Fresh from the owner...

10 April 2013

Mahu cerita apa?



bukan tak ada cerita. cuma tak tahu nak cerita yang mana dulu. bajet macam banyak sangat cerita la kan. hahaha... last saturday pergi rumah 'mak'. mak mertua adik ipar aku tu le. memang plan dah nak pergi sana. dah lama sangat tak jenguk mak kan. daripada Piah dapat tahu yang adik ipar aku tu nak datang rumah. Piah dah ada kat sini. ikut Kerry la. tapi sekarang ni Kerry ke KL. ada kursus seminggu. maka seminggu la dia kat KL pulak. masa Miza datang, dia cakap mak suruh datang rumah. mak masak laksa penang. husben aku suka la laksa penang ni. tambahan pulak kalau kuahnya banyak ikan. memang makan banyak la dia. memang kebetulan semuanya. nak pergi melawat mak tapi mak dah prepared laksa penang. siap suruh datang lagi. plan sana dan plan kat sini kebetulan pulak sama kan.

lepas makan-makan kat rumah mak, ikut la dia orang ni pergi Jakel yang baru buka kat sebelah Angsana tu. memang besar la. penat nak berjalan. tambahan pulak orang ramai. kebanyakkan yang masuk mesti keluar dengan beg plastik Jakel. tak kira la beli kain pasang ke langsir ke. tapi ramai jugak yang beli langsir. nak tempah sebelum raya agaknya. aku ada jugak survey kain langsir siang. next month boleh beli kot. Piah dengan Kerry beli kain langsir untuk rumah dia orang. ala-ala Inggeris gitu. aku tak berkenan. aku lagi suka corak abstrak. dah jumpa jugak kain langsir yang berkenan. tengok la nanti macam mana. sementara Piah ada ni boleh la dia jahitkan langsir untuk rumah aku ni kan. hehehe...

on the way nak keluar tu, aku terserempak la dengan member time belajar dulu. jumpa kat tangga je. dia tegur, aku tegur jugak la. dia pengurus kat Jakel tu. katanya Jakel tu milik kaum kerabat dia jugak. dia ada tanya aku buat apa sekarang. siap offer kerja tu kalau nak. hahaha... kerja Jakel? jadik pengurus jugak boleh tak? kat Jakel tu tak ada la aku berlama-lama. sebab tak berniat nak membeli. nak tengok-tengok kain langsir je. kain pasang nak buat baju raya? entah. tak terfikir pun nak buat baju raya. beli jubah je kot tahun ni. senang sikit. tak payah la nak hantar tempah bagai. untuk budak-budak ni pun sama jugak. rasa macam nak beli jubah je. untuk husben la mungkin kena cari kain. sebab dia ada masa cerewet jugak. tengok la macam mana nanti.

balik daripada Jakel singgah kat Stulang. makan kat situ ramai-ramai. tak ada nak ambik pics sebab Anis demam. Azfar pun tak nak duduk dalam baby chair tu. sudahnya aku makan dengan Azfar atas riba kiri dan Anis baring atas peha kanan. hahaha... tapi makan tetap makan. masing-masing pun dah lapar. lama sangat berjalan. aku tidak le. aku sefamily banyak habiskan masa menunggu orang shopping je.dah la aku paling last solat maghrib sebab anak-anak tak nak dengan abah dia orang. dengan mak pak sedara dia orang lagilah. ambik masa nak pujuk-pujuk bagai. adeh... apa pun meamng happy-dappy jugak la. balik rumah, semua dah flat. budak-budak tidur tak mandi petang pun. tidur sampai ke pagi. itu baru sehari berjalan. tak la sehari pun. lepas pukul 3 jugak. setempat je pun perginya. dia orang ada plan nak ke Pasar ke Bazar Karat. tapi disebabkan Anis kureng sihat, Kerry ajak balik je. aku tak kisah kalau dia nak pergi. bukan masalah besar pun. pergi je la kan. (^_^)





my foot: tengok dia orang makan tomyam seafood teringat husben cakap bila aku cerita pasal Piah kata Kerry pernah komen dia masak tomyam tak sama macam kakaknya. husben kata: "Kalau nak rasa sama, suruh la Kak Nor masak." hehehe... pada dia kalau nak rasa sama suruh je orang tu masak sebab isteri ni air tangannya berbeza. nasib baik Kerry tak dengar. kalau tak pedih telinga. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Sebut pasal kain baju raya tu baru pk xlama dah nak puasa & raya, kalau nak tempah kena cepat2 beli kain ni hihi

    ReplyDelete
  2. Ala siannya Anis...semoga cpt sembuh ya..

    ReplyDelete
  3. Cerita pasal kain, teringat kakcik ada 4 pasang kain (semuanya pemberian orang) yang belum ditempah...

    ReplyDelete
  4. Siannya Anis demam,semoga cepat sembuh.Kak Nurul pun belum beli lg kain pasang nak buat baju raya.

    ReplyDelete
  5. mencabar kalau pergi berjalan bawa anak-anak yang tak sihat...merengek dia lagi panjang huhu
    Bab air tangan tu memang betul..kalau nak sama sebijik suruh le orang tu masak..hahaha

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh ya Anis..

    sy pn tengah fikir2 nak buat baju raya untuk tahun ni

    ReplyDelete
  7. baru bukak ye jakel kat angsana tu? mesti mak mertua aku sakan pi shopping

    ReplyDelete
  8. pegi jalan bawak anak2 kecik macam tu la gayanya..tp terhibur bila anak2 suka2..dh tak lama lg kan nak raya..sy selalu prepare baju raya semua last minute je

    langsir mmg bertahun tak pernah tukar.haha

    ReplyDelete
  9. Kalo anak2 sakit mmg duduk rmh sj. Tak gigih hendak bw berjalan sbb mmg confirm nk mengempeng ngn emak je. Kesian nak bawa berjalan. Smg lekas baik ank2 akk.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign