Fresh from the owner...

24 July 2013

15 Ramadhan - Sanah helwah Anis.



hari ni genap umur Anis 4 tahun ikut perkiraan bulan Islam. 4 tahun lepas dia lahir bulan Ramadhan. sempat jugaklah aku puasa dua minggu sebelum bersalinkan dia. lahirnya pun awal. baby premature. sama macam Alya jugak. kalau ikutkan doc nak tahan lama lagi kat wad. tapi sebabkan bulan puasa kan. siapa nak duduk lama-lama dalam wad. lagi pulak dia tak ada masalah. paru-paru dia matang. jadinya keluarlah lepas 4 hari berkampung kat HTAA tu. tapi balik rumah pun, duduk 2 hari je. masuk semula hospital untuk tempoh 3 hari sebab jaundice. keluar wad balik kampung. beraya kat kampung husben. tahun tu beraya dalam pantang. huhu...

semua tu kenangan. bersalin bulan ramadhan. pantang sampai raya. pergh... tengok je la orang makan. tapi aku makan jugak mana-mana yang husben kata boleh makan. hari ni Anis puasa semula. hari ni jugak ada sesi penggambaran kat sekolah dia. semua kelas ambik pic. nanti hujung tahun baru dapat gambar kelas tu. tak belajar mana la hari ni. masa aku ambik dia orang daripada sekolah pun Alya cakap kena ketuk ketampi sebab bising sangat. hahaha... ye la, cikgu nak handle ambik pic budak-budak 6 tahun lagi. nak layan dia orang lagi kan. budak-budak ni kan ke nakal-nakal sikit. bukan la kena dera pun.

hari ni jugak aku masak kuih dadar dengan kuih som-som. som-som tu untuk aku. dadar untuk anak-anak. aku pesan jugak kat husben belikan extra kuih untuk anak-anak sebab dia orang puasa kan. nasi pun beli sebab aku je yang makan. budak-budak ni kurang. lagi pulak semalam Anis la bising-bising. tak puasa tapi request mengalahkan orang puasa. dia bukak je tudung saji dia cakap: "Ini je yang Ibu masak?!" amboiii... aku masak pun dah kira okay. ikut tak larat tu memang la tak berapa nak larat. penat lama sangat berdiri. tapi demi anak-anak tu, rela apa saja. takkan nak harap kuih beli je kan. kena masak jugak. baru seronok walaupun penat sangat lepas tu.

apa pun, memang happy la tengok budak-budak ni puasa. cuma penat dengar bila selang 2-3 minit dok tanya bila nak berbuka. letih mak nak jawab. ngeee... esok punya plan nak masak kuih apa pun dah ada. kena fikir in advance. dan kena cari kuih simple-simple untuk masak dan yang pasti dia orang makan. kalau tak pening nanti. belum lagi nak fikir benda nak bagi dia orang makan time sahur. sebab dia orang memang susah nak makan jugak. especially kalau tidur lambat. sekarng ni pukul 10 je aku ajak masuk bilik. kalau duduk kat bawah mengadap tv je. jenuh nak tunggu dia orang ni.

Ramadhan kali ni kiranya istimewa la sebab puasa kat rumah sendiri ditemani anak-anak yang belajar puasa. alhamdulillah... masih berjumpa lagi dengan Ramadhan ke-15. masih bertahan walaupun tekak dah haus bukan main lagi. (*_*)

selamat berbuka ye!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. som som yag makan ngan kuah gula melaka/merah tu kan? Uiii..lama tak makan..jumpa kat Johor je, kat Penang ni tak pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dah ada anak2 yg belajar puasa... Mesti meriaj time berbuka.tu... hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign