Fresh from the owner...

25 September 2013

Baby ambang merdeka.

Kiranya ni catatan ringkas pasal kelahiran Aus Irsyad. Lahirnya dia pada 30 Ogos pukul 8.16 malam. Okay... tak sempat nak tunggu merdeka. Kalau dah nak keluar tu keluar jugak la. Nak tunggu malam merdeka buat apa. ^_^ Sebabnya mesti orang cakap: "Kenapa tak tahan sampai malam merdeka?" Adeh... mana boleh tahan-tahan!!! Dah ditentukan dia jadik anak ambang merdeka.

Masuk labour room pukul 8.15pm ye. Sampai doc yang sambut Aus pun cakap: "Kalau semua kelahiran macam ni kan ke senang." Haha... Sekejap je. Husben pun tak sempat nak masuk. Nurse la dok sibuk suruh ambik baju dengan diapers baby. Macam tak boleh nak tunggu. Padahal lepas delivered baby stayed atas badan aku for almost 30 mins. Sebabnya diaorang tak cukup staff. Nak dapatkan segelas air pun adik ipar aku yang doc tu buatkan. Huhu... Masa tu memang haus gila. Duduk dalam labour room pun lama sebab aku kena masuk air 2 botol. Sebab apa sampai 2 botol masuk air? Dehidrasi.

Alkisahnya, air ketuban pecah pukul 4. Tapi sikit sangat. Mungkin banyak tapi time tu aku kerap ke toilet. So masa kat toilet la air ketuban tu keluar banyak. Sakit teruk masa pukul 5. Husben ajak ke hospital tapi aku refused. Konon-konon sakit macam Azfar dulu. Aisey... tak sama rupanya. Bila sakit dah 7 ke 5 minit sekali baru aku ajak dia ke hospital. Itu pun dah pukul 6.30. Ngeee... Tolak darab bahagi campur jammed bagai, pukul 7 lebih jugak la sampai. Adik ipar aku dah nak habis kerja dah masa tu. Dia habis kerja pukul 8. Dia la yang tolak aku naik wheelchair ke bilik pemeriksaan. Bukan setakat nurse kat kaunter, adik aku tu pun siap cakap: "Relax je. Tak macam orang nak bersalin pun." Hoho...

Masa checked jalan dah buka 7cm. Kalau lambat sure bersalin dalam kereta. ^__^ Konon-konon jugak doc nak pecahkan air ketuban. Sekali air ketuban dah tak ada katanya. Banyak pulak soal jawab. Kena pulak heartbeat laju. Pulse pun sama. Sangkut pulak kat situ. Checked demam ke tak. Checked gula jugak. Semua normal. Tapi sebab ada tacky-macky tu makanya diaorang takut aku collapesed kot. Siap nak tunggu doc bertugas datang checked.

Lepas delivered pun nak kena checked heartbeat bagai. Kena tunggu air 2 botol tu habis baru boleh masuk wad. Itu pun dia orang assumed aku ni ada GDM. Padahal history je. Baby nak dihantar ke NICU. Adik aku la dok sound GDM tu cuma history je. Checked gula pulak. Normal. Pukul 10 lebih jugak la baru masuk wad. Penat duduk dalam labour room. Lama gila. Tapi baby dia orang mandikan memang bersih. Tak ada putih-putih tu. Time Aus kurang minum air kelapa muda. Susah nak dapat. Wad bersalin memang penuh. Yang c-sect pun duduk sama dengan yang bersalin normal. Even ada sorang tu nak duduk kelas dua tapi penuh. Kat katil je dia orang letak tag kelas dua. Setakat beza pada makanan dengan bekas makan je la. Baik duduk kelas tiga je. Sama je pun.

Awal pagi masa nurse checked still pulse tak stabil. Nurse dengan berlagaknya cakap minum air masak banyak-banyak. Sebab nak demam. Dia malas nak handle orang ada kes. Boleh pulak gitu kan? Alhamdulillah... hari 31 Ogos tengahari dah boleh balik. Tak ada la nak berkampung lama-lama kat hospital. Aus pun alhamdulillah... tak kena jaundice. Sihat sampai ke hari ni walaupun abangnya kena demam campak.

Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan yang masih diberi.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. SENANGNYA BERSALIN.. SEBAB DAH 4 KOT, TAHNIAH YER...

    ReplyDelete
  2. erm anak ke2 saya plak lahir 30 ogos 2012, time subuh.. kira jauh la jugak dr ambang merdeka tu.. tp tula.. x menahan la plak nk kuar time.. hari tu plak ramai betul yang bersalin..sampai penuh wad n bilik bersalin... tp bila 31 Ogos boleh kira la berapa ramai anak merdeka tu.. kiranya mmg insan terpilih ajela lahir hari tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tahniah ya.. ada baby baru :)

    ReplyDelete
  4. org kata klu jarak anak dekat2 mmg mudah bersakin.walhualam..:)

    apapun syukur semuanya selamat..merdeka ke tidak tu semua just a number..:)

    ReplyDelete
  5. erm.. ok la tu kak 30 ogos.. not bad.. skurang2nya anak tu dpat lahir dgn smpurna.. hehe

    ReplyDelete
  6. nice experience, selamat berpantang kak...:) done follow cni, jom follow blog saya http://norfarahfarid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. baby ambang merdeka? hihi alhamdulillah, selamat semuanya kan? =)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Aus ni mudah je lahirnya. seminit je masuk labour room dah lahir. Saya dulu 2 jam dlm labour room. Tahniah kak sal.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign