Fresh from the owner...

22 July 2013

Donut dan roti sosej.

alhamdulillah... masih diberi kesempatan berpuasa hari ni. tapi mood makan kureng sikit la sekarang. hari ni order nasi dengan husben je. tak ada rasa nak masak. sebab kalau masak pun aku sorang je makan. anak-anak makan jugak tapi kureng. kalau makan banyak nasi pun Azfar la. Anis pun kureng nasi bulan puasa. alhamdulillah... minggu lepas direct dia puasa 6 hari. ahad tak puasa sebab tak sekolah. Alya kurang sehari dari adiknya. hari ni dua-dua tak puasa sebab kawan paksa makan kat sekolah. tak apalah. esok start semula.
lagi pulak, sahur tadi dia orang makan pun tak banyak mana. setakat telur sikit. aku dah rasa macam tak cukup. tambahan pulak cuaca panas hari ni. memang susah la nak puasa kan. tak apa. as long as dia orang boleh berpuasa ikut kemampuan dia orang dah cukup bagus. tak ada paksaan pun. cuma kalau nak berbuka sebab meragam tak tentu hala tu la yang buat geram tu.
baby punsangat aktif bulan puasa ni. alhamdulillah jugak. duenya bulan 9. sekarang ni baru nak masuk 8 bulan. kejap je masa berlalu. rasa macam baru je lagi. sedar tak sedar dah nak masuk 8 bulan dah. ikut pada perut memang tak nampak sampaikan jiran-jiran tanya, pregnant ke? tak nampak pun perut. memang jenis perut kecik tapi ruang dia luas kat dalam. padat kata doc. 
tak ada maternity dress pun. memang tak pernah ada. pakai pun tak nampak jugak. hehehe... ada pun maternity dress my sis-in-law punya. itu pun sehelai je. raya this year pun cuma buat jubah je. kalau baju kurung sendat pulak dekat pinggang. jubah lagi senang. tambahan pulak aku suka pulak pakai jubah sekarang ni. sarung terus je kat badan.
hari ni sempat la buatkan roti sosej dengan donut. dah dua kali buat. semuanya senang. bahan-bahan pun ada kat rumah. roti sosej tu husben yang request. dia nak bawak pergi kerja. benda senang nak masak kejap je la boleh siap. kalau sebelum ni buat roti sosej aku dok uli adunan tepung. tapi kali ni pakai roti keping je. cepat dan mudah kan? hehehe... donut pun buat yang simple je. tak ada la buat yang pakai kentang tu. kalau yang tu tak la leceh pun tapi stok kentang tak ada kat rumah. donu yang buat ni pakai butter, susu pekat manis, tepung gandum dengan yis je. dah siap celup dengan coklat. anak-anak memang suka la.
apa pun, memang puas hati tengok anak-anak makan. especially kalau dia orang puasa. kalau Anis dok ulang bukak tudung saji. dia kan pemakan orangnya. memang kejap-kejap cari makanan la. sebab tu aku suka buat kuih. tahu dah dia memang akan makan tak kira masa waktu berbuka. selagi tak tidur selagi tu la dia akan makan je. apa pun bersyukur dengan kurniaan daripada Allah ni. semoga amalan kita di bulan mulia ini diterimaNYA. insyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. seronoknya mengandung xnampak perut sgt .. mesti comelkan.. raya nanti..

    ReplyDelete
  2. dh xlama dh tuh kak sal..perut falsya besau..tp baru 6 bln..bdn pun besau jugak..membesau bagaikan johan..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. minggu ni saya nak try buat donut la pulak hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah kak..!! dah 8 bulan yer.. baru saya tau.. sori lama xjenguk sini

    ReplyDelete
  5. Samalah kat rumah KA pun berbuka ni kureng sikit nak nasi.. sahur baru layan

    ReplyDelete
  6. kuih homemade mmg la sedap. bdk yg dh bese mkn air tgn ibu ni mmg knfem suke.:)

    ReplyDelete
  7. eh laaa..tatau pun awak pregnant.. ishk..

    lepas ni jadi 4A la ya..hehe..

    ReplyDelete
  8. macam mana sy baru je tau akk dah dekat nak bersalin ni..tak lama lagi kena tukar blog 4A's la.hehe

    ReplyDelete
  9. Xtau ko pregnant tau! Wah bulan sept sama bday mth ngan aku

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign