Fresh from the owner...

10 February 2013

Lain yang warded, lain yang sangkut.


jumaat bawak Anis dengan Azfar buat ujian darah. seminggu demam tapi tak baik lagi kan. lepas ambik darah dan dapat result, doc kata Azfar kena tahan wad tapi Anis boleh balik. dah alang-alang kena wad baik wadkan dua-dua sekali.

masuk la dua-dua dalam wad. tapi yag jadi kisah ni terbalik bila buat checked segala masa dalam wad, Anis sangkut sebab oksigen tak cukup. tak sampai 100% pun. 88% je. jadinya masuk oksigen. semalam Azfar dah discaj. tapi Anis still kena duduk wad sebab hasil x-ray dia tak berapa cantik. ada jangkitan kuman pada paru-paru dia.

semalam dah masuk antibiotik. hari ni tukar pada antibiotik yang lebih kuat berbanding semalam sebab dia still guna oksigen dan oksigen dia semalam pun turun naik. tak konsisten. dugaan buat keluarga kami di tahun 2013 ni.

dan semalam jugak husben bagitahu isteri Kerry kena buat operate sebab air ketuban dia dah kurang dan baby lemas dalam perut. details nanti aku cerita. sekarang ni, aku kat rumah 'mak'. husben yang jaga Anis sebab aku kena tengokkan Azfar yang tak berapa sihat ni lagi. cumanya dekat sini ada SIL aku boleh jugak tengok-tengokkan.

dan pagi ni sebelum aku pergi tengok Anis, husben called bagitahu baby Kerry dah meninggal. semalam lepas operate terus bawak ke ICU. tapi doc kata harapannya tipis sangat. Allah lebih sayangkan baby kecik tu. dan Kerry cuma boleh balik pukul 6 petang. helinya ada around waktu tu je. memang dugaan buat kami semua kan?

semoga Kerry dengan iah tabah menerima dugaan daripada Allah ni. perancangan dia buat hambaNYA. kita tak tahu apa yang tersirat kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. alfatihah..dugaan dari Yang Maha Kuasa...semoga tabah hadapi segalanye

    ReplyDelete
  2. Macam macam yang jadi ya...takziah buat Kerry dan isteri..dan keluarga sis juga....jaga diri sama letika jaga ank yg sakit....take care

    ReplyDelete
  3. Hmm...takziah..Macam-macam dugaan. Banyak2 bersabar ya..

    ReplyDelete
  4. moga anak2 cepat sembuh ok. hero kecik akak ni pun sesema n batuk tak baik2 lagi. dah puas makan ubat

    ReplyDelete
  5. aduhh di pekan skrg ujan aje ..
    hubby dan anak akak zahrien pun x berapa sihat .. mak akak selsema dan batuk ..

    ReplyDelete
  6. As salam Kak Sal,

    Dugaan awal tahun, insya'Allah hujung tahun pasti ada nikmat kegembiraan buat akak sekeluarga... syafakillah, Anis...

    Takziah buat keluarga Kerry... Sedihnya hilang baby :(

    ReplyDelete
  7. dugaan betimpa2..nasib baik anis tak balik.klu tak risau gak apa2 jadi dekat dia..

    ReplyDelete
  8. Hopefully smuanya dipermudahkan dn brjln dgn lncr kak. Kalo kita ni mau huru hara.

    ReplyDelete
  9. ya Allah beb, takziah utk derang sekeluarga, ko jaga diri, anak2 tak sihat tuh

    ReplyDelete
  10. mcm yg jd kat akak dan family yer..dugaan tu tanda DIA sayangkan kita..sabar banyak2 yer kak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign