Fresh from the owner...

23 July 2013

Mee rebus, keropok lekor dengan bubur kacang.



saja nak up menu hari ni. biasa-biasa je adanya. masak sebab teringat anak-anak tak berapa nak makan nasi. mee goreng dengan mee goreng basah dah selalu jugak buat. takkan nak buat lagi kan? anak-anak memang suka mee. hari tu buat tumis sayur air, laju je makan. Anis dengan Azfar la. Alya memang kureng makan. tapi ada masa makan banyak jugak. aku lagi la. tak berapa nak makan. adehhh...

mee rebus paling senang. rebus je semuanya atas dapur. sayur ke apa ke... letak la ikut suka. tambah bebola ikan buatan sendiri. husben suka la. tapi dia kerja malam. memang tak dapat nak makan la kan. nak bagi bekal dia tak nak sebab bekal semalam dia lupa bawak balik. kalau nak bawak pun kena asingkan sup dengan mee. leceh la sikit pada dia. bekalkan untuk dia qasidah yang MIL kirim daripada kampung. husben suka sangat qasidah. aku tak makan benda tu. Azfar pun suka jugak qasidah.

sebenarnya baru je plan nak buat qasidah untuk husben. kiranya baru nak belajar la. tapi dia tak tahu. mungkin minggu depan la buat. time tu dia kerja pagi. jadi senang la sikit. itu pun kalau dia tak OT. katanya kerja makin banyak sekarang. tak tahu la boleh cuti awal ke tidak. takut kena kerja jugak hari yang kami rancang nak balik tu. tapi kalau dah kena kerja tu nak buat macam mana. kerja je la. as long as we are together, everything will be alright. insyaAllah.

entri tak ada pics bagai sebab malas nak snap. hahaha... teruk betul la sekarang ni kan. ini pun sambil tunggu waktu berbuka, update kejap. sambil-sambil tu layan Alya yang dok tanya bila nak berbuka. dia sorang je puasa sebab Anis makan nugget pulak kat sekolah hari ni. aisey... tapi aku tak la memaksa sangat. sebab sahur tadi pun dia orang macam tak lalu nak makan. makan pau seketul sorang je. itu pun Alya makan-makan tertidur atas sofa. (^_^) Anis biasa makan banyak jugak time sahur. bila dia makan sikit je, rasa macam tak cukup je bekalan sepanjang hari. tak kisah la. janji dia orang nak belajar puasa. itu dah cukup.

nak berbuka dulu la ye. dah masuk waktu. nanti sambung lagi. selamat berbuka!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. bgs jugak xde gambar x erliur .. hihihi.. baca bebelan jerlah...

    ReplyDelete
  2. slamat berbuka.. ok la tu kak, budak2 baru nak up katakan? sy dulu pun mcam tu r..

    ReplyDelete
  3. Qasidah tu lagu nasyid yang memuji nabi tu kan?

    ReplyDelete
  4. qasidah tu apa kak.. sy hari2 berbuka lauk bazar.. kdg2 beli kdg2 org bg bila jualan x abis..

    ReplyDelete
  5. mee rebus n keropok leko sedapnya!sy tak makan bubur kacang.hehe

    ReplyDelete
  6. Simple2 la best utk buka hihihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign