Fresh from the owner...

14 March 2013

Tabahlah hendaknya.




semalam chat dengan Piah di fb. aku rasa semalam waktu paling lama aku tengok dia online. biasa kalau aku online, aku suka on fb jugak walaupun aku bukan tengok sangat pun fb. dari tengahari waktu aku nak ambik budak-budak ni balik school sampai la petang dekat pukul 4 lebih jugak la bar dia offline. aku ni dengan laptop yang meragam, kejap off. terlanggar wayar charger terus off. bengang jugak. wayar charger ni husben kata ada yang dah putus kat bahagian dalam. sebab tu jadik macam tu. very sensitive. mengada-ngada. hahaha...

Piah kata dia baru settle berurut. dia kan c-zer, makanya tak boleh la nak berurut dan bertungku macam orang bersalin normal. bidan yang urut dia cakap, rahim dia pun tak kecut molek lagi. tak macam yang bersalin normal jugak. aku tak ada pengalaman c-zer. jadinya aku tak tahu. dia tanya, aku jawab. tapi aku dah cakap dekat dia c-zer dengan normal tak sama. kalau ikutkan next week genap la 40 hari dia berpantang. dia pun dah tak sabar nak ikut Kerry. ye la... Kerry dok sini lebih kurang tiga bulan jugak. takkan dia nak dok sorang-sorang kat Ganu walaupun dah beli rumah kat sana kan?!


semalam dia cakap ini dengan aku. walau setabah mana pun kita rasa seseorang tu, dalam hati mesti terselit jugak rasa duka. tambahan bila tak tahu nak luahkan pada siapa. sebab itu aku cakap dengan dia, jangan sebut la pasal baby. kalau tak dua-dua lagi sedih. lagi terasa. dia sempat pegang baby dia 15 minit lepas arwah meninggal. at least ada peluang pegang kan walaupun tak ada peluang nak ke tanah perkuburan.

dia lagi rasa sebab dia yang bawak. yang rasa first kick. dengan alahan. dnegan muntah-muntah macam nak terkeluar semua isi perut tu. even aku pun tak boleh nak rasakan macam mana dia rasa. cuma aku tahu dia sedih sangat.


dia cakap Mie aka MIL akan dapat cucu lagi. daripada my SILs. dia sedih sebab semua akan due tahun ni. hujung-hujung tahun. dia akan tengok je orang lain pegang baby sedangkan dia kena 'puasa' untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. kalau condition dia okay, setahun setengah dah boleh conceive baru. itu kata doc yang rawat dia la.

dalam keadaan dia yang sorang-sorang tu mesti dia banyak fikir ke arah tu kan? siapa yang ada dengan dia sekarang? cuma mak ayah dia je. Kerry ada kat sini. nak comfort dia pun tak boleh. comfort berdepan dengan dalam telefon tak sama.


yang ini aku cakap dengan dia bukan dia tak happykan suami. dia dah bagi yang terbaik tapi perancangan Allah tu lagi baik daripada apa yang kita bayangkan. husben pernah cakap, Kerry memang berharap sangat. bahaya jugak sebab macam-macam boleh jadi.

tapi nak buat macam mana. memang berharap sebab benda tu ada kan? cuma bila jadi sesuatu yang tak terduga tu la buat hati rasa sedih sangat. tapi siapa kita nak lawan kuasa Allah. bukan dia tak boleh pregnant pun. ada rezeki lain Allah tentukan untuk dia sekeluarga.


aku cakap, Baihaqi ada. cuma tak bersama je. Allah pinjamkan sesaat untuk bagi rasa macam mana nak jadi ibu. anak tu kan harta yang dipinjamkan Allah untuk kita manusia ni. aku cakap jugak, aku cuma boleh cakap tapi dia lagi rasa semua tu, tapi kena muhasabah la. jangan bagi ruang untuk diri sendiri rasa sedih. jangan fikir-fikir sangat sebab kalau fikir pun tak akan jumpa kesudahannya. time dia dalam keadaan macam ni, mind senang je nak kena goda dengan syaitan durjana. kena selalu motivate dia.

aku cakap jugak dengan husben. husben kata perjalanan masih jauh. Piah pun muda lagi. lagi pulak husben kata time pregnant ni macam-macam boleh jadi. even kita dah jaga baik-baik pun tapi kalau Allah still nak tarik, DIA akan tarik jugak. even keluar sihat sekalipun, kalau dah jadi bahagian dia untuk pergi dulu, kita ni nak tak nak memang kena terima dengan redha. semua ni pinjaman. betul la kan?

tapi selaginya nama manusia, memang takkan terlepas daripada rasa semua ni. apa yang aku harapkan agar Piah ni tabahlah dengan ujian yang Allah turunkan buat dia. semoga kita semua dilindungiNYA. aamin!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. semoga tabah dengan ujianNya..

    ReplyDelete
  2. terus teringatkan arwah anak akak yang pergi sms dalam kandungan... sempat peluk dia yang telah berbungkus dengan kain batik... memang kita hanya mampu bagi nasihat tapi saat kita menghadapinya memg perit dan sedih sekali.. apapun moga dia tabah..
    akak percaya ada sbb hal itu terjadi...

    ReplyDelete
  3. Semoga beliau tabah hadapi segala dugaan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  4. Ina x tahu apa cerita yg sebenarnya kak..
    Tp ina yakin setiap kesabaran & keredhaan kita..
    Akan berbayar jgk 1 hari nnt..
    In shaa ALLAH!!
    Ina yakin ttg itu..
    Lambat dgn cepat itu saja..
    Buat PIAH..
    Semoga kuat & tabah hadapi tiap2 dugaan Allah ini..

    ReplyDelete
  5. Semoga Piah tabah menghadapi semua ini,Allah lebih mengetahui semua ini.

    ReplyDelete
  6. aduhh sedih kan ..
    harap dia boleh bersabar dan tabah .. allah pijamkan sekejap , duga hati dan perasaan , harap dia kuat

    ReplyDelete
  7. muger2 semuanyer selamat yee..uHUuu

    ReplyDelete
  8. insya Allah, nanti akan dikurniakan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  9. moga dia tabah..ada anak, tiada anak, anak pergi..semua nya ujian Allah..sedih baca story ni

    ReplyDelete
  10. semoga tabah menghadapinya..yg pasti setiap yg berlaku ada hikmahnya...hanya DIA yang maha mengetahui...

    ReplyDelete
  11. mmg sedih bila dengar kisah piah n kerry..tp syukur Allah masih beri peluang piah mengandung lg..ada org tak merasa lgsung nikmat mengandung..cuma kena sabar jer la..fikir positif yg kita mungkin lebih beruntung dr org yg tak ada peluang nak ada anak lgsung..

    tp tu la berat mata memandang berat lg bahu memikul..semoga Allah gantikan yg lebih baik tuk piah n kerry..

    ReplyDelete
  12. sedihnya baca cerita ni..moga piah terus tabah,insha Allah Dia lebih tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya kan..mmg klu jd kat kita pun mungkin kita tak dapat terima keadaan tu..sedihnya

    ReplyDelete
  13. Ya Allah.. (T_T)
    semoga dia bertabahlah.. moga perancangan Allah utk dia sekeluarga yang terbaik.. amiin.

    ReplyDelete
  14. semoga piah dan keri kuat ye.. sedih saya bca n3 ni..

    sama macam yg saya rasa..alhamdulillah suami byk bgi motivasi.kalau dia sedey saya pulak motivasi dia..kadang2 dia datang menyapa..tak boleh nak tolak

    ReplyDelete
  15. semoga tabah menghadapi setiap ujian.

    ReplyDelete
  16. tiap yg berlaku ada hikmahnya...moda dia tabah dalam menhadapi setiap dugaan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign