masak tu dia makan la. Itu je.

Semalam jugak Aus cucuk sebulan. Lepas ni transfer out ke private sebab next month husben kerja pagi jugak. Takkan tiap-tiap bulan nak ambik cuti. Dia yang suruh transfer out ke private. Satunya sebab nak kena menunggu lama. Orang memang ramai. By the time siap, anak-anak dah balik sekolah. Siapa nak tengok kalau aku still kat klinik? Lagi pulak kliniknya jauh. Dia tak nak susahkan aku drive jauh-jauh dengan hero dia yang dua orang tu. Kalau private dekat dengan rumah je. Timing pun kita yang tentukan. Okay... dah dia yang bayar bil nanti kan, aku ikutkan je. Hoho...

Klinik kerajaan pun suka orang tranafer out. Memang ramai sangat orang. Nak jumpa doktor pun kena tunggu 30 minit. Belum lagi nak kena tunggu untuk check baby dengan injection lagi. Berkarat menunggu. Masa kat Pahang tak ada la lama sangat menunggu. Bila kat sini phening. Timbang baby pun sendiri kena buat rupanya. Adehhh... jakun kejap!!!

Dah settle semua baru baru la hantar ayah aku ke stesen bas. Belikan tiket and tunggu dia naik bas. Tiba-tiba rasa sedih pulak. Tengok cerita Chalte Chalte pun boleh buat air mata rasa murah sangat turun. Jadi layan perasaan je la semalam. If you feel like crying, then cry je la. Layan... T___T

Jadi hargai la orang tua kita sementara masih ada. Thank you dad for helping and caring and love. Miss you and love you so much!!!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Kagum plak rasa sebab ayah yg temankan akak masa berpantang. Kalau abah saya tu takdenya dia nak. Heheh. Betul tu kak. Masa org tua masih ada ni hargailah.

    ReplyDelete
  2. wah..ayah tolong jaga ya..sempoi la...

    ReplyDelete
  3. bantuan bapa sangat dihargai di saat seperti ini kan kak...kejap jer dah sebulan akak berpantang

    ReplyDelete
  4. bagusnya ayah akk,boleh jugak tengok2kan cucu..

    ReplyDelete
  5. aku kat sini, gomen lagi cepat dari private tau, in less than 1 hour siap!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign