Fresh from the owner...

19 February 2013

Pahit tapi benar.

Anis demam lagi. hari ni tak pergi sekolah. semalam, dia banyak baring. badan start panas. cikgu dia cakap kat sekolah lagi badannya panas. suruh rehat tak nak. nak jugak menulis. semalam jugak dia cakap nak makan ayam golek. bila beli makannya sikit je. hari ni nampak ada selera sikit. dia nak makan mee. tapi tiap kali batuk, dia cakap sakit kat perut dengan dada. batuknya tu dah dekat tiga minggu tak hilang-hilang. risau? tak adalah. mana ada risau. okay je. hahaha... siapa tak risau kalau anak sakit lama-lama kan. dah la baru keluar wad, sakit jugak lagi. adeh...
eh, aku bukan nak bercerita pasal Anis. tapi nak bercerita pasal hospital. masa warded tu hari, meamng wad kanak-kanak tu penuh. katil yang biasa ada tiga sebelah kanan dan tiga sebelah kiri akan jadi banyak dengan penambahan katil dekat hujung dengan kawasan tengah. memang crowded. tapi kalau ada wad kelas 2 or 1 pun aku still prefer kelas tiga. sebab ramai orang. macam-macam gelagat kita boleh tengok. tak ada la sunyi sangat kan. kalau jenis tak suka orang ramai tu duduk la wad kelas 1 atau 2.
terdengar-dengar jugak la para pekerja kat hospital tu bercerita. hospital kerajaan ni macam tempat 'buangan pesakit'. ha, macam mana tu?! kalau specialist rasa kes tu blh mendatangkan rekod buruk pada hospital dia orang, makanya dia orang akan transfer ke government. walaupun kita mampu bayar beribu ke berjuta ke dia orang takkan terima kecuali la ada kuasa veto kan. memang dia orang akan call hospital kerajaan untuk hantar kes yang boleh akibatkan nama dia orang buruk. hahaha... adat dunialah kan. nampak macam best je specialist ni tapi sekali kena memang terbaik la. ke hospital kerajaan jugaklah kamu dan kamu.

tadi ke poliklinik untuk buat follow up Anis. my SIL yang doc tu ingatkan kena bertugas kat poliklinik. tu ayng dia ajak aku pergi check si Anis tu. sekali dia dapat tahu bukan poliklinik tapi politeknik. hahaha... bengang je dia. dah la lesen aku mati minggu lepas. bawak kereta tak ada lesen okay. itu pun aku tak tunggu lama sebab orang ramai gila. pukul 10 baru nombor 2038 sedangkan nombor aku 2178. kalau husben ada boleh la dia ambik Alya dari sekolah. kalau lambat siapa nak ambik Alya tu. memang mahunya cecah pukul 12 baru sampai turn aku. adehhh...

tapi aku akan bawak Anis tu untuk follow up. tetap akan bawak tapi time husben ada la. senang sikit. kalau macam tadi susah der. Azfar dah sah-sah ligat beroperasi. nak tengok dia lagi nak tunggu turn lagi. dengan orang ramai yang tak hingat tu lagi. kalau ada husben boleh main pass-pass. ngeee... wokey la. nak masak-masak dulu. rasa macam mau makan tomyam buatan sendiri. dua tiga hari ni makan yang kedai je. tak ada feel langsung. bukan tak sedap. tapi tak puas macam yang sendiri buat. 

nanti ada masa aku bw ye. Anis pun macam okay sikit hari ni. hopefully dia okayokay je la. kadangkadang aku rasa macam rumah ni tak sesuai je dengan dia orang. bawak keluar segar je. balik rumah macam tak berapa nak okay pulak. adakah ini bermakna harus beli rumah baru dan jual je rumah ni? hmmm... (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. ada kebenarnnya jugak tp ada jugak kes diantar ke hos gomen sebab kemudahan kat swasta tak secanggih mana...

    ReplyDelete
  2. Semoga Anis cpt sembuh ya..

    ReplyDelete
  3. mmm...mungkin susun atur rumah ke? bukan nak percaya sangat feng shui ke apa, mungkin kena deco-deco rumah bagi lain sikit ke...takkan kena pindah kot? Semoga mereka cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. sakit tu dugaan yg Allah bg,tp kalau kena pada anak2 risau juga ye..semoga anis baik2 saja..cmna lesennya boleh mati?kenapa tak hidupkan awal2?

    ReplyDelete
  5. laaa siannya anis.. xbaik2 lagi.. moga cpt sembuh...

    a'aa kan, kdg2 ada ank2 yg xsesuai.. asyik demam je anak2 akak...

    ReplyDelete
  6. moga anis cepat baik ye ! faham sgt kerisauan itu

    ReplyDelete
  7. Gi la renew lesen tu kang jd apa2 payah lk. Semoga anis cepat sembuh!

    ReplyDelete
  8. moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign