Fresh from the owner...

21 February 2013

Bukan musim buah tapi musim sakit.


tadi ambik budak-budak ni dari school. ingat nak singgah kedai beli bahan nak buat mee rebus. sekali Alya ajak balik. dia cakap dia sakit kepala. makanya tak dapat la nak membeli bahan-bahan tu. tengok la petang ni macam mana. lepas dia mandi (memang rutin wajib lepas balik school), dia cakap still sakit kepala. aku tampalkan koyok dan dia tidur. tengah tidur tu boleh pulak batuk-batuk. check suhu badan, aisey... panas la pulak.

Alya ada cakap kawan sekelas dia dua orang demam. yang sorang tu siap menangis nak balik. tapi dia ni sebab adik-adik dia demam. doc pernah cakap kalau adik-beradik demam, asingkan tempat tidur dia orang. sebab demam senang berjangkit. tapi nak asingkan macam mana kan kalau semuanya jenis nak tidur dengan emak. Alya boleh je tidur dengan abah dia. tapi kalau abah dia kerja malam? dengan ibu jugak tidurnya. dua malam ni abahnya tidur kat bawah sebab tak larat nak naik atas. jadinya Alya tidur dengan aku. kalau tak dia meamng tidur dengan abah. anak ibu tapi tidur malam dengan abah. Anis anak abah tapi tidur malam dengan ibu. huhuhu...

sekarang ni musim demam, batuk dengan selesema. bukan buah je ada musim. sakit pun bermusim. masa budak-budak ni warded kan ramai babies dengan kids yang admitted dengan simptom yang sama. demam lebih seminggu la apa la. ada tu yang baru dua hari demam tapi dah admitted sebab kena sawan demam. makanya wardedlah. ada jugak yang admitted sebab very high temperature. ada sorang baby ni (first time mother. gugur dah 3 kali. first experience anak demam panas), memang aktif. warded pukul 5 lebih macam tu la. awal pagi. mak dia bawak ke ER sebab suhunya 39 tapi doc kata as long as dia aktif dan tak ada tanda-tanda yang membimbangkan, okay lagi. maknya bawak balik dan datang semula pukul 4 lebih sebab anak dia muntah plus suhu cecah 40 dan anak dia menggigil-gigil kalau tak silap. so, doc kat ER suruh warded tapi doc kat wad nak discajkan dalam tengahari macam tu la sebab baby tu memang aktif. masuk ubat bontot terus okay demamnya.

tapi doc tu kata, yakin tak kalau discaj dan anak demam, dia boleh handle? kalau tak yakin dia terpaksa 'tahan' dulu la. si mak kata okay. walaupun dia macam tak yakin tapi siapa yang nak duduk wad kan? meamng kalau first time mother yang duduk sendiri dengan anak je, berdua yang mana si suami kena kerja malam ke apa ke... risau jugak. tak tahu nak buat apa kalau jadik apa-apa kat anak-anak. selalunya bapak cool sikit kalau berhadapan dengan situasi macam tu (husben aku macam tu la. sebab tu kalau anak demam dan dia kerja malam aku risau terlebih), betul kan? especially kalau inner sense kata macam ada benda je nak jadik akt budak-budak ni, lagi la tak lena nak tidur malam dibuatnya. kalau instinct ibu ni tak rasa apa-apa, insyaAllah... okay-okay je.

my SIL yang doc tu cakap, kalau demam dan tak ada simptom yang membimbangkan, meamng takkan kena  admit. treatment kat hospital dengan kat rumah sama je. kalau demam kena kerap basahkan badan dan bagi ubat demam 6 jam sekali. nak duduk wad buat apa? lagi banyak penyakit ada la. masa Azfar demam baru-baru ni memang tidur dengan kain basah atas badan. sampai baju aku pun basah jugak. bila dia menggigil, selimutkan sekejap. lepas tu basahkan semula badan dia. sampaikan SIL aku bawak Azfar tidur dengan dia. menunjukkan betapa tak laratnya Azfar. dia bukan nak dengan orang lain selain aku. abah dia pun dia tak nak. itu la first time aku tinggalkan dia waktu malam sebab Anis menangis tak nak abah dia jaga dan kebetulan jugak husben pun dah demam-demam jugak.

cumanya bila dah warded ni penat nak jawab soalan-soalan docs. soalan yang sama je. doc ni masuk tanya soalan pernah warded ke sebelum ni. ada makan antibiotik ke tak, dah berapa hari demam bla... bla... bla... kejap lagi doc lain datang tanya soalan yang doc pagi tadi tanya. esoknya doc lain tanya soalan sama lagi. adeh... tapi nak buat macam mana. docnya ramai. bukan doc yang sama je kita dapat walaupun budak dua beradik ni popular jugak kat wad sebab makcik dia orang kan doc jugak. sebelum dia orang masuk wad lagi  my SIL tu dah informed kawan-kawan dia yang anak buah dia dua orang akan ke wad. dah la tu, time specialist ada pun kadang-kadang dia menyelit jugak sebab nak dengar apa kata doc tu. hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. kalau anak demam, cikgu memang panik. tak senang duduk dibuatnya,nak tido pun tak lena. kejap2 bangun check suhu badan anak, ayahnya tido lena sampai anak merengek pun tak sedar hehehe

    ReplyDelete
  2. Cuaca tak elok. Tu yg ramai tak sihat. Doktor ada bgtau sblm ni. Sebab hujan..

    ReplyDelete
  3. eh..betul la sal..maira pun masa ari rabu cikgu siap call kak fieda bgtau maira dema padahal pagi tu gi skolah ok jer..dia kata pening nk muntah la..risau betul sejak sekolah ni dh 3 kali demam..harap anak sal semuanya sihat2 belaka..

    ReplyDelete
  4. demam skrg bahaya betul..terus kena tahan ward..anak jiran depan umah baru 6 bulan demam dan batu jer asalnya..last2 seminggu kena tahan wad..kesian plk..

    ReplyDelete
  5. Bila dgr pasal anak2 demam ni, rasa makin la nervous nak ada anak. Tapi pengalaman2 org lain boleh jadi pedoman utk saya.

    So, alya cemana? Dah okay ke? Sal sendiri dgr citernya pun demam jugak kan?

    ReplyDelete
  6. biasa camtu la..harap2 ank sal dh ok dh...

    ReplyDelete
  7. mmng ramai yg demam musim ni..risau bila anak2 tak sihat

    ReplyDelete
  8. demam mmg sng berjangkit.antibodi budak2 ni tak kuat macam org dewasa..kena hati2 n sentiasa berjaga2 la jgn biar panas anak tggi.mana ada mak yg suka tgok anak dia sakit kan..

    ReplyDelete
  9. betul tu kak skang ni musim sakit kan.....

    ReplyDelete
  10. Mmg stress kena tanya byk2 kali rasa nk tajang pun ada kan tp mengenangkan tugas dia jawab ajelah. Ada nada x ikhlas kt sini

    ReplyDelete
  11. kesian anak anak kan kalau tak sihat..harapnye cepat sembuh la..

    ReplyDelete
  12. Penat menjawab soalan yg sama kan :)

    Tp okla ada SIL yang boleh jugak tolong2 pantau kan :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign