Fresh from the owner...

15 February 2013

Sudah discaj.



semalam sampai rumah dah pukul 9 malam. penat sikit la. aku tidur dan husben yang tak berapa nak sihat tu dok layan anak-anak makan. lepas makan je, dia orang muntah. banyak pulak tu. adehhh... masa Anis discaj hari rabu, on the way husben bawak dia balik, dia muntah dalam kereta. semalam, masa Azfar nak discaj, dia muntah dua kali. sekali lagi kat rumah mak. sama dengan Anis. balik rumah muntah lagi. tak tahu la kenapa. tapi pagi ni dah okay sikit. baru jugak la berkesempatan on laptop dan online.

Azfar discaj lambat sikit sebab hari Anis discaj tu doc tukar antibiotik dia kepada yang sama dengan yang Anis guna sebelum ni. Azfar kan dah discaj hari sabtu. masuk jumaat dan discaj sabtu. balik rumah pun still tak sihat mana. hari isnin still panas badan dia. nafas pun laju je. siap menggigil-gigil lagi. bawak ke ER. oksigen tak cukup. demam pun tinggi. 39.5. bagi oksigen. kemudian tunggu turned nak x-ray. dah dapat result , kena admitted semula. ada jangkitan kuman dekat paru-paru. sama macam Anis.

masuk wad dah sah-sah kena pakai oksigen sebab oksigen dia tak sampai 90% pun masa tu. jadinya berkampung la dalam wad selama beberapa hari lagi. aku dengar specialist tu cakap: "Saya dah buat statistik. Ini dinamakan fenomena CNY." memang ramai babies and kids yang keluar dan masuk wad masa CNY tu. tak kira masa. pukul 1, 2, 3 pagi... ada je kes baru. dan semalam masa discaj, banyak katil kosong. kes yang masuk pun lebih kurang sama je. demam panas, broncho pneumonia... memang virus yang sepaten.

pagi tadi aku on kejap fb ternampak status ni:
kata-kata Piah kat FB.


setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi dan menguji tahap kesabaran kita sebagai manusia. kalau lemah tewas dan kalau redha adalah ganjaran daripadaNYA. aku dan husben diberi ujian yang berlainan tapi  tetap memerlukan kekuatan. masa kat wad tu jugaklah aku tengok ada ibu muda ni yang tenang je. dah lebih sebulan berkampung kat wad. anaknya lahir normal. cukup sifat. bila discaj, demam. dalam hari lagi tu. bawak ke klinik kesihatan tiga hari berturut-turut. klinik kata tak ada apa-apa. masuk hari ke-8 demam, bawak pergi hospital. bila checked jangkitan kuman dah sampai ke otak. on the way ke HSA kena sawan banyak kali. daripada normal dah tak normal jadinya baby tu. tapi mak ayah dia redha je. nak salahkan siapa kan?

kena sentiasa muhasabah diri. ada kekhilafan kita padaNYA yang kita mungkin tak sedar. dan dia uji untuk tunjukkan betapa DIA sangat sayangkan hamba-hambaNYA. bersyukurlah sebab DIA ingat pada kita dan mahu kita sentiasa ingat padaNYA. 

Ya Allah... hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaMU!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. harap kuat untuk hadapi segalanya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Azfar dah sihat.

    Dugaannya utk ibu muda tu. Sedihnya baca status dia.

    ReplyDelete
  3. tadi tengok juga gambar anak2 SAlya dalam FB...dugaan tu tapi mesti sebagai ibu bapa kita risau kalau dah kena ulang alik ke hospital..semoga cepat sembuh semuanya

    ReplyDelete
  4. moga semuanyer pulih seprti biasa yer ! sian sgt

    ReplyDelete
  5. Semoga dia tabah beb. Mmg susah kan anak sulong plak tu. Wei jaga bebudak bebaik,, dh discharge tu!

    ReplyDelete
  6. setiap yg berlaku mesti ada hikmah..semoga azfar n anis cepat sembuh..:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah ank akak dah sihat.

    dugaan ni kalau kita redha dgnnya, inshaAllah akan ade something yg manis sebagai ganjarannya.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign