Fresh from the owner...

01 March 2013

Sudah kembali pulih.


alhamdulillah... kesihatan anak-anak dah berada pada tahap yang semakin baik. masing-masing dah start main plus bergumbira sakan. tambahan pulak dengan adanya Ayah Su dia orang. memang happy tahap tak ingat. adehhh... Ayah Su kan suka layan dan tukang layan. makanya memang dia orang suka sangat la. pagi tadi Azfar bawak Ayah Sunya berjalan entah ke mana. hahaha... dah lama aku tak bagi dia keluar ambik angin pagi lepas sakit tu hari kan. kali ni ada Ayah Su, Ayah Su la layan. aku dok sembang dengan jiran. dah lama tak sembang-sembang.

makan pun dah okay jugak. syukur sangat. Anis la yang paling ketara paten makannnya lari masa sakit dulu dah getting better. dah start jadi macam Anis sebelum sakit. asal ada masa terluang je mesti cari benda makan. mesti nak selongkar bekas biskut la, cari roti la. macam-macam. puas hati la tengok dia makan. sama jugak dengan Azfar. makan je sekarang ni. alhamdulillah. Alya memang macam tu la paten makannya daripada dulu. cuma sekarang ni dia banyak makan la. kalau dulu puas paksa. mungkins sebab sebelum ni dia hisap susu botol. tapi sekarang tak lagi.

mak ayah la senang hati tengok anak-anak dah okay. tak ada la dok risau memanjang kan. memang dalam rumah dok pulun main bola dengan Ayah Su. kadang-kadang main kuda-kuda. Ayah Su la yang jadi kuda. kalau Ayah Su balik mesti dia orang terasa sebab tak ada orang dah nak layan. ibu layan jugak tapi bukan macam Ayah Su. boleh main kuda-kuda bagai. (*_*)

apa pun bersyukur dengan perkembangan kesihatan dia orang serta doa daripada kamu dan kamu yang tak pernah putus. terima kasih daun keladi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga ceria selalu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dh sihat anak2 kak sal...;)))

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah. Kesulitan sudah ditukar dengan kelegaan hati.

    Ewah2 azfar yang bawak Ayah Su jalan2. Bukan Ayah su yang bawak. Banyak akal tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...lega bila tgk ank2 dah sihat kan..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. moga sihat berterusan...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..mmg seronok bila tgok anak dh sihat,selera makan,dh boleh main2 dengan riang rianya..kita yg mendengar berita pun tumpang hepy..

    ReplyDelete
  8. [url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#hexgp]buy cialis online[/url] - cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#umglp buy cialis

    ReplyDelete
  9. [url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#pvpha]buy viagra[/url] - generic viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#eghhp buy viagra

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...kembali sihat..lapang rasa dada kan sal

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign