Fresh from the owner...

12 April 2013

Sakit kepala.



semalam sempat kejap bukak blog sebelum kepala sakit. daripada pagi sampai ke malam. selalunya kalau sakit kepala daripada pagi memang sampai ke malam la sakitnya. dah lama jugak tak sakit kepala macam ni. meamng satu kerja pun tak boleh nak buat. kemas rumah semalam pun Alya dengan Anis yang buat. alahai... dah boleh diharap rupanya anak dara berdua tu. bab menyapu Alya la yang buat sebab dia lagi pandai. tak ada la bersepah sangat rumah.

baru lima tahun dah kena kemas rumah. Anis tukang simpan barang. Alya sapu sampah. ada barang-barang yang Anis tak simpan, dia la kemaskan. sangat membantu di saat aku sakit kepala macam tu. dia orang kalau aku sakit kepala memang prihatin sangat. semua benda dia orang nak buat. alhamdulillah... bersyukur ada dua orang anak dara yang sangat membantu ni. lepas makan, bawak budak-budak ni naik bilik dan tidur. aku la. budak-budak ni entah pukul berapa tidurnya.

pagi ni dah okay sikit. dah rasa macam segar-segar gitu walaupun bahang sakit kepala still rasa jugak. ni la baru berkesempatan bukak blog. tengah nak kemaskemas rumah. sebab semalam tak berkesempatan nak buat kan. nak mop lantai bagai. cuaca kat luar pun dah panas semacam. nak basuh dengan sidai baju lagi. handwash. tak apaki mesin. jadi kerja tu macma lambat la sikit. hehehe... sambil-sambil tu tengok orang masak kat tv.

lepas kemas-kemas rumah semua, aku bw ye. insyaAllah. nak settle-settle apa yang patut dulu. cau cin cau.






my foot: budak-budak ni tinggal batuk dengan selesema je lagi. adehhh... bagi makan buah mangga untuk ubat selesema. tak tahu lagi berkesan ke tidak. baca tentang tu dalam Mingguan Wanita kalau tak silap aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Moga cepat sembuh... Mujur ada anak2 yg ringan tulang...

    ReplyDelete
  2. akk ada migrain ke?sakit kepala tu seksa gak klu satu benda pun tak mampu buat.mujur ada dua anak dara yg rajin..:)

    ReplyDelete
  3. Itu bagusnya ada anak dara. Take care. Speedy recovery.

    ReplyDelete
  4. harap cepat baik ya..

    best ada anak2 mcm ni kan..sejuk perut ibu dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Buah mangga sedapnyaaa...terbayang buah mgga menguning kt psr mlm.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign