Fresh from the owner...

04 March 2013

Ayah Su dah balik.


ini Ayah Su. ini jugak first time Ayah Su datang sini. masa SIL aku buat majlis dekat Tampoi, dia tak dapat attend sebab masa tu tengah ambik exam. dia dengan Acik tak dapat nak datang. Acik tu kakak atas dia. asalnya Mie pinjamkan Ayah Su ni kejap je kat Kerry. buat teman perjalanan je. tapi tersangkut lebih sehari pulak. patutnya Jumaat malam balik tapinya tak ada tiket. huhuhu...

memang Ayah Su ni rajin melayan. sebab tu budak-budak ni suka. dan disebabkan Ayah Su ada, aku relax sikit la sebab apa-apa hal budak-budak ni cari Ayah Su. (^_^) kalau tak cari pun Ayah Su yang volunteer nak tolong dia orang. memang mak relax la. hehehe... Ayah Su tunggu result SPM. itu yang banyak masa terluang tu.

Ayah Su balik sabtu malam. balik dengan Kerry. jadi Kerry dah tentunya tak berapa nak senang duduk selagi wife tak berapa pulih betul-betul kan? dia balik tengok keadaan Piah macam mana. selagi tak sihat betul, nak tinggal sangat-sangat pun hati rasa bimbang. pagi sabtu tu, abah dengan baik hatinya bwak anak-anak ke taman. dah lama sangat dia orang tak datang. sejak sakit mana keluar rumah sangat. memerap je. belum sampai hati nak bagi bebas kat luar walaupun ada jugak aku bagi dia orang main kejap-kejap.

layan pics masa kat taman la ye:-

snapped dari jauh. Ayah Su melayan anak-anak buah.

dok tengok Anis buang sampah kat selipar Azfar.

boleh tengok Alya berlari bebas. kecik je nampak dia.


Ayah Su dah selamat sampai rumah Mie pun. tapi menurut Kerry, Ayah Su akan datang semula ke sini. nak ambik lesen kereta katanya. kalau dekat area rumah mahal. lari RM400 ringgit jugak. baik ambik kat sini je. Kerry kata bila tanya  tempat beljar memandu tu dengan ada lesen P motor boleh dapat kurang banyak la berbanding kat Dungun. makanya, Ayah Su akan datang semula.

yang pasti dalam waktu terdekat jugak la. sebelum result keluar, insyaAllah dia dah ada lesen. dan Piah pun lepas habis 40 hari pantang, akan datang sini jugak. dan husben pulak, minggu ni last dia kerja malam. lepas ni masuk normal shift. sebelum ni memang normal sebelum dia request malam. tapi disebabkan ada AE kat situ yang tak puas hati dengan dia, makanya AE tu selalu cari silap husben ni untuk buatkan rekod dia nampak tak elok.

dia kata ada sekali tu dia approvedkan mould tanpa tengok sebab mengantuk. kerja malam. sekali tu mould tu ada defect. ada alasan la untuk tukarkan dia pada normal shift (under training) je sementelah dia tahu husben kalau boleh nak kerja malam je. sebab malas nak jumpa orang macam dia la. setiap kejadian ada hikmah. husben pun okay je. dia dah tahu perangai AE tu macam tu. jadinya dia malas nak layan. hmmm...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. suke la anak2 kak sal ayah su dh balik..;)))

    ReplyDelete
  2. ayah su rajin melayan ptt budak2 tu suka pun hihi

    ReplyDelete
  3. nti ayah su dtg lg.msti anak2 semua suka!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign