Fresh from the owner...

03 October 2013

Aus Irsyad day 1.



Ini masa kat hospital. Aku lepas delivered memang susah nak tidur. Pukul 3 lebih baru tidur. Itu pun paksa diri sebab aku kan ada problem dah masa nak bersalinkan Aus. Lagi pulak aku dah rasa kalau tak tidur memang sure tekanan darah naik. Tambahan pulak rasa macam tak berapa nak sihat je.

Paginya nurse checked kata ada potensi nak demam. Dia suruh minum air masak banyak-banyak. Berbotol jugak la air masak minum. Lepas tu kencing untuk buang haba panas. Itu termasuklah air zam-zam yang husben belikan sebelum balik. Memang reda je la. Pulak tu ada batuk. Adoiii... memang pasrah bila batuk tu.

Alhamdulillah... Aus tidur je sampai orang katil sebelah tegur baik budak ni. Tak menangis pun. Cucuk BCG pun relax je. Takde nangis-nangis. Tapi balik je rumah, dia tak ada tidur macam dia kat hospital. Rajin bukak mata. Sebab tu jugak kot dia tak ada jaundice. Salah satu sebab aku rajin minum jus delima time pregnant. Berkat. ^___^

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Comeinyaaa....semoga ibu & anak sihat ya.

    ReplyDelete
  2. good boy aus,sama macam afia,kt hospital kira tido je,jiran sebelah menyebelah dok melalak dia tak dengar suara langsung

    ReplyDelete
  3. oooo jus delima ye utk elak jaundice.....bagusnya tak ada jaundice kan.....aku anak2 semua jaundice teruk tau

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign