Fresh from the owner...

19 March 2013

Saat dan ketika ini...




semalam tiada entri langsung berikutan tiada mood. tapi seawal pagi aku menaip entri gara-gara tak boleh tidur. sebenarnya menunggu jam bergerak ke angka 3 pagi. kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung berikutan mendapat berita mengejutkan petang semalam. tepatnya waktu maghrib. waktu tengah plan nak main Candy Crush. bukanlah aku berkenan sangat dengan game tu. tapi tengok orang main, macam apa yang best sangat game ni. makanya nak try jugak la main. tapi tak sempat main pun sebab dapat called daripada my sis. 

katanya BIL aku yang sakit tu dah passed away petang tadi masa buat hemodialisis. sangat terkejut sebab tak dengar pulak dia sakit. aku rajin jugak call rumah. kalau tak nanti ayah aku bising sebab lama tak call. dan ayah aku baru je called hari Ahad lepas. tak ada pulak dia kata BIL aku tu sakit teruk ke apa ke. sekarang ni bagi husben tidur dulu. sebab dia balik kerja dah malam. lepas tu dapat berita pun dah malam. takkan nak ajak dia balik terus kan? mesti dia penat. perjalanan pun bukan dekat-dekat. kiranya aku orang terakhir la balik. abang aku yang kat Klang pun dah sampai pukul 1 lebih tadi. 

menurut my other sis, BIL tu demam. setiap hari Isnin, Rabu dengan Jumaat dia akan buat dialisis. tapi tadi petang, masa ambik darah ke apa entah, dia mengadu sesak nafas. dia orang bagi oksigen kat my BIL. lepas dah bagi oksigen tu dan cabut je benda alah tu, dia collapsed. orang bergegas bawak dia ke hospital. sampai kat hospital, doc kat sana cakap dia dah tak ada. meninggal dalam perjalanan. reaksi pertama dengar memang tak tahu nak cakap apa. 

tapi dah itu bahagian dia. husben cakap, eloklah dia pergi daripada dia tanggung sakit dia tu. kita nampak dia berjalan pergi sana sini tapi sakit dia kita tak tahu macam mana dia rasa. lagi pulak dah sampai masanya dia pergi kan. sebelum ni pun masa dia koma last year, doc ada informed prepared for the worst. tapi dia survived. Allah bagi ruang dia hirup lagi udara dunia ni. tapi hari semalam adalah penamat buat dia. aku kenal BIL aku tu dah 17 tahun. daripada started dia kawin sampai la ke hari terakhir dia, dia duduk dengan ayah aku. kutuk mengutuk tu perkara biasa. memang akan terasa jugak la. 

especially sis aku yang berjaga malam dok jaga BIL aku tu. mesti terngiang-ngiang panggilan husben dia tu. even aku pun boleh rasa. patut la hari sebelum tu dok ingat je kat my sis ni. rupanya ada petanda. husben aku before this kan ada mimpi arwah ayah dia tunjukkan dua kubur pada dia. satu dah lepas. satu lagi mungkin ini yang dimaksudkan. wallahualam. kesian pada anak-anak arwah la. yang nombor dua akan ambik PMR tahun ni. yang kecik sekali baru 7 tahun. manja jugak dengan ayah dia tu. sebab kalau nak tidur dia suka main siku ayah dia. 

tapi husben kata nak kesian buat apa. Allah dah tentukan yang terbaik. DIA takkan ambil hambaNYA tanpa tinggalkan apa-apa. rezeki anak-anak tu ada. atas ibu dialah untuk 'ambil' rezeki yang dah Allah sediakan tu. dan setiap kematian juga adalah tanda peringatan. kita yang hidup ni, yang sentiasa dijenguk malaikat maut pun kadang-kadang tak sedar. leka. lalai. ingat-ingat la mati sebab itu akan buatkan kita kembali semula kepadaNYA. 

husben kata jugak, sekurang-kurangnya kalau orang yang dah sedia sakit ni meninggal, kita dah bersedia. kita dah tahu dia akan pergi. cuma bila tu je kita tak tahu. tapi yang meninggal kena bunuh, eksiden, terbakar... itu yang paling kesian sebab pergi tak terduga kan. ada benarnya. redha sajalah. yang hidup pasti akan mati jugak akhirnya. 

doakan kami semua selamat sampai ke destinasi kami ye. maaf sebab tak sempat nak bw.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Alhamdulilah... bagus entry nieh... ^_^

    ReplyDelete
  2. innalillah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditemptkan bersama org yg beriman

    ReplyDelete
  3. al-fatihah...dh smp masanye kan kak sal..takziah buat kak sal sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Btl tu kak, Allah perancang terbaik. Kematian mmg tidak mengira umur. Baru2 ni kwn kita satu umur diserang strok peringkat awal. Amaran utk kita jg.

    ReplyDelete
  5. Takziah beb. Hati2 dlm perjalanan.

    ReplyDelete
  6. alfatihah...moga akak sekeluarga selamat pergi n balik yer

    ReplyDelete
  7. takziah dan al-Fatihah untuk arwah BIL akak

    ReplyDelete
  8. moga BIL ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman. kesian jugak kat anak anak dia sbb kecik lagi.

    ReplyDelete
  9. semoga selamat sampai ye :)

    ReplyDelete
  10. takziah atas pemergian BIL.ajalnyanya Allah dh tentukan..kita kena redha

    ReplyDelete
  11. Salam takziah.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  12. takziah...BIL tu sp ye..

    ReplyDelete
  13. innalillahi wainnailaihirojiun... Moga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

    Moga perjalanan pergi dan balik selamat. amin...

    ReplyDelete
  14. haah. ade betulnye tu. org yg sakit ni, kite tak terkejut sgt kalau smpai ajal die kan.

    ReplyDelete
  15. Kematian tidak kira umur, pgkt. Smg arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman. AlFatihah.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign