Fresh from the owner...

12 March 2013

Ke pasar malam berdua dan durian crepe.


 

bersiaran agak lewat sebab malas melanda. dah buka laptop daripada tadi tapi tak taip satu apa pun lagi. adoiii la... betul-betul rasa malas. kalau husben kerja malam, dia balik rumah dan nak tengok laptop, mesti rasa nak berebut guna. hahaha... kalau dia kerja pagi, on laptop pun sebab Azfar nak tengok cerita or nak dengar lagu. layankan je la. tapi tengoknya kejap je. dia akan tidur lepas tu sebab bangun awal kan. ikut timing abah nak pergi kerja. kalau tak dikejutkan nanti sampai petang dia tanya mana abah. 

semalam dapat berjalan berdua dengan husben. tak ke mana pun. husben ajak pergi pasar malam je. sebelum dia balik tu, Kerry dah ambik budak-budak ni bawak berjalan. jadi bila husben balik tak ada la anak-anak yang sambut dia macam biasa. ada pun emaknya je la. dia kata Kerry bawak pergi pasar malam agaknya. jadi dia ajak aku pergi jugak. pandai-pandai Kerry la kalau balik dan kami tak ada kan. hehehe... lepas husben makan, nak keluar je, Kerry pun balik bawak budak-budak. aisey... plan kena cancel la nampak gayanya. 

tapi Kerry nak jaga budak-budak ni, makanya ibu dengan abah keluar la berdua. budak-budak layan cd Upin Ipin yang Kerry beli minggu lepas. dia tak ke pasar malam sebab tak ada tempat nak parking. tu pasal balik semula. aku dengan husben naik motor je. senang nak cilok-cilok. dah lama jugak tak berjalan tanpa anak-anak ni. kadang-kadang tu rasa janggal je nak tinggalkan dia orang. kalau sekejap macam ke pasar malam tu lain la kan. tak beli apa jugak. belikan buah mempelam untuk anak-anak. kuih sikit. itu je. tak ada beli keropok ke apa ke sebab budak-budak tu baru lepas makan nasi. 

on the way nak balik tu husben kata ada orang jual durian crepe. nak ke? alahai... dia tanya tak pernah makan lagi kan? beli la kalau nak makan. aku pun beli la. orang lain dah puas makan, aku je baru nak cuba makan. dalam keadaan sekarang ni takut tekak tak boleh nak terima je. beli pun satu je la. RM5 sebekas. dah makin murah. kalau masa mula-mula keluar dulu RM10 sebekas. boleh tahan la rasanya. nak makan selalu tu tak la kan sebab macam muak sikit. itu pun kongsi dengan anak-anak je. husben tak nak makan. benda pelik-pelik macam tu dia kureng sikit. perut orang melayu. aku ni perut pelbagai. ngeee... 

durian crepe la ni.
egg tarts.
bersungguh makan budak berdua ni.

yang ni special case. makan sambil tengok upin ipin.


sesekali jalan berdua sebab boleh manja-manja gitu. kalau ada anak-anak dia orang dengki. mana bagi pegang-pegang. hahaha... kadang-kadang saja je mengusik. budak-budak kan. biasa la. tak ada dia orang tak berseri pulak hidup. okay la. nak pergi beli lauk kejap. entah nak masak apa hari ni pun tak tahu la. nanti aku sambung lagi ye. sambung BW sekali.

cau cin cau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Durian crepe tu sedappppp! ;D hehe

    ReplyDelete
  2. dah besar anak-anak sal, si kecik tu azfar kan? comelll!!!

    ReplyDelete
  3. kalau alisha dia sk sgt dc ni.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal..comel tengok adik beradik tu makan..hehehe

    sy pula sampai skrg belum merasa DC tu..hehe

    ReplyDelete
  5. durian crepe.rindunya nk mkn.

    ReplyDelete
  6. xpe kak ada masa dating g pasar malam pun xkisah kan tapi fikiran mesti tingat kat anak-anak gak hihi

    ReplyDelete
  7. Promosi Al-Quran Pelangi :) Ready stock! http://bit.ly/10AVN8H

    ReplyDelete
  8. Lama tak layan durian crepe ngan egg tart..
    Terliur singgah sini :D

    ReplyDelete
  9. dah lama tak keluar berdua je dgn en abg....

    ReplyDelete
  10. ala sweet je. blm pnh lg jln berdua. xde siapa nk jg anak2. blm lg gaknya. ihiks. kita suka je crepe2 tu. sdp.

    ReplyDelete
  11. dc ada lg ke sal..bkn dh abis musim ke...hihi

    ReplyDelete
  12. xteringn pn nak rasa durian creepe tu. hihi.

    ReplyDelete
  13. rasanya dah lama x jalan berdua... x sampai hati nak tglkan anak.. lgpun xde sapa nak lg jagakan...

    ReplyDelete
  14. egg tart KA hantu. tapi doyan2 ni x makan ler pulak hehehe

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak makan since anak teruna demam lepas makan durian crepe..hehe

    ReplyDelete
  16. syok dapat jalan berdua..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign