Fresh from the owner...

10 July 2013

Reason dah lama tak update blog.

memang dah lama kan? malas yang betulnya. bukan tak ada cerita. cerita tu ada je. hari ni first day ramadhan. Alya nak try puasa. Anis pun kata nak cuba jugak. aku tak kisah sangat. nak cuba, cuba je la. tak ada paksaan pun. sebab yang paling penting ajar solat dulu baru ajar puasa kan? dah pandai solat baru senang nak ajar puasa. kalau dia orang lapar nak makan, bagi je la.
tadi kejutkan Alya sahur okay je. dia bukan jenis pemakan. jadik minum milo sikit dengan makan nasi dua suap. kurma dua gigit. lepas tu dia naik bilik. sambung tidur. tinggal aku dnegan abah dia je la yang bersahur. Anis bila tanya kata nak puasa. kejut bangun tak nak. biarkan je la dia nak tidur. makcik kecik tu jenis pemakan. bila bangun nanti mesti cari makanan. hahaha... Azfar memang tak puasa la kan. kecik sangat lagi. nak puasa apa kalau pakai diapers lagi. (^_^)
bercerita kenapa macam liat sangat nak update blog? memang aku macam ni la kalau 'bawak' orang. hahaha... aku dah bagi hints tapi korang-korang bukan peduli sangat pun kan? sekarang ni dah nak masuk 8 bulan. hopefully dapat puasa penuh this year. insyaAllah. masa Alya dulu puasa penuh. time Anis tak sempat sebab dia lahir 15 Ramadhan. tak ada penuh la kan. raya dalam pantang okay. time Azfar alhamdulillah... dapat penuh jugak sebab ambik injenction rancang keluarga 3 bulan sekali tu. makanya dia bagi efek pada badan dan sistem hormon.
apa pun, kira entri pemanas la ni kan. cewah... selamat berpuasa  pada kamu dan kamu. selamat mengimarahkan bulan yang mulia ni. yang datangnya cuma sekali. dan alhamdulillah... kali ni kita diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan mulia yang memang kita tunggu ni kan. semoga amal ibadat kia diberkati dan diterimaNYA. amin...
my foot: nanti-nanti aku bw ye. mood baik sikit ni. rindu kamu dan kamu semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. mengandung ker?? ya allahh .. dah 8 bulan rupanya, saboo jerlah... tahniah yer.. tahniah... kira nak masuk 4 lah ni .. saya jugak yg masih 1 huhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  2. letih tu pregnant waktu bulan ramadhan..semoga berpuasa penuh ya hehe tapi kalau tak tahan tu janganlah paksa diri... ^_^

    ReplyDelete
  3. As salam Kak Sal,

    Tahniah kak! Mmg tak sedar dgn hint2 akak tu... samalah kita, bila berbdn dua ni semuanya serba tak kena... Insha'Allah moga dipermudahkan semuanya nnt...

    Dah terlanjur jenguk di blog akak ni... Marya nak pohon ampun & maaf jika sepanjang perkenalan di alam maya ni ada yg terguris & terusik dihati samada secara sengaja atau pun tidak... Salam Ramadhan buat akak sekeluarga... xoxoxo :))

    ReplyDelete
  4. wah..dah 8 bulan..bestnya. Tahniah.. :D
    Semoga dipermudahkan semuanya..Amin
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. xpelah take yr time, KA pun lama x jenguk sini ! selamat berpuasa yer

    ReplyDelete
  6. tahniah akak! xsedar pn akak pregnant. huhu.

    ReplyDelete
  7. lor patut pun senyap je, bawa baby lagi rupanya, tahniah sal

    ReplyDelete
  8. Kejap je dah lapan bulan. Tengah sarat la ni kan.Patut la lama tak hapdet.

    ReplyDelete
  9. pregnen keee. tahniah. pembawak budak rupenye. :)

    ReplyDelete
  10. lg sekali tahniah kak.. dh nk bersalin rupanya.. sonok la raya tahun nih ader org baru.. :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign