Search This Blog

Loading...

Fresh from the owner...

Tuesday, February 26, 2013

Main kat taman dulu lah.


bukan tak ada cerita. ceritanya ada je. tapi macam tak berapa nak rajin je nak menaip kat keyboard ni. adehhh... nak dapatkan satu entri sehari pun bercinta bukan main lagi. kadang-kadang dah taip tapi tak save. boleh gitu?

anak-anak alhamdulillah... dah makin baik. demam dah tak ada. cuma yang tinggal batuk dengan selesema je la. batuk tu paling tak tahan. kalau batuk tu rasa macam nak terkeluar isi perut. tekak dah rasa macam luka-luka je kan. itu kita orang tua. kalau budak-budak? siang okay lagi. kalau malam, memang perit dengar. tapi aku sediakan air masak sebotol untuk hilangkan rasa geli kat tekak tu.

budak-budak ni pulak tak boleh sorang je batuk. lepas yang ini yang itu pulak. penutup demam hari tu Alya la. husben cakap: "Cukuplah. Kak Long mula demam, Kak Long jugak yang tutup." memang dia penutup sebab lepas dia, yang lain dah makin okay. makin aktif. dah start nak makan banyak. benda-benda macam ni mengingatkan pada kata-kata seorang kawan. dia kata dia respek aku sebab boleh handle anak demam tiga orang sekaligus. kalau dia dah lama rasa down. ye la. anak sakit tapi kita tak boleh buat apa-apa kan. cuma boleh redakan rasa tu je la.

tapi ujian Allah pada kita berlainan. DIA beri ikut kemampuan kita. DIA takkan uji kalau dia rasa kita tak mampu nak terima. betul kan? jom layan pics Azfar dulu la. masa ni tengah tunggu his sisters balik daripada school. singgah taman dekat perumahan tu kejap. bagi dia main seround dua. memang happy la dia. bila anak-anak sihat, senyuman dia, gelak ketawa dia cukup buat kita senang hati walaupun kadang-kadang berapi-api jugak dengan ragam yang macam-macam tu. tapi kalau dah start sakit, tak nak bercakap langsung lagi susah hati.

bukan senang nak jadi parents tapi itulah, kita ni bertuah sebab dipilih untuk pegang amanah dan tanggungjawab besar tu. ada orang tak dapat nak rasa lagi. bersyukur sangat sebenarnya dengan apa yang ada.
senyum sampai ke telinga.

setia melayan anak teruna seorang.


sayang sikit dulu.





my foot: line internet ni dah tenat sangat. nak BW pun lagi la bercinta. nak boleh post satu entri ni makin masa dekat setahun. hahaha... propa je lebih tapi memang lama menunggu. penat!!!



7 comments:

Falsya said...

alhamdulillah dh sihat skit dh semua...;)))))

Zefa NorAsmara said...

Alhamdulillah, tumpang gembira baca anak2 dah sihat :-)

ps: setuju dgn kawan sal tu.. Respect. Bukan mudah nak handle semua anak skt serentak..

Kniedaz said...

alhamdulillah semua beransur sihat..bila mereka sakit kita pun turun risau

LydSunshine said...

Alhamdulillah semuanya dah sihat. Terkedu kejap bila Sal ckp 3 org anak demam sekaligus. Huhu. Mmg betul la ckp kawan sal tu. Mmg tabah menghadapi tu semua.

*betul la kalo batuk mmg sakit sgt. Time peknen ni bila batuk, rasa mcm tersepit je anak dalam perut.

IntaNBerliaN said...

tu la kak.. akak mmg tabah..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah kak semua dh sihat

Puan Kutu said...

budak kecik dengan taman mmg tak dpt dipisahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...