Fresh from the owner...

21 March 2013

Cerita tentang hari itu.



selamat sampai ke rumah dekat pukul 3 pagi ni. sepanjang perjalanan balik tak ada la aku menemankan husben sangat. kalau aku ngantuk, aku cakap dengan dia aku nak tidur. kalau tersedar, aku layan dia sembang. ngantuk je, aku tidur. (^_^) husben pun ngantuk jugak. dia ada cakap ada la dua tiga kali terlelap dalam sesaat. tapi alhamdulillah... perjalanan dilindungiNYA. nak berhenti tidur tepi jalan pun susah sebab tak ada tempat selamat nak tidur. aku nak drive? tak la kan sebab ngantuk. kalau aku drive lagi teruk. kalau aku offer diri okay la lagi. tapi kalau tak offer tu tak payah offer la kan. ngeee...

malam tadi ada kenduri dan doa tahlil untuk arwah BIL aka Ayah. anak-anak aku kan panggil BIL tu Ayah. asalnya nak balik malam lepas jenazah dikebumikan tapi masa sesi bincang-bincang nak buat tahlil, ada yang suggest buat masa semua adik-beradik ada. makanya, buat la malam tadi. lepas habis tahlil, kami balik la. abang aku yang kat Klang tu pun balik semalam jugak. cumanya aku sefamily je bergerak dulu. 

aku sampai kat rumah ayah aku hari tu pun dah dekat pukul 9. bertolak pukul 4 lebih. asalnya nak bertolak pukul 3 tapi husben susah nak tidur. jadi bila kejut dia pukul 3 tu dia ambik masa nak bangun siapkan diri sendiri sedangkan aku dah siapkan anak-anak semua dah. cuma tunggu dia je la. isi minyak, sampai je singgah makan dulu tak nak kelam kabut sampai rumah nak makan la apa la. sampaisampai je semua orang dah ada. aku dengan seluar dan t-shirt je. tak tukar baju pun sebab dia orang dalam proses siap-siapkan tempat untuk mandikan arwah. ramai kawan-kawan arwah yang datang jugak. my sis jangan cakaplah. sangat sedih. memang tak berhenti menangis. setiap orang yang tegur dia mesti dia menangis.

aku tengok arwah pun dari jauh je. kalau semua adik-beradik menangis, tak guna jugak. salah seorang has to be strong. memang sedih. terutama tengok anak-anak BIL aku tu. nak menagis tapi aku tak galakkan diri aku untuk jadi sama macam orang lain. biar la orang kata aku heartless ke tak sedih langsung tapi orang tak tahu apa aku rasa. ini kakak-kakak aku yang lain pun joint sama kalau kakak sulung aku tu nangis sedih. mana boleh gitu. lagi la dia rasa sangat tak bersemangat. adoiii la... ikut rasa memang binasa. memang sedih gila-gila. tapi aku pujuk diri dan hati sendiri. perjalanan arwah dah ditentukan berakhir kat situ. dah ternoktah perjalanannya. arwah kebumi pun dekat pukul 11 jugak. 

kakak aku tu memang tak bercakap banyak. dok nak menangis je. tak tidur mana. bila tidur pun tak lena. dalam tidur pun menangis. macam mana? sekali tu dapat la dia tidur dalam 15 minit. itu pun dia kata sejam walhal semua tahu sikit punya sekejap dia tidur. tapi yang 15 minit tu tidur yang berkualit sebab lepas tu nampak dia segar sikit daripada sebelumnya walaupun tak la sesegar mana. tak nak makan minum. kena paksa baru la dia nak makan. itu pun sikit je.

memang bercakap senang. tak rasa kan. air mata pun dok nak mengalir je. bukan kita tak cuba tapi dah kalau macam empang pecah nak tahan macam mana? macam tak percaya pun ada yang BIL tu dah meninggal. hmmm...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-NYA...semoga arwah tenang gie sana..

    betul kate kak sal, salah sorang kene kuat..tp tuh la, falsya nak ckp lebih2 pun xleh sbb xde kat tmn kakak kak sal..

    salam takziah dr falsya utk kak sal sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. mmg sedih utk menerima kehilangan org tsyg.lg2 insan y bkongsi suka/duka & kehidupan kt.. cuma kna kuat semangat & redha.. sbb inilah lumrah dunia.. y hidup ttp akn mati..

    smoga roh arwah d cucuri rahmat..amin

    ReplyDelete
  4. salam takziah...sama2 kita doakan moga arwah tenang di sana...

    ReplyDelete
  5. salam takziah..
    al fatihah

    ReplyDelete
  6. rasa hiba baca tentag ur sis.mmg sng berkata2,yg melalulinya saja tau macam mana perasaan kehilangan..

    semoga akk sekeluarga tabah

    ReplyDelete
  7. mmg la sedih kan. org yg kite syg pergi tinggalkan kite.

    ReplyDelete
  8. moga keluarganyer tabah & redha ye ,, doakan saja !

    ReplyDelete
  9. Daripadanya kita dtg, kpdnya kita kebali. Giliran kita, kita tak tahu...mungkin esok lusa tulat....takziah buat akak sekeluarga.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign