Fresh from the owner...

08 March 2013

Budak manja.



semalam konon nak bw tapi badan penat sebab balik klinik pun dah petang. husben nak kerja pulak lagi. lama jugak la menunggu giliran dekat klinik tu. adehhh... husben dah risau-risau takut lambat sangat sebab dia bercadang nak tidur kejap petang tu. tapi tak sempat pun. melayan Azfar yang suka berlari sana sini lagi. tak nak orang pegang. memang dia sakit kepala la kan.

budak kecik ni memang manja la sekarang. dengan Kerry pun dia manja jugak. sekarang ni Kerry tak tidur kat rumah. dia banyak leapk dengan member dia. tunggu Piah datang kot baru dia tidur rumah semula. petang-petang lepas balik kerja dia datang la lepak kat rumah kejap. main-main dengan Azfar. layan budak-budak ni makan.

time nak balik Azfar selalunya menangis nak ikut. hahaha... pening tak? sebelum ni dia bukan nak ikut pun Kerry pergi mana-mana. tapi sekarang ni tak. mesti nak ikut. Kerry kata nak pergi kerja pun dia ikut nak pergi kerja jugak. siap mintak Kerry dukung lagi walhal dah duduk dalam kereta dah pun pakciknya tu. nak tak nak Kerry ambik jugak. letak dalam kereta dan bawak pusing-pusing taman.

lepas tu okay la dia. tak ada la nak meragam pun. cumanya bila dia nampak kereta Kerry bergerak je mesti dia tanya: "Bob nak pergi mana?" dan kalau berjalan ke mana-mana, dia tak nak aku pegang. dia akan mintak abah dia dukung atau abah dia pegang. turun kereta ke motor ke mesti nak abah jugak. kalau ada Bob, Boblah.

memilih kan? mengada je lebih ni. dan sekarang, pagi-pagi dia mesti nak makan nasi. makan nasi selagi dia tengok ada orang makan nasi. meamng kerap la dia makan nasi tu. dan lepas hantar kakak-kakaknya balik sekolah dia mesti ajak pergi beli nasi walhal kat rumah dah makan nasi goreng. tambah dua kali lagi. nak dapatkan semula tenaga dia yang hilang masa sakit dulu kot. alahai Azfar sayang. comel sungguh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Okla kalau berselera makan nasi, sesetengah budak2 tak suka makan nasi ni

    ReplyDelete
  2. alahai..mcm2 ragam dia ye,xpe yg penting azfar sihat dan ceria

    ReplyDelete
  3. selera yer azfa makan nasi,..wah cepat nbesarlah dia..

    ReplyDelete
  4. ok la sal..maybe baru lepas demam aritu kot..

    ReplyDelete
  5. macam2 ragambudak2 besar azfar ni mmg nak ikut je mana org pegi.suka mkn nasik nti chubby la macam abg aiman.hehe..

    ReplyDelete
  6. alahai sayang pandai demand ye sekarang...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign