Fresh from the owner...

02 April 2013

Teruk ke?



hari ahad balik Johor. plan asal nak balik hari jumaat naik bas je tapi husben tak bagi. kebetulan pulak Kerry balik nak ambik Piah. jadi, husben kata balik dengan Kerry je la. kalau dah balik dengan Kerry mesti sampai malam sebab Kerry takkan bertolak awal pagi daripada Dungun. paling-paling lambat pun petang baru sampai kat rumah ayah aku ni. eh, memang petang pun dia sampai. hahaha...

dah la time hari balik tu dia tersesat. bertolak balik dari Johor ni dah awal. dia balik kerja je terus balik. dalam 12.30 tengahari macam tu la. katanya nak ikut jalan pendek. awal-awal lagi dah main pusing-pusing. ikut cakap member dengan GPS. sudahnya jalan keluar yang member dia cakap tu jalan biasa yang kita orang lalu time nak balik. tapi lagi dekat jalan asal kalau dia tak main pusing-pusing. itu dah satu hal. dia ikut highway Desaru. kononnya cepat sikit la berbanding jalan biasa. tapi tak pernah lalu ikut highway ni. kalau husben ada, husben la akan bagi direction. tapi adik aku ni ikut gps. patut eluar nanti ikut Kota Tinggi, tapi Kerry ni keluar ikut Senai. tak pasal-pasal kena masuk Segamat. baliklah ikut Segamat.

tak pasal-pasal kena pusing-pusing jugak lagi untuk hantar aku balik. daripada boleh lalu straight dan drop aku kat rumah dah kena main pusing-pusing pulak. dengan kereta dan lori yang banyak atas jalan hari tu memang sakit kepalalah. nasib baik bukan aku yang drive. kalau tak mahunya aku pun pening. alahai... Kerry oh Kerry. husben kata ikut pandai dia la. janji selamat sampai rumah. alhamdulillah... selamat sampai. tapi penat sikit la sebab perjalanan pendek jadi panjang gara-gara nak cari jalan pendek. hahaha...

myvi ni.


hari ahad tu jugak la terseremapk dengan kemalangan ni. dapat ambik pic sikit je sebab tengah dok layan budak-budak bertiga masa ni. kereta ni terbalik. masa kami lalu, orang dalam kereta dah tak ada. tapi jammed jugak la jalan. tak pasti sama ada yang berhenti tu jadi tukang tengok or tukang tolong. rakyat Malaysia ni rajin tengok. apa-apa pun hopefully tak ada apa-apa la pada penumpang dan driver myvi ni. tengok pada kereta meamng teruk. tapi tak mustahil kalau cedera ringan je kan? eksiden ni antara kereta dengan kereta.

semalam tak sempat nak buat entri memandangkan line yang semput dan jugak ops kemas rumah. alahai... baru je seminggu ditinggalkan rumah dah macam apa entah. kain yang aku mintak husben angkat dari jemuran pun dia angkat dengan hanger-hangernya sekali. boleh gitu? lalang-lalang kat tepi pagar pun dah tumbuh dengan jayanya. itu baru seminggu. belum tinggal lama lagi. bilik jangan cakap la. macam mana aku tinggal, macam tu jugak la keadaan time aku balik. tak ada la perubahan. semua nak tunggu isteri buat. adehhh...

hari ni nak ke klinik sebab sengaja missed appointment last week. balik kampung punya cerita. patut pergi semalam. tapi penat pulak. bila penat jadi macam malas-malas gitu. lepas balik klinik kalau tk ada aral, aku balas la jejak kamu dan kamu yang sudi singgah tu ye. terima kasih sebab sudi jugak jenguk aku yang malas update blog seminggu ni. hehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Kakcik pun masih penat selepas menempuh perjalanan yang panjang selama tiga hari...

    ReplyDelete
  2. mesti letih balik jalan kan..dengan nak kemas rumah semua..hehehe

    ReplyDelete
  3. balik kg seronok tapi bab nak kemas bila blk rumah tu alahaiiii lemau je kan hihi

    ReplyDelete
  4. teruk juga keta MyVI tu, !

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...takutnya..harap2 xde apa2 jd kt org dlm kete tu...

    ReplyDelete
  6. As salam mommy..
    Jemput menjengah rumah and folo too.. TQ!
    http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Peringatan bg yg tak pernah lalu jln yg tak biasa ;) kdg nak cepat tulah jd lambat, sebab kita tak biasa. Yg penting Slmt sampai rumah.

    ReplyDelete
  8. alahai, kesian pulak baca..hehehe sy pon penah jgk kena macam tu..en.suami konon2 nk pakai jln shortcut tup2, berjam2 terperangkap dalam jammed..adoi, sabar jelah~

    ReplyDelete
  9. nasib baik dh takde org.sy ngeri betul klu bab2 eksiden nie

    ReplyDelete
  10. mmg pening kalu bwk kete lama2.. sesat lg lah pening.. hihi

    ReplyDelete
  11. Berdebar je bila tgk eksiden. Petah lg bila nmpk org yg bedarah terbaring...isk, xkuatlah nk tgk.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign