Fresh from the owner...

29 April 2013

Alya yang suka merungut.


pernah tengok Skunk Fu ni kat astro ceria? aku tak ada la tengok pun. setakat tengok iklan je. tapi dalam iklan tu kan ada kata yang Skunk ni suka merungut. hahaha... kalau Alya dengar iklan ni suka la dia. sebab dia suka merungut. ada je benda yang tak betul pada dia. pening kepala mak bondanya ni. itu la ini la. dan dia ni pulak kalau dah berjanji kena tepati. selalu dengan abah dia la. abahnya kata nak bawak pergi kedai petang. tapi petang tu tak bawak-bawak jugak. selagi tak tunai janji, aku la yang kena dengar dia membebel. dari petang bawak ke malam, bawak ke pagi, tengahari sehinggalah aku bosan dan cakap dengan abah dia: "Janji dengan anak nak bawak pergi kedai kan? Dok berleter je. Penat dengar. Penat nak jawab." hahaha... 

kadang-kadang tu hari hujan. makanya tak dapat la abah dia nak bawak ke kedai. tapi si minah kecik ni akan tengok je cuaca kat luar dan tunggu sampai hujan berhenti. kalau hujan renyai-renyai pun dia sanggup redah. kalau tak nanti dia berbunyi: "Abah kata nak bawak pergi kedai petang. Tak bawak pun." kalau aku kata hujan ke apa ke... nanti dia cakap akan tanya abah sendiri. hohoho...

kalau kena aku masak tak ikut citarasa dia ke, kejap lagi mengomel la: "Masak apa gitu gaya." adehhh... kalau dia dengar Anis menjawab apa yang aku cakap, nanti dia bising: "Awak ni mulut handal." padahal sama je dia dua beradik. itu belum masuk Azfar lagi tu. Azfar kalau di tanya kenapa panjat, kenapa tumpahkan air, jawapan dia senang je: "Saja!" lagi geram.

rambut dah panjang. ajak potong tak mahu.


dan Alya selalu cakap kat aku kalau dia tengok iklan Skunk Fu tu. dia cakap: "Macam Kak Long. Suka merungut." hahaha... tahu tak apa. lagi satu tentang Alya ni, dia perfectionist. yang tu memang tension la. awal-awal dulu lagi tension. tapi sekarang ni dah kurang sikit. kalau buat homework, coloring ke tulis-tulis ke , dia tak suka comot. kaler tu terkeluar sikit je, kadang-kadang tu tak nampak pun... mengamuk la dia suruh padan. tak cantik. comot la. padahal dia yang buat pun. bukan ada orang kacau. selagi tak padam, memang panjang la amukkannya. 

masa awal-awal sekolah dulu aku hangin jugak. tak jejas pun. sebab tak nampak. padam sendiri dia tak nak. tapi sekarang ni dah kurang sikit mengamuk kalau kaler terkeluar sikit daripada garisan. kalau tak layan dia mewarna, kejap lagi dia kaler memang comot gila la. tunjuk perasaan kata. tak macam Anis. Anis kaler anjing dengan bayang-bayang pun colorful. kaki kaler kuning, kepala purple, badan biru. muahaha... tapi jenis dia tak merungut. dia akan buat kerja dia sampai dia rasa dia tak boleh buat. selalunya tak fokus. buku dia baawak pergi sana sini, tapi kerjanya baru siap dua huruf je daripada berhuruf-huruf yang ada dalam tu.

tu la. anak-anak ni macam-macam ragam ada. pening nak ikut ragam setiap orang. especially kalau ada yang dominan. nak lebih je daripada orang lain. apa pun, kelebihan dan kekurangan dia orang... kita seabgai parents ni tetap sayang kan? dah nama pun anak-anak. kita pun pernah jugak jadi budak kecik. entah-entah lagi extreme. betul kan?

akhirnya... makan dek pujuk jugak. dah pendek rambutnya. senang nak urus.




my foot: aku rasa kau masa kecik mesti extreme kan Elly? hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. lain anak mmg lain ragamnya..kena didik ikut ragam la..klu boleh dikurangkan sikap yg tak berapa molek tu dr kecik lg bagus.at least tak terbawak smp beso..



    ReplyDelete
  2. Hihihi...cute jerk kalau dgt bdk2 membebel...

    ReplyDelete
  3. emm samalah anak zie.. menjawap merungut sama naik jer skunk ni.. huhu

    ReplyDelete
  4. Hoi pe petik2 nama aku?. Hahahaha anak kg cam aku mn reti duk diam

    ReplyDelete
  5. betul kan..anak-anak ni lain2 perangainya..sama macam Ida di rumah..melayan 4 kepala yang berbeza huhu

    ReplyDelete
  6. comelnya dia rambut pendek..:)

    dapat bayangkan rupa anjing tu di kaler pelbagai warna hehehe..

    mcm perangai anak kan..sy pun ada masa naik fening juga dibuatnya..tapi tulah mcmna skali pn tetap sayang juga..

    ReplyDelete
  7. Anak skrg bijak bercakap.. Sama mcm anak adik, suka merungut sejak pergi sekolah. Adalah yg di tirunya tu... Susah juga bila anak mudah dipengaruhi.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign