Fresh from the owner...

11 February 2013

Perginya bidadari syurga.



baru je balik daripada hospital. take turn dengan husben. semalam Anis tak nak dengan abahnya, maka mak la yang kena tidur kat wad dengan dia. Azfar tidur dengan my SIl sebab husben dah dua hari tak tidur. demam, batuk lagi. balik rumah makan ubat terus flat. tidur tak sedar sampai ke pagi. dekat pukul 6 jugak dia message bagitahu Azfar tak tidur dengan dia. alhamdulillah... Azfar pun tak ada la meragam sangat. katanya dia bangun around 3 am 'Nak ibu!'. waktu yang sama aku sent message kat husben tapi tak ada balasan.

semalam jugak baby Kerry dengan Piah dah selamat dikebumikan. dimandikan sendiri si ayah. cerita dia orang agak sedih. biras aku si Piah tu lepas je balik daripada Mesir aku dapat tau dia kena warded. masa tu dapat tahu dia kena jangkitan kuman je. lebih kurang tiga hari je kot kat wad dan dia discaj. ingatkan lama la dia kat rumah. kemudiannya dapat tahu dia masuk semula hospital sebab air ketuban dia leaking plus ada darah sikit. tapi tak ada jalan lagi.

doc kat sana kata nak tunggu sampai baby 34 weeks kalau boleh bertahan. jadinya Piah kat wad je la. tak balik. Kerry ada jugak dengan dia sebelum dia kena naik ke laut. masa aku sms Piah pun dia cakap dia baru 30 weeks dan berat baby baru 1.4kg. sepanjang masa dia dipantau kot. sebab air ketuban dah kurang dan doc still nak tunggu sampai 34 weeks. kalau baby tak survive sebelum 34 weeks tu memang kena operate la. aku memang tak boleh balik la. tahu cerita pun melalui called dengan sms sebab Anis kan still warded dan Azfar pun still demam.

on saturday husben sms bagitahu family daripada Terengganu nak datang tengok Anis tapi Piah terpaksa operate malam tu jugak sebab baby dah lemas. kebetulan pulak Piah demam. dan setahu aku kalau air ketuban dah leaking, jangkitan kuman memang senang jadik. itu la yang jadi kat Piah. Kerry tak ada sama. kat laut kan. my SIL je la pergi tengok. dia sampai hospital dan bagitahu Piah dah selamat delivered tapi babynya kena hantar ke ICU sebab dah lemas. Piah pun tak sempat tengok aku rasa.

pagi semalam dalam pukul 5 macam tu la dapat mesej katanya baby Kerry dengan Piah tu dah tenat. doc kata tak ada harapan lagi dah. Kerry kat laut bukan senang orang nak call. siap mintak tolong kawan dia lagi. jangan cuba bayangkan macam mana perasaan Kerry bila dia tahu. dah la dia tak ada masa kejadian. sedih dia mesti berganda. Kerry dapat balik awal dengan bantuan bos dia la kot. pukul 3 pm dia sampai. sempat mandikan jenazah babynya tu. apa yang dia hajat dia dapat. Piah kata Kerry nak anak lelaki. he had 1 tapi Allah pinjamkan untuk sesaat je. paling sedih, bila dia sampai dia cakap dengan anak dia: "Tak sempat nak tunggu abah balik."

aku tak pasti Piah sempat ke tidak tengok anak dia. takut dia tak kuat semangat dan dia tak tengok langsung babynya tu. dia redha tapi mesti ada rasa yang terpendam yang kita tak tahu. semalam Kerry temankan dia kot. entah-entah dia orang nangis sama-sama. memang dia orang tunggu kedatangan baby tu. lama jugak lepas kawin sebelum dia tahu dia tahu dia pregnant. dengan alahnya lagi. dengan kesan caeser yang ada. memang perit perasaan tu. tapi siapa kita nak dibandingkan dengan kuasa Allah kan? DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. apa yang tersirat kita takkan tahu. sekurang-kurangnya ada yang menanti dia orang di syurga.

aku sedih jugak. tambahan dengan anak-anak yang tak berapa nak sihat ni. mengenangkan harapan dia orang untuk timang first baby tak dapat. kita cuma rasa sikit je daripada apa yang dia orang rasa. pedihnya dia orang lagi tahu. harapnya semoga Kerry dengan Piah tabah dengan dugaan Allah ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Ya Allah sedihnya baca..mmg tak dpt bayangkan perasaan kery dan piah.berat mata yg membaca kisah,berat lg bahu yg memikul..semoga mereka tabah..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, sedihnyer..Allah swt lebih menyayanginye kan...

    Tabah mengahadapi ujian Allah swt...

    ReplyDelete
  3. Siannye. Moga ada hikmahnye.

    ReplyDelete
  4. Baby dh tggu emak dn ayah dia di syurga insyaAllah.
    Smg kakak Piah tabah dn terus kuat. Kita yg bc pun sedih sgt2. Apatah lg yg melaluinya.

    Ketuban licking mmg tak boleh tggu dh. Sm mcm auni dh lms sbb ketuban hbs dh. Tak ada jln lain mmg czer je time tu.

    ReplyDelete
  5. salam takziah drp js ...semoga mrk tabah menghadapi ujian dariNya...

    ReplyDelete
  6. Ya allah semoga kau gantikan kesedihan mereka dgn kegembiraan yg baru selepas ini.....cikgu tumpg rasa sedih....xdpt nk byg kalau terjadi kat cikgu huhu

    ReplyDelete
  7. Allahu Allah! Semoga keduanya tabah!

    ReplyDelete
  8. Kak Sal,

    Marya pun terasa juga kesedihan tu... Semoga mereka tabah! mmg tak dpt nak bygkan perasaan mereka...

    ReplyDelete
  9. sedihnya baca citer akak nih.. takziah utk kedua2nya.. semoga diorang sentiasa tabah menerima ujian yg berat ini..

    dan semoga anak2 akak segera sembuh.. amin..

    ReplyDelete
  10. beb sabar ye beb, besar dugaan tuh....aku doakan segalanya kembali seperti sediakala

    ReplyDelete
  11. Alfatihah. Mmg sedih dlm situasi mcm ni. Sekurang2nya Allah bg juga pengalaman mengandung dan punya anak walau sementara. Berbanding yg belum entah langsung merasa. Lebih indah ada penjamin mereka d syurga kelak.

    ReplyDelete
  12. mereka insan terpilih yg diuji..moga tabah hendaknya

    ReplyDelete
  13. Sal, tak sanggup nak baca habis... huhu.. sedih.

    ReplyDelete
  14. ya Allah..mg mereka tabah...bidadari syurga menunggu mereka di sana....

    ReplyDelete
  15. Ya Allah.. sedihnya kak.. meremang bulu roma saya baca..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign