Fresh from the owner...

21 June 2013

Selamat bercuti.



indeks pencemaran udara kat Johor memang tahap dah tak sihat sangat. pagi-pagi bangun nampak putih je. bukan kabus ye. tapi semalam memang teruk. aku cakap kat anak-anak lepas ambik dia orang daripada school. nampak tak hujung sana. biasa nampak je. tapi semalam tak nampak. putih. masuk tengahari je bau asap memang kuat. panas jerebu jangan cakaplah. tapi budak-budak ni tak ada la merungut cakap panas ke apa ke. tidur malam walaupun panas, okay je lagi. alhamdulillah.

dan hari ni cuti sebab semalam IPU dah cecah 333. anak-anak aku pakaikan mask pergi school. ada jugak parents yang tak pakaikan anak-anak dia orang mask. siap bagi dia orang main kat luar lagi. adehhh... aku nak bagi main dengan keadaan cuaca dan udara macam ni, memang tak la kan. kalau sakit siapa yang susah? precaution is better than cure, makanya ambiklah langkah berjaga-jaga. memang budak-budak kita bukan boleh halang dia orang daripada tak keluar. tapi kita boleh pujuk. cakap baik-baik. alhamdulillah jugak anak-anak aku bukan jenis yang ada ragam kalau tak dapat main kat luar. dia orang akan main sama dia orang je dalam rumah. okay la tu kan.

udara yang tak elok ni pun tak sesuai for pregnant mothers. jadik pakai mask la ye kalau keluar tu. nak outing ke mana-mana pun memang tak la kan. kecuali la kalau nak beli barang dapur. kalau saja-saja nak lepak kat luar tu memang cari nahas la tu. cuaca pagi ni pun gelap je. macam mendung. walhal sebab jerebu. kalau hujan ni insyaAllah... mungkin kurang sikit IPUnya tu. bila jadi macam ni... kena muhasabah diri. ada sebab untuk setiap apa yang berlaku. kena tengok balik apa yang kita dah buat silap denganNYA. peringatan DIA untuk kita tu.

jadi redhalah dengan ujian yang menimpa ni. jangan merungut. sebab semua ni datang daripada kita jugak kan? betul tak? apa pun... selamat bercuti dan selamat duduk diam-diam dalam rumah dengan family masing-masing. anak-anak aku ni dua orang dah start selesema dengan batuk. adoiii la... jaga diri baik-baik ye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. salam pagi jumaat sal..kat sana sekolah sampai kena tutup ye..mmg teruk dh tu...hrp2 dlm masa terdekat ni hujan turun la ye..sini pun teruk gak ni..tak nmpk ape kat luar..

    ReplyDelete
  2. teringan zaman sekolah rendah. masa tu 1 malaysia dilanda jerebu

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan ye. Hari ni sekolah cuti. Selamat la skit anak2.

    ReplyDelete
  4. budak sekolah jer cuti...kami kerja kak..

    ReplyDelete
  5. itu lah..budak2 kena la berjaga2 skit sbb antibodi diorang x kuat sgt lg..

    ReplyDelete
  6. smoga keaadn kmbali pulih spti biasa..kt kmn ni pon ipu 254.. tp arini dh start hujan lebat.. jd sejuk skit bumi..kurang dh jerebu

    ReplyDelete
  7. rasanya kat johor dah okay sket kan jerebu, take care wei, anak2 tu jaga, jgn byk men kat luar

    ReplyDelete
  8. ade lg ke jerebu skng? adehh lama xtgk tv ni asyik dok fokus exam je. huhu.

    ReplyDelete
  9. kat kemaman pun teruk jugak jerebu baru ni. tapi stil skolah.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign