Fresh from the owner...

25 July 2013

Puding roti dan siakap masam manis.



first time buat puding roti sebenarnya. sebelum ni tak pernah cuba pun walaupun senang. sebabnya aku tak makan. aku tak rasa anak-anak pun makan. buat 7 keping roti. tapi susu cair kureng sebab husben aku pesan beli dua tin susu, dia pergi beli setin je. adehhh... dia kata tak apa la dia nak keluar semula. nak pergi beli setin lagi la. tapi aku malas nak kerahkan dia pergi sebab dia pun penat. cuaca pulak boleh tahan panasnya. dia kerja malam. tidur pun kureng hari ni. makanya, setin tu aku campur dengan air. kalau susu tepung ada boleh jugak aku campur dengan susu tepung. tapi susu tepung dah habis la pulak.

esok baru nak pergi beli stok makanan. nak cari barang-barang buat kuih raya jugak. dah lama tak buat kuih raya sebenarnya. last buat masa zaman aku belajar dulu. lepas kawen dok sibuk dengan si kecik yang ada. bila dia tidur, aku pun tidur sama. masa bila nak buat kuih? hahaha... tengah-tengah buat, dia orang menangis, leceh la. tapi tahun ni sebab dah duduk rumah sendiri maka macam rasa rajin je nak buat kuih ni. dah ada 6 simple resepi yang aku nak buat. tak tahu la jadi ke tak semuanya. tapi hopefully tak jadik 6, 3 pun dah okay. aku pilih kuih yang paling senang nak buat. tak payah la nak buat kuih pelik-pelik. husben kata beli je. tapi tak apa la. bukan selalu pun boleh buat kuih ni.

hari ni masak lauk. semalam beli nasi ayam je. anak-anak makan. aku dua tiga suap je dah kenyang. selera bulan puasa ni teruk betul. kurang rasa nak makan. disebabkan husben kerja malam, nasi pun kadang-kadang beli sebab tak ada orang nak makan sangat kan. cuma hari ni rasa macam nak makan siakap masam manis. tak ada siakap, bawal pun okay. husben la pergi beli tadi. biasanya aku beli barang basah sendiri. tapi hari ni macam kurang larat sikit. pukul 6 dah siap semua termasuk dengan puding roti tu.

aku tak ada la gemar sanagt. tapi alhamdulillah... anak-anak suka kecuali Alya la tak makan. tengahari tadi dia orang request nak asikrim 1 Malaysia tu. aku buat la perisa bandung (dia orang nak) dengan anggur. lepas berbuka, bedal aiskrim pulak budak-budak ni. alahai... anak oh anak!!! Azfar pun makan banyak hari ni. lepas makan, makan. lapar sangat la tu. biasa kalau aku offer makan dia tak nak. hari ni dia mintak pulak nak nestum. dua kali makan. kalau kakak-kakaknya tak puasa, laju je berebut makanan walhal aku offer dah sebelum tu nak ke tak.

alhamdulillah... rezeki untuk hari ni. rajin pulak mencuba bulan puasa ni. kalau terlebih tu bagi sikit kat jiran. bukan la makan sorang-sorang. kalau harap aku je makan, memang tak habis punya la. anak-anak pun makan bukan banyak sangat. kadang-kadang tu buat sikit macam tak cukup pulak. biar tak cukup aasl jangan berlebih dan membazir kan? next week dah boleh cuba resepi lain sebab husben kerja pagi. makanya ada la selera sikir sebab berbuka sefamily. (^_^)

persiapan raya macam mana? dah start prepare belum? kejap je masa berlalu. dah ramadhan ke-16. rasa macam tak lama dah ramadhan nak tinggalkan kita. sedih pulak. huhuhu...

selamat berbuka dan bersahur ye!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Seronok bila dpt cuba2 resipi yg kita x pernah buat... kalau menjadi tu... riuh satu kampung... hahaha

    ReplyDelete
  2. teringin nk mkn puding roti ni tp x buat buat lagi.

    kenapa x de gambar???

    ReplyDelete
  3. sy penah dua kali buat puding roti.. ok la menjadik jugak.. anak2 pun suka.. ni dh lama x buat teringin pulak bila baca entry akak nih.. :)

    ReplyDelete
  4. js dh siap dh ni ada sikit2 je lg hehe...

    ReplyDelete
  5. salam kak, selamat berpuasa...oh, baru teringin nak buat siakap stim ptg ni..entah jadi entah tak..sebab first time nak buat hehehe..

    kak, susah ke nak masuk blog ema skrg?

    ReplyDelete
  6. Rajinnya ko beb wat kuih

    ReplyDelete
  7. sedapnyer puding roti.. teringin gk nk test buat..tp xde masa lagi..

    salam aidilfitri
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign