Fresh from the owner...

06 March 2013

Kek untuk belated birthday girl.


punya la lambat nak belikan kek untuk Alya tahun ni. kesian dia. sebabnya time birthday dia semua orang still tak berapa sihat. makanya kena tangguh la nak beli kek. lagi pulak nak dia pilih sendiri keknya macam mana. sebab kalau kita yang pilih nanti dia berbunyi. hahaha... setakat makan-makan sendiri je. belum pernah lagi nak buat besar-besaran. insyaAllah... ada jugak perancangan nak buat birthday bash untuk dia orang. mungkin tahun 2015 kot. buat besar terus kan. 

balik school bawak dia ke Kip Mart. kebetulan Ayah Sunya ada sama. nak carik kat situ la. tapi sampai Kip Mart tempat tu dah tutup. husben malas nak ke Season Pusat Bandar. last-last bawak dia pergi Sakura dekat dengan rumah. nak carikan kek aiskrim sebab tahu Alya memang suka sangat dengan kek dan aiskrim. dia tak makan nasi pun tak apa asal ada kek. bawak dia masuk kedai dan suruh dia pilih sendiri. dan dia pilih kek aiskrim coklat. mak okay je. tapi kalau makan roti maknya suka inti vanilla. husben tanya kenapa tak ambik vanilla. dah anaknya nak coklat takkan mak nak ambik vanilla pulak. 

simple je keknya berbanding tahun lepas punya.

balik sekolah, mandi terus potong kek.


goddies bag untuk kawan-kawan dia pun baru hari Isnin lepas dapat bagi. barang beli awal dah. tapi plastik untuk isi makanan semua tu lupa nak beli. nak tunggu abahnya free pun ambik masa jugak. hari Ahad baru pergi beli. Aha petang tu jugak la isi barang-barang dalam plastik tu. Isnin tu dah boleh bagi kawan-kawan. lambat sikit la. tapi memang niat nak bagi kan, lambat pun tak apa.

kalau tak disebabkan masing-masing sakit, memang bagi the day lepas birthday dia tu. tapi masalahnya masing-masing tak sihat betul macam mana nak bawak keluar rumah. memang rasa macam malas je nak bawak. tapi tak bawak keluar sanagt pun tak boleh jugak. sesekali kena ambik udara luar kan? adehhh...

Alya suka dengan kek dia ni. krim atas tu tak ada la manis sangat. boleh la. sedap jugak la kek aiskrim ni. lupa pulak nak snap lepas potong. excited nak makan je lebih. apa pun, yang penting si kecik ni happy dapat makan kek yang dia pilih sendiri. tahun lepas pun dia pilih sendiri jugak tapi tempah khas siap nombor 4 lagi. tahun ni mungkin tempah untuk Anis pulak kot. tahun depan Azfar. hehehe... gilir-gilir ye sebab yang tempah untuk Alya dulu pun boleh tahan jugak harganya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. anak s pun sibuk nak meraikan dgn kawan² kat sekolah.. asyik bertanya jer.. bila hari lahir dia...

    ReplyDelete
  2. happy birthdy comel die. smoga mmbesar dgn penuh didikan sbaiknya :)

    ReplyDelete
  3. hapy belated buffday syg! may Allah bless u,sedapnya nmpk kek.

    ReplyDelete
  4. sronok dpt kek pilihan sendiri..anak2 punya besday wajib ada kek..budak2 mmg suka kek..2mggu lg besday aiman plak.entah kek apa dia mitak nti..:)

    ReplyDelete
  5. ala tomeynya birthday girl...

    cake pun tomey macam tuan dia

    happy birthday baby girl

    ReplyDelete
  6. sweetnye lahai birthday girl...suke aunty tgk...;)

    ReplyDelete
  7. happy belated besday anis.. jadik anak yg solehah ye syg..

    budak2 klu dpt kek msti sonokkan kak.. x kisah la kek yg biasa2 pun..

    ReplyDelete
  8. ank2 mmg suka lah kalau dpt kek n mkn kek kan..

    ReplyDelete
  9. sweet besday girl tu ye..
    sedapnya ke ais krim tu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign