Fresh from the owner...

21 May 2013

Result exam dan Hari Terbuka.





hari ni result exam budak dua beradik ni keluar. hari ni jugak hari terbuka sekolah. makanya hari ni budak-budak ni tak ke sekolah la. yang akan ke sekolah nanti cuma maknya je. bapaknya mungkin ikut sekali kalau tak penat. kalau penat, tengok anak-anak kat rumah je la adanya. hari ni jugak dia orang akan dapat buku untuk second term. tadika pun dah macam apa. siap ada buku untuk second term lagi ha. kau ada? hahaha... dan this week jugak minggu terakhir sekolah. next week balik kampung sebab BIL nak kawin. lepas tu balik kampung aku pulak sebab nak hantar kain pasang untuk buat baju.

aku plan nak beli jubah je. tapi sebab majlis sebelah adik ipar aku tu bulan Ogos raya ketiga, makanya kena buat baju jugak la. MIL dah bagi contoh warna dan kain. nak beli banyak dah tak ada stok. kalau dapat cari yang ala-ala warna serupa tu, grab je la. nanti misi mencari kain pasang la pulak. aku prefer hantar kat kampung sebab last-last minute pun boleh hantar lagi. ala, saudara-saudara jugak yang buat. dia pun tak ambik banyak tempahan. ambik saudara mara je. jadi, senang la sikit. even kalau aku hantar awal pun boleh siap awal. kat area Johor ni aku tak tahu kedai mana okay dan kedai mana tak. nanti jadi macam husben aku. hantar baju raya tapi dapat tak serupa hantar.

biar la kain tu pergi tempat jauh sikit. nanti kakak aku boleh ambik je. on the way nak balik Ganu aku boleh singgah ambik kat rumah. lagi pulak , aku dah biasa dengan kain yang dia orang jahit. okay... puasa pun belum tapi sibuk dah nak hantar baju raya kan? tu bukan baju raya daaa... merangkap baju raya je. plan memang nak beli ready made je tahun ni.

tengok la. nak cerita pasal result exam dengan hari terbuka sekolah kan tapinya dah melarat-larat cerita benda lain. nanti dah dapat result aku frame la kat sini. nak settle budak-budak ni dulu. nak masak sarapan. nak kemas-kemas rumah. nanti kita jumpa kalau mood masih ada ye. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Ida pun kena cari baju raya dah ni..baju raya merangkap baju kenduri sepupu juga..dia pun kawin lepas raya huhu

    ReplyDelete
  2. gud luck utk anak2 akak.. mesti ibu yg terlebih nervouskan nak tau result anak.. macam sy la.. ngee.. aidil lak esok hari terbuka..

    sy pun suka jahit baju kt mak sedara hubby.. murah pun murah.. yg penting jahitan dia kemas dan baju pun selesa dipakaikan kak..

    ReplyDelete
  3. hurmm anak2 nak dpt keputusan kita ibu2 yg debar kan dik

    akk pun suke pakai jubah skrg , dah macam malas nak pakai baju kurung kalau kemana2 .. ;)

    ReplyDelete
  4. dah lama tak rasa cuti balik kampung sejak keja dekat-dekat ngan kampung ni. hehehehhhehehehe :D

    ReplyDelete
  5. Mesti ko over debar kan

    ReplyDelete
  6. Ehehe!,biasalakn klau dh mula brcerita tu mcm2 nk sharekn...nerbes x nk g ambik result anak2?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign