Fresh from the owner...

04 March 2013

Sedih pulak saya.


ada chatting dengan Piah dua tiga hari lepas. daripada situ la dia cerita pasal suntikan dexa (ubat matangkan paru-paru baby) yang dia dapat 3 minggu sebelum bersalin. doc cucuk masa dia 28 minggu. itu pun lepas delivered doc kata paru-paru baby still lemah. suntikan dexa tu tak berkesan kat baby dia sebab dia leaking dah awal. ada infection makanya suntikan dexa tu tak jalan untuk arwah Baihaqi.

Piah cakap nak tunggu demam baru nak operate. tapi dalam berchatting tu dia redha. katanya dah sampai masa dia kembali pada Penciptanya. cuma cara pengendalian tu boleh improve lagi. doc kata tak nak operate awal sebab takut ada komplikasi lain pada baby. tapi siapa kita nak tentukan semua tu kan? dia ikut prosedur dia sebagai doc. dalam pada ikut pun ada jugak yang silap. adat manusia. kita bukanlah sempurna sepertiNYA. DIA dah tentukan perjalanan arwah Baihaqi terhenti setakat tu je.


sedih bila baca statement dia pasal Kerry. memang Kerry kalau balik sini dia akan banyak main dengan Azfar. panang Azfar mintak dukung, konpem dia dukung. kalau Azfar nak ikut dia berjalan pun biasanya dia bawak. nak balik kampung, sahih dia akan cium Azfar sorang je. aku perhatikan masa Piah tu pregnant lagi. mesti dia excited nak sambut orang baru kan.

tambahan pulak dengan ruang masa kerja dia tu. kalau ada anak sambut dia selain daripada isteri memang seronok. tapi dah bahagian dia Allah takdirkan macam tu. tak apa la Kerry, Allah ambik sesuatu yang dia orang sayang bukan untuk suka-suka. ujian semua tu dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. insyaAllah. perancangan Allah terhadap hamba-hambaNYA ni semuanya dah ditentukan. dan semuanya indah-indah kalau kita menerima dengan hati yang redha dan tenang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. tu la pasti semuanya ada hikmah.mana tahu Allah nak berikan yg lebih terbaik lepas ni..:)

    ReplyDelete
  2. sy pun teringin nk ada anak tp xkwin ag :)

    ReplyDelete
  3. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lepas ni.. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  4. mmg byk sabar, korang kena bagi moral support utk dia tau

    ReplyDelete
  5. akan ada yg lebih baik lepas ni...In Shaa Allah

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign