Fresh from the owner...

20 October 2013

Budak Tin!!!

Budak Tin bukan budak yang duduk dalam tin ye. Ini buku cerita. Buku yang ditulis oleh seorang sahabat. Teman belajar masa degree dulu. Teman sekelas. Sekarang ni dia dah jadik editor yang berjaya tapi masih sengal macam dulu jugak. Hahaha...

Aku nak buat review sikit pasal buku ni. Dah baca lama. Tapi tak sempat pulak nak buat review. Ini bukan novel macam I Love You Mr.Arrogant or macam Sebenarnya Saya Isteri Dia. Ini bukan novel cinta. Jadik pada penggemar novel cinta tu jangan harap ada cinta-cinta dalam ni kecuali cinta pada ibu bapa dan rakan-rakan.

Buku ni ditujukan pada remaja yang bawah 15 tahun. Sebabnya buku ni ada terselit pengajaran didalamnya. Pada yang suka Bahasa Melayu sejati boleh baca buku ni. Sebab bahasanya bukan macam bahasa novel.

Budak Tin ni perihal semangat seorang budak perempuan bernama Fatin. Walaupun ayah dia kerjanya cari tin dan jual tin, dia tak malu malahan bangga dengan rezeki yang ayah dia cari. Ada budak malu bila ayah dia orang kerja cari tin kan? Tambahan pulak kalau kena ejek dengan kawan-kawan sekolah. Tapi Fatin ni cekal. Semangat dia tu la yang aku suka. Mungkin itu jugak semangat si penulis.

Apa pun buku cerita ni sesuai jugak diberikan sebagai hadiah untuk budak-budak. Membaca kan jambatan ilmu. Hehe...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. menarik jalan cerita budak tin nie.nti cuba carik kt bookstore..cer cerita detail sikit,tunjuk pic bukunya ke sng sikit nak carik

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign