Fresh from the owner...

25 February 2013

Famouslah sangat.


kisah dua beradik ni masa kat wad. hampir semua orang yang duduk berdekatan akan tanya: "Adik-beradik ke?" even docs yang buat routine checked up dengan nurses yang datang nak bagi ubat pun akan tanya benda yang sama. emak la jenuh nak menjawab kan?! hahaha...

soalan mula-mula daripada doc would be like this: "Mana mak budak ni?" soalan yang sama jugak daripada nurse: "Mak dia mana? Nak bagi ubat." dan aku dengan senyum-senyum akan jawab: "Saya la mak dia." dan jawapan sama kita akan dengar daripada mulut meraka yang bertanya: "Adik-beradik admit?" iye la. admitkan sekali kedua-duanya senang nak jaga. aku banyak tidur kat katil Azfar kecuali kalau Anis bangun menangis baru aku duduk kat kerusi tengah tu. kalau Azfar tidur okay je, aku joint lepak katt katil Anis. hehehe...

tapi lepak dengan Anis tak berapa nak best sebab dia pakai penyokong. sebelum ni oksigen dia tak naik banyak. makanya, dia orang letak penyokong bagi dia macam duduk bersandar la. tidur pun macam tu jugak la. cuma aku akan rendahkan sikit time dia nak tidur. even pelawat-pelawat yang datang pun dok pelik tengok aku kejap pergi katil ni, kejap pergi katil tu. apa hal la orang ni agaknya. ada saya kisah ke?

kalau nak bandingkan keselesaan masa dia orang warded kat Pekan, Pekan lagi okay. katil panjang. bukan katil baby ni. ada tv kat tempat ruangan tertentu. bilik air pun dekat-dekat je. husben kata tak boleh nak samakan sebab kat Pekan tak ramai yang warded berbanding dengan HSA ni. hospital besar kan memang macam tu la. tak ada la nak komplen pun. aku okay-okay je.

ada orang lagi suka swasta sebab satu family boleh duduk sama kan? tak apalah. kat sini pun dah okay. layanan pun okay-okay je. kalau ada yang eksyen sikit pun nurses la. ada la dua tiga orang yang macam berlagak bagus. kalau tak ikhlas kerja tak payah kerja la der. orang sakit pun makin sakit. bukan makin baik tengok muka macam tu. even aku dengan husben pernah kena sound dengan sorang nurse ni. dia kata cuma sorang je boleh jaga anak. tak boleh dua-dua. sedangkan di'seberang' sana, ada jugak parents ( yang berlainan bangsa) dok jaga anak dia. tak ada pun dia sound bagai. double standardkah?

husben kata dia malas nak buka mulut. nanti malu nurse tu. bagus jugak dia tak buka mulut. nanti aku pulak yang jadi serba salah nak duduk kat situ. nurse ni pun datang masa tak ikhlas dia, entah apa-apa dia buat kan? kita bukan tahu pun hati manusia ni. apa pun, docs and some of the nurses memang friendly la. tak ada la hati rasa sebal sangat tengok muka nurses yang tak berapa nak ikhlas tu kan.






my foot: tahun ni tak pergi pun ke Festival Layang-layang. malas nak bawak selagi budak-budak ni tak sihat betul. ini pun batuk dengan selesema tak hilang-hilang jugak lagi. adeh... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. kesian sgt tgk dua beradik nie punye gambo...tp kan kak sal, betul tau..kadang kan nurse yg lagi hover dr doc..itu baru nurse..klau jd doc xtau la mcm mana sombongnye tuh..

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh ye. dah berapa hari masuk wad ni. kesian...

    ReplyDelete
  3. warded dua-dua tak la terkejar-kejar kan Sal...bab nurse kerek tu mana-mana mesti ada sorang dua..geram juga tapi xusah dilayan nanti meroyan hehe (dah sihat ke mak dan anak2?)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik katil derang seblah2 je. Kalo jauh2 lagi susah.

    ReplyDelete
  5. Semoga beransur pulih ya.. Amin

    ReplyDelete
  6. Moga Azfar dengan Anis cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  7. semoga mereka cepat sembuh ye dik
    akk baru2 nie ayah masuk wad di HTAA , tapi dpt wad kelas pertama ..

    dia suke , tapi rasanya lebih selesa di pekan .. apa2 pun mana2 pun sama kan , janji nurse lemparkan senyuman , barulah rasa sakit hilang dengan layanan yg baik ;)

    ReplyDelete
  8. alahai siannya, semoga segera sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  9. Biasalah bila di tempat ramai pesakit. Adalah nurse yg tak tahan dan sabar dgn situasi kerja mereka. Mmg berbeza dgn swasta. Sebenarnya sikap individu tu sendiri :) sebenarnya tak salah pun nak jaga dua2. Kan ada 2 patient tu ;) org dewasa tak buat bising pun di hospital. Kalau swasta pula terlebih meriah. Habis satu famili dtg. Borak punya lah kuat.

    ReplyDelete
  10. dua-dua masuk wad...moga anak akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. saya baca entry ni sambil duk bayangkan akak ke katil anis n ke katil azfar..

    ReplyDelete
  12. ye la adik beradik admit mmg agak menghairankan no wonder la org pelik.hehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign