Fresh from the owner...

05 June 2013

Berkongsi bulan yang sama.




selamat dah seorang lagi adik husben yang kawin. sekali lafaz je. laju pulak tu lafaz nikah. excited terlebih ek? hahaha... my BIL punya wife ni twin. jadik dia orang kawin dan akad nikah hari yang sama. disebabkan my BIL dengan wife dia sekampung, makanya dia la nikah dulu walaupun wife dia adik. dia sampai dulu, dia nikah dulu la. sementara kakaknya pulak nikah lepas tu. kakak dia dapat orang jauh. jadik ambik masa la untuk pengantin lelaki tu sampai.

pic ni pun aku cilok daripada fb si Cang ni. tak ada la nak ambik gambar bagai. nak melayan Azfar seorang je tu pun dah pening kepala. kalau dukung nanti dia kata la: "Nak jalan je. Nak jalan boleh?" letak je kat bawah, berdesup dia lari. adeh... penat nak kejar. Azfar memang pandai buat alasan. macam-macam alasan dia bagi. janji dia dapat turun. tak dipegang. tapi tu la... bila letak je dia mesti nak lari. laju pulak tu. bila dia nampak orang datang nak ambik dia, cepat-cepat dia cakap: "Jalan je kan? Tak boleh lari." hahaha... pandai sangat. geram je rasa.

apa pun... SELAMAT PENGANTIN BARU buat my BIL ni. semoga kekal hingga ke syurga. Mohd Syaiful Hisyam dan Nurul Hanani, kita nanti celebrate anniversary bulan yang sama la ye. beza hari je la. semoga hubungan halal ini dirahmati Allah sentiasa. amin!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. semoga perkahwinan mereka berkekalan.. biasalah kalau ke kenduri dgn anak kecik melayankan kerenah mereka jer...

    ReplyDelete
  2. Selamat menerima ipar baru hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah utk BIL akak.. sama cantik sama padan.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir usia.. :)

    ReplyDelete
  4. sy pun buln yg sama.ramai yg smbut annivesary bulan june..selamat melayari kehidupan rumahtangga hendaknya pada BIL akk

    ReplyDelete
  5. comel pengantin..selamat pgantin baru buat beliau.. moga kekal hingga ke jannah..amin

    ReplyDelete
  6. Selamat berexercise ye. X kurus xtau la hahaha

    ReplyDelete
  7. tahniah
    semoga kekal hingga ke akhir nti...

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru utk mereka...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign