Fresh from the owner...

27 April 2013

Sebab malas nak update blog.



aku ni macam biskut je lately. kejap ada. kejap tak ada. Ya Allah... memang malas betul la nak updtae blog. sepanjang minggu cuma hari Rabu je ada entri. itu pun ada rajin sikit je. selebihnya lepas buat entri terus shutdown laptop. lepas tu dah tak on lagi dah. memang sekarang ni simptom-simptom malas tu menjadi-jadi. sebab tu jugak tak ada blogwalking. kadang-kadang laptop bawak ke sana sini tapi bukanya tidak jugak. adeh...

simptom-simptom malas yang kronik ni memang selalu jadik sebenarnya. especially 2 tahun lepas. 4 tahun sebelum tu. dan 5 tahun sebelum tu jugak. hahaha... husben kalau kerja malam, time siang banyak habis dengan tidur je. tengok laptop kejap je. membazir pulak rasanya topup broadband sebab jarang guna. ni tengah mengembalikan mood la ni. memaksa diri. adehhh... teruk betul.

berusaha untuk lebih rajin update blog dan jugak blogwalking. wish me luck. eh, kamu dan kamu mengundi di mana ye?! aisey... tahun ni kami husben and wife berpecah la. dia hantar aku balik kampung dulu sebelum dia balik kampung dia mengundi. 5 tahun lepas tak mengundi sebab dalam pantang. pantang pulak kat kampung husben. makanya memang tak balik la.

tapi yang tensionnya masa malam nak umumkan siapa menang tu. bising yang amat. dah la bilik yang aku duduk tu betul-betul letaknya tepi jalan. dengan baby kecik lagi. dia orang dok laung-laung dengan suara yang kuat. tak fikir la ada orang nak istirehat ke apa ke. parti apa? parti apa-apa sajalah. hahaha... husben siap keluar rumah sound jangan bising sangat. nak sokong tu sokong jugak. tapi janganlah terlampau sangat. sorak-sorak jugak. tapi fikir jugaklah keadaan sekeliling. tension bila dalam pantang bising dan baby pun dok terkejut je dengar laungan bagai tu. mak baby pun tension tak boleh tidur. tapi itu dulu la. sekarang ni tak tahu la macam mana pulak kan.

apa pun, mengundilah untuk masa depan yang lebih baik. mengundi tu tanggungjawab kita. kalau tak mengundi, dapat kerajaan yang kita tak sokong, tahu pulak marah. ada sesetengah fikir, alah... setakat undi aku yang satu tu belum tentu boleh buat parti itu dan itu menang. mana kita tahu kan? entah-entah undi yang satu tu la yang akan buatkan kerajaan pilihan kita tu berkuasa. 

apa pun undilah dengan bijak. hahaha... tak ada maknanya nak berkempen. bersepah iklan dalam tv pasal kempen bagai ni. cuma tahun ni balik mengundi. yeay!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. jom sal cari mood berblogging..hihi..
    hepi weekend sal ..

    ReplyDelete
  2. setuju dik

    mengundi tu hak kan ...

    nie akk nak BW pun x der mood entahlah , lately nie malasss nyeee besoooo sgt2 uhuhu

    ReplyDelete
  3. sy pun dh berjngkit simpton malasupdaten bw dr akak..hehe

    taun ni giliran sy plak tak dpt ngundi..dlm pantang gak rasanya..:)

    ReplyDelete
  4. sy dgn bab malas mmg xdpt nk dipisahkan.. selalu penyakit M tu ada je.. jom mengundi kak, menghitung hari je ni :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign