Fresh from the owner...

06 March 2013

Ada souvenir dari Vietnam juga.



masih kurus macam dulu.


petang semalam ex-roommate masa diploma dulu datang. plan dah banyak kali nak jumpa sebenarnya. sebelum pindah sini lagi. mula-mula nak jumpa kat Festival Layang-layang masa pregnantkan Azfar tapi dia lambat sangat keluar dan kita orang pun dah penat dengan budak dua beradik tu, makanya tak jumpa la. time tu nak ajak datang rumah jangan haraplah. rumah tak ada apa langsung. aku masa tu pun dok bahagian atas je. duduk dalam bilik. sebab kat bawah satu apa pun tak ada termasuklah langsir. 

kali kedua rasanya last year. dia nak belanja makan tapi husben pulak kena kerja. kali ketiga pun sama. nak ajak datang rumah? masa tu rumah dalam proses nak disiapkan sikit-sikit. tak sesuai. tu yang nak jumpa kat luar je. tapi tak ada rezeki jugak. kali ni barulah boleh ajak walaupun rumah tak sempurna mana tapi nak terima tetamu tu boleh la. kami ni sama-sama duduk dekat Pasir Gudang ni. cumanya dia kat taman lain dan aku kat taman lain. tapi tak ada la jauh sangat samapi tak boleh jumpa. tapi ye la... Allah tak izinkan maka tak jumpalah. 

Alya je ada time ni. yang lain ikut Kerry jalan-jalan.


makcik ni baru balik daripada Beijing. pergi sana pun time cuaca sejuk bukan main lagi. konon nak tawan Great Wall. last-last Great Wall tawan dia sebab sejuk. tak boleh nak naik tangga lebih-lebih. dia kata seronok ke sana. cuma masalah bahasa je la jadi isu.tak reti cakap orang putih. main cakap macam ayam dengan itik la. shopping dia kata memang best. sebab barang murah. macam-macam nak beli. next time kena pergi tempat yang rate mata wang tinggi. tak payah beli kat orang lain. beli kat diri sendiri je.

bulan 6 ni katanya nak ke Bandung pulak. lagi la puas hati shopping sebab dah dekat nak raya pulak time tu. tak apala. dia pun berdua je. time ni la nak berjalan pun. dah lima tahun jugak dia kawin tapi belum ada rezeki nak dapat baby. masih mencuba. katanya kalau tak ada jugak tahun ni nak cuba cara lain pulak. insyaAllah... ada tu. lambat sikit je.

fm daripada Beijing.

dapat t-shirt jugak.

terselit jugak fm daripada Vietnam.


fm daripada Vietnam tu masa nak simpan plastik baru perasan ada satu lagi souvenir dalam tu. nasib baik tak terbuang ke apa ke kan. ambik tengok ada tulis Vietnam. daripada Vietnam pun ada jugak rupanya. terima kasih ye Elis. buat susah-susah je. dah la datang kejap je. sempat jamu dengan air teh je pun. hahaha... next time kita plan makan-makan pulak.

nanti akak bawak family akak ni serbu rumah Elis. masak sedap-sedap tahu. lagipun kita duduk bukannya jauh sangat. dekat aje.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. okayh, kawan kak sal mmg kurus..jeles nieh..hehehe

    ReplyDelete
  2. wah best jumpa kawan lama ..er dapat hadiah lagi tuu

    ReplyDelete
  3. geramnya tengok FM semua tu...

    ReplyDelete
  4. masing2 dh berkeluarga ni evn duduk dekt pun ssh je nk jumpa.sekali jumpa dpt souvenier byk plak tu.mmg best la..:)

    ReplyDelete
  5. banyak adiah akak dapat :-)

    ReplyDelete
  6. bila dah berkeluarga ni mmg susah sikit nak jumpa kawan2 walapon duduk takde la jauh sgt kan..
    wah dapat souvenir..best tu

    ReplyDelete
  7. Amboi byknya. Mau penuh peti ais ni. Wei great wall ke great hall.

    ReplyDelete
  8. wah bestnya dpt souvenir dr vietnam

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign