Fresh from the owner...

15 April 2013

Belum cukup rajin.



masih mencari ke mana mood menghilang. hahaha... online pun jengah satu dua blog je. lepas tu rasa macam menyampah je nak mengadap blog. last-last shutdown dan tengok tv. tukar-tukar chanel tak ada cerita best, layan kartun dengan anak-anak je la. ha, tv dah ada kat rumah ni. bawak balik dari kampung masa cuti sekolah hari tu. ambik ayah aku punya. hahaha... punya la malas nak beli tv kan. ayah aku kata kesian kat budak-budak nak tengok tv. ambik satu tv dia bawak balik.

mula-mula tu macam malas je. tapi lepas tanya husben dia kata ikut la. nanti dah beli tv lain tv tu nak letak mana katanya? aku kata letak je la dalam bilik. bukan susah sangat pun kan? aku tak ada la heran sangat nak tengok tv pun. budak-budak ni je. dah bawak balik tv dekat seminggu jugak la sebelum Kerry masukkan astro. ingatkan nak pasang antena je. tapi dia nak masuk astro jugak, ikut suka dia la. ber'astro' la kami sekarang yang mana bukan selalu tengok pun. anak-anak je yang tengok. itu pun kejap tengok kejap tak.

untuk tempoh seminggu ni, anak-anak ergi sekolah kemungkian besar naik van kot. tapi untuk pagi ni je cikgu sekolah dia datang ambik. sebabnya kereta rosak. husben pulak kerja pagi. kalau tak boleh je dia hantar dan ambik. tapi mengenangkan dia kerja pagi dah jadi satu kesukaran. Kerry boleh hantar budak-budak ni tapi bukan setiap pagi la. ada certain pagi yang dia akan pergi kerja seawal 6.30 pagi. sama macam abang dia jugak. kalau dah Kerry hantar, siapa nak ambik kan? masalah jugak. so, tanya cikgu dia semalam. cikgu dia kata cikgu dia boleh ambik pagi ni. balik tanya van la macam mana. seminggu je. lepas kereta okay, insyaAllah... rutin macam biasa la.

this week nak balik kampung. ada urusan yang kena settle before end of march. kalau tak balik minggu ni tak tahu lagi bila boleh balik. mengundi? eh, balik la. ni first time nak mengundi. hahaha... sebelum ni tak dapat nak mengundi pasal dalam pantang. pantang kat lain, mengundi kat lain. tak balik la mengundi al-kisahnya. kali ni balik la. husben drop aku kat kampung sebelum dia balik kampung dia untuk mengundi. dia akan ambik aku semula mungkin on Monday. kalau tak, lepas mengundi, petang tu balik la.

wokay la. nak relax jap. penat mengemas rumah sambil layan budak kecik sorang ni. tunggu mood datang untuk bw. ku seru kau wahai mood. (*_*)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. budak2 je tengok tv..kita nak tengok payah..asyik tengok kartun je

    ReplyDelete
  2. ala....lecehnya kalau kete rosak nie kan...
    selamat mengundi ya.. hihihi

    ReplyDelete
  3. taun ni giliran sy plak tak dpt ngundi,dlm pantang gak.hihi

    ReplyDelete
  4. Marila mari...pergi mengundi.

    ReplyDelete
  5. haha..biasa la tu..m3h pun kadang2 mcm tu jugak..paksa jugak diri untuk updet &bw

    ReplyDelete
  6. first time mengundi ye...rugi ko!
    weiiiiii bleh rajin2 sket tak tulis kat blog aku lama tunggu nak baca nih wkakakakakkakaa

    ReplyDelete
  7. dulu p sek jalan kaki. skrang jalan kaki dah bahaya kan. culik lah apa lah.. hehe(tiba2 tukar topik)

    ReplyDelete
  8. hepi blogging...jom2 jln blog js ni...pasti dtg mood BW tu...hihi

    ReplyDelete
  9. lucu lucu banget sih kalian

    ReplyDelete
  10. ema pun dah jarang update ni...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign