Fresh from the owner...

22 March 2013

Cerita tentang Ayah - Part 1.


 

masih cerita tentang Ayah aka BIL. entri tanpa gambar ye. kenangan untuk anak-anak jugak adanya. belum sempat bw jugak. badan tengah lemau lagi. masa aku sampai rumah kan orang dah datang. aku yang paling last sampai. nak buat macam mana. when she hugged me she said: "Ayah kata kalau dia tak ada dia suruh redha." dan aku cakap apa yang husben cakap pada aku walaupun aku tahu dia takkan boleh digest apa yang aku cakap. mind dah block sebab sedih. betul. tak boleh sedih sangat tapi kalau dah biasa dengan orang tu dan tiba-tiba dia tak ada, mahunya tak terasa. even Azfar masuk bilik my sis pun cari Ayah. nak buat macam mana? 

dia orang tak faham. masa last sekali sebelum jenazah masuk dalam keranda pun aku ada jauh daripada dia orang. semua dok pakat bagi ada dekat jenazah untuk tengok. even orang yang tak ada kaitan pun sama naik nak tengok muka arwah. kebetulan pulak anak arwah yang kecik tu ada dengan aku. bila aku tengok masing-masing dah start nak cium Ayah untuk kali terakhir, aku cuba la nak bagi anak buah aku tu lalu. tapi orang berkerumun macam tengok apa entah. aku kena panggil kakak ipar aku yang sorang lagi untuk ambik si bongsu arwah. tengok budak-budak tu menangis, memang sedih gila dalam hati. even anak arwah yang lelaki tu dok senyap je. last-last nangis. tapi dia mandikan arwah ayah dia tu. kakak aku jangan cakaplah. lepas kebumi, malam tu dia masuk bilik ambik baju arwah dok cium-cium. siap bawak tidur lagi. aku ada cakap dengan kakak aku yang lain. jangan bagi dia dok dalam bilik sangat sebab tu akan buat dia lagi ingat. setiap ruang dalam bilik tu akan nampak muka BIL aku tu. 

dah masa sakit dia memang banyak dok dalam bilik. keluar pun kejap-kejap je untuk makan, sembang, tengok tv. itu je la. duduk dalam bilik pandang meja tempat biasa arwah tu duduk, ingat. duduk kat katil dia pun ingat. arwah ada katil sendiri. katil bujang sebab dia tak boleh tilam lembut. nanti sakit belakang. sebab tu dia dok katil lain. ada tongkat, ada ubat-ubat dia. disebabkan aku dok lama sikit aku selalu jugak paksa kakak aku tu keluar makan. ajak dia ke ruang tamu depan. kalau masuk bilik tengok dia dok kat tempat arwah duduk, aku cakap la jangan selalu sangat duduk situ. kesian kat arwah. seksa tengok isteri macam tu. ada la sembang-sembang dengan dia kan. dia pun bercerita jugak tentang hints dan hari terakhir arwah tu kat aku. kata my sis, dia rasa kosong arwah tak ada. nak buat apa-apa pun tak ada rasa. aku kata tak boleh ikut rasa sangat. dia kena kuat dari anak-anak. anak-anak tengok dia macam tu pun mesti rasa. terutama anak nombor tiga dia. dok ikut melayan rasa. mak sedih, dia pun sama sedih. macam mana? 

sis aku kata pagi sebelum pergi hemodialisis tu, dia ajak duduk ambik angin luar. biasa memang dia tak suka angin sebab sejuk. tapi hari tu tak pulak. arwah pesan redha kalau dia pergi. mintak maaf dengan orang HDU. jangan sedih-sedih. kata my sis lagi yang paling dia tak boleh lupa renungan akhir arwah. sayu je tapi dia tak nak fikir sangat. banyak hints arwah bagi. dua minggu sebelum dia 'pergi' ni, dia melawat semua kawan-kawan dia kat hospital. masa nak buat hemodialisis pun my sis cakap, arwah biasa mintak bawakkan bekal kuaci. tapi hari tu dia tak mintak bawak pun. dah sampai sana dan masa cuci darah terus dia tidur walhal sebelum ni susah sangat nak tidur. lagi satu setengah jam sebelum habis cuci darah tu, dia dah mintak orang checkedkan bp dia. 

bila checked je rendah. sebelum tu dah checked. sebelum buat dialisis. bp dia cantik je. checked sampai dua kali. sebelum ni bp dia memang tak pernah nak cantik pun. masa bp dia rendah tu, MA tak berhentikan mesin pun walhal patutnya dia berhentikan. kemudian arwah mintak checked lagi bp. kali ni dah low sangat. baru la MA tu berhentikan mesin tapi tak bagi oksigen dulu. sibuk nak cabut wayar kat dada. bagi oksigen dan masa orang tengah nak cari urat nak ambik darah ke apa entah, arwah cabut oksigen dia. dan masa tu my sis tengok dia tarik nafas panjang. dalam hati dia dah tahu arwah dah tak ada. tapi still mind nak tolak kenyataan tu. dia orang bawak pergi hospital. nak masukkan oksigen ikut mulut pulak. guna tiub kecik tu tapi badan arwah reject. meaning memang dah tak ada.

bila tiba saat kita kembali kepadaNYA, sesaat pun takkan dilewatkan kerana telah ditetapkan masa itu ke atas kita. redhalah. kerana tanpa redha itu kita takkan merasa tenang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. mmg sedih bila org yg terdekat dengan kita pergi.lg sedih bila tgok keadaan akak akak dengan anak buah semua..

    ReplyDelete
  2. ayah adalah segala2nya..heheheh

    ReplyDelete
  3. As salam Kak Sal

    sedihnya baca... Takziah buat akak sekeluarga atas kehilangan BIL.... Semoga beliau ditempatkan dikalangan ahli syurga... ameen...

    ReplyDelete
  4. al fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  5. salam takziah & alfatihah...

    ReplyDelete
  6. moga rohnya di cucuri rahmat..AL Fatihah

    ReplyDelete
  7. AlFatihah buat arwah. Salam takziah buat akak sekeluarga. Kita pun baru kehilangan kwn sekolah, satu umur dgn kita agak rapat dn saling mengenali. Sedih tidak terkata.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign