Fresh from the owner...

18 July 2013

Puasa Alya dengan Anis.



dah lama tak update blog. aisey... mood memang tak ada la. nak buat macam mana. dah bukak blog tapi kemudiannya terus je pangkah. bukan tak ada cerita tapi tak ada mood. teruk sungguh. hahaha... macam ni la bila 'bawak' budak kecik. sabar je la. semua anak-anak memang macam tu. tak ada mood langsung nak mengadap blog. bukan blog je. laptop la secara khususnya. kalau ikut hp okay je.
hari ni hari ke-9 puasa. alhamdulillah... masih diberikan nikmat untuk berpuasa. tambahan pulak hari ni cuaca sejuk bangat. hujan daripada pagi. petang baru berhenti. alhamdulillah jugak, Alya dengan Anis tahun ni belajar puasa. aku tak harapkan penuh sebulan. cuma nak dia orang belajar puasa je. tak penuh pun tak apa. tapi setakat hari ni Anis dah puasa 4 hari. Alya baru 3. hebat adik daripada kakak kan? hahaha...
hari pertama memang tak puasa. sebabnya Johor cuti 1 Ramadhan kan. maknanya memang susah nak puasa. hari kedua Alya puasa sampai pukul 1 dan Anis sampai pukul 3. okay la tu. hari ketiga Alya puasa penuh. Anis tak larat dah. makanya dia berbuka pukul 3 lebih jugak. sabtu ahad memang tak puasa la. hari cuti susah sebab dia orang ni banyak masa kat rumah. dok nak main berlari bagai. memang susah nak puasa. jadinya sabtu ahad memang takkan puasa la.
bila hari sekolah dia orang okay je. bangun sahur. lepas sahur tidur kejap sebelum kejut bangun untuk pergi sekolah. balik sekolah, mandi. tengok tv sekejap. kalau abah dia orang tidur kat bawah, aku bawak dia orang naik bilik. lepas tu tidur petang kejap. bila dah tidur tak ada la dia orang ni mengaruk nak berbuka. segar la sikit. setakat hari ni, Anis memang tak banyak songeh. relax je. alhamdulillah... ada jugak mintak nak makan tapi aku cakap dengan dia aku sorang je puasa. tak ada orang nak temankan, dia kata dia temankan aku puasa sampai habis. hahaha...
husben dah start kerja malam. berbuka dengan bersahur kat kilang je. memang tak ada la nak berbuka kat rumah. jadi aku dengan anak-anak je la berbuka sepanjang dua minggu ni. nak masak pun tak ada mood. sebab anak-anak makan kuih je. nasi makan la dua tiga suap. yang lainnya aku la kena habiskan. makanya, beli je la. kalau ada husben lain sikit feelnya. minggu akhir puasa baru dia kerja siang. time tu boleh la berbuka dengan bersahur sama.
tapi okay la. this year puasa kat rumah sendiri. aku dengan anak-anak pun dah kira okay. baby pun aktif je sepanjang Ramadhan ni. alhamdulillah. bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. doa-doakan kami ye!!! Selamat berbuka dan selamat bersahur semua...
my foot: Ch@, kat raya dah sampai. terima kasih. cantik bukan main lagi. nanti kasi upload pic.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. wahh..hebatnya ani dgn alya.. aqil langsung tak puasa..hahaha..

    ReplyDelete
  2. oke dh tu sal..anak2 tecik kalau berpuasa dh bagus dh tu wp xckp...ank2 js dulu sama bila besar dia dh tau ngan sendirinya..^^

    ReplyDelete
  3. tahniah utk anis & alya.. aidil pun nk pose jugak tp tahannya setengah hari je kak.. dia x tahan susu botol.. sy pun x paksa.. kecik lagikan..

    tahniah kak.. baru tau akak preggy.. ketinggalan keretapi sy nih.. sonoknya ada anak ramai2 nih.. meriah rumah.. :)

    ReplyDelete
  4. xpelah pelan2 belajar kan

    ReplyDelete
  5. kirenye baby dlm perut tu gnti hubby la buat jadi peneman. hehe.

    ReplyDelete
  6. hebat juga alya dan anis.aiman baru sehari je puasa penuh.hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign