Fresh from the owner...

28 May 2013

Shopping raya.



okay... belum puasa lagi. ada sebulan lebih lagi pun. tapi dah siap shopping raya ke? hahaha... memang mencari kain untuk buat baju kawin my BIL raya ketiga nanti. kat sini kan ada Jakel yang baru buka. makanya husben yang kerja malam tu offer la ajak shopping. bukan senang dia yang kerja malam nak ajak shopping di siang hari. sebabnya dia mengantuk. kerja banyak sekarang katanya. kadang-kadang tak tidur pun sebab buat kerja. makanya, bila dia ajak cari baju dan layan selera makan isterinya ni, jangan la lepaskan peluang keemasan tu. (^_^)

lagi pulak, sekarang ni kan ke cuti sekolah. jadi nak balik kampung nanti nak terus la hantar baju ke tailor. terus la buat baju raya dan baju untuk kawin BIL tu. kat sini tak tahu siapa yang boleh buat. takut tak jadi serupa baju yang kita nak. biar la hantar ke tailor yang biasa kita buat baju kan. lagi pulak tahun ni aku buat jubah je. baju raya dengan baju kawin tu la. untuk anak-anak je baju kurung. anak lelaki dengan abahnya buat design ala raihan gitu. or mungkin tukar design ala jubah pendek.

nak kata shopping lama-lama pun tak jugak. cari kain, layan karenah budak bertiga ni je... lepas tu balik. kat  Jakel tu pun walaupun orang tak ramai macam hari cuti tapi still ramai jugak. cumanya puas sikit la datang hari kerja sebab senang nak beli kain. tak payah la nak berlaga bahu dengan orang. nak kena kejar si Azfar yang ligat macma lipas kudung ni. memang penat kalau dengan dia. pantang lepas, laju je larinya. hahaha... abah dia memang pening kalau kena dengan anak teruna sorang ni.

kalau dukung pun, macam-macam alasan dia beri. berat la... walhal kia yang dukung dia. kalau tak jalan yang tu, dia kata dia berak. kalau tak layan jugak, dia cakap dia nak kencing. meamng dia akan bagi alasan sampai dia lepas dari dukungan. bila dia nak jalan tanpa pimpin, dia akan cakap dengan suara baiknya tu: "Tak boleh lari. Jalan je kan?" tapi kejap je. lepas tu berdesup berlari dengan lajunya. hohoho... usually dia ikut kakak-kakak dia. kalau ada je kakaknya yang berlari, maka dia pun akan memanjangkan langkahnya untuk berlari. ibu memang kurang larat sikit nak kejar. abah pun tak larat jugak. jadi bergilir-gilir la dok tengok dia kecuali time nak beli barang. abah la tengok. hehehe...

tapi aktif dia tu memang seronok tengok la. budakbudak ni bila time sakit buat risau. tapi abah dia orang skeptikal. kalau maknya, tak apa la. main la. mak tengok je. tapi bapaknya tak boleh. sebab bapaknya masa kecik lasak sangat. itu yang dia takut anak-anak dia jadi macam dia. luka kepala la apa la... tapi anak-anak memang ikut perangai dia jugak. lasak cuma tak selasak bapaknya la. macam Azfar baru-baru ni lebam bawah mata kanan sebab terkena lantai masa dok main-main dengan kakak-kakaknya. tapi tak kena obejk tumpul ke apa ke. sebab masa kejadian aku tengok. bila dia bangun je terus nampak lebam tu. kalau abah dia ada meamng kena jerit dah. nasib baik maknya je yang ada. jadi aku berpesan la dengan dia orang jangan main pelik-pelik. jatuh kalau tak nangis tak apa. tapi kalau dah start nangis tu siap la. hahaha... garang tak?!

okay la... cam panjang je cerita. mahu kemas rumah. lusa dah nak balik. pada yang baru nak balik kampung macam aku jugak... take care. drive carefully ye. semoga selamat tiba ke destinasi. dan aku sekarang ni... masih mencari ke mana mood berblogku telah hilang. adehhhh....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. samalah js pun duk cari mood berblog..dh lama tak berupdated...hihi..
    hepi blogging sal..

    ReplyDelete
  2. Mood blm dtg nk shopping raya. Apa pun x ready lg.

    ReplyDelete
  3. alahai...shopping ngan anak2mmg agak memenatkan kan..tmbah2 plak klau kita nk cepat..tp mmg betul tu..persiapan raya dh kena mula dr skrg :))

    ReplyDelete
  4. penat kalau shopping dengan anak2.. tak khusuk dibuatnya.. hehehe

    ReplyDelete
  5. alamak..dah start preparation ke..

    budak budak..biasalah melasak je. tu yg lelaki..dak pompuan pun satu hal jugak..

    ReplyDelete
  6. wah awal shoping..ehe..bagus persiapan awal..i

    ReplyDelete
  7. mood nak shopping raya belum mari lg, barang utk baby baru pun belum beli jugak lg nih

    ReplyDelete
  8. Awalnya shopping baju raya. Kalau saya maybe time puasa kot

    ReplyDelete
  9. wah dah semangat shopping raya..

    budak tengah ligat macam tu la kan.yg penting seronok ayah bawak jalan.hehe

    ReplyDelete
  10. uishh awal tul
    tapi bagus gak kan .. persediaan awal ;)

    ReplyDelete
  11. kat melaka ni jakel nyer material kain aida tak brape berkenan! maintain soping kat kamdar :-)
    aida bab baju semua da settle anta kat tailor. may b dpt gaji akhir bulan jun baru aida start beli baju shirt utk kakak-kakak dan izzat. bajet gaji bulan ni da pegi ke holiday next week...

    ReplyDelete
  12. ema pun beli kat Jakel utk raya ni...tp...raya tak balik tahun ini,,sedihnyaa

    ReplyDelete
  13. sy pun lum tempah baju lg nih.. kain pasang dh lama beli.. seb baik ader mak sedara hubby yg leh jahitkan..

    ReplyDelete
  14. baju sendiri pun x beli lg, baju tempah untuk kerja tu.. sekali baju raya jerlah kot...

    ReplyDelete
  15. tak semangat...sbb kena beraya kat kl jer...huhuhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign