Fresh from the owner...

23 February 2013

Bubur pulut hitam.

semalam Anis request benda nak makan. dia bagi description. mula-mula aku macam tak faham apa benda dia nak makan walaupun masa tu aku tengah masak. Alya ada tanya bau apa sedap sangat ni. hahaha... Anis punya description macam ni:-
"Yang Kak Ngah makan tu. Masa kat hospital. Yang ibu beli tu."

"Yang ibu beli? Warna apa?"

"Yang warna hitam macam rambut abang tu."
dalam hati dok tertanya-tanya jugak benda apa yang kaler dia hitam. yang aku beli. bila tanya kek ke, dia cakap bukan. gula-gula pun bukan. puas la memerah otak dok ingat apa bendalah yang dia makan masa kat hospital hari tu.
last-last baru teringat hari Azfar discaj, hospital ada sediakan bubur pulut hitam untuk minum petang. dan hari tu lepas beberapa hari dia tak nak makan langsung, bila suap bubur pulut hitam dia makan banyak pulak. jadinya aku tanya dia: "Bubur pulut hitam ke?" dia jawab 'ya'.
nak makan bubur pulut hitam rupanya. aku dah belikan pulut hitam tu. cuma tak beli santan. semalam la baru aku beli santan sebab teringat yang Anis suka sangat nak makan. aku tengah masak atas dapur la dia pun mintak nak makan. memang timing baik punya la budak sorang ni.
my foot: maknya dah la tak lalu nak masak. tapi sebab anak-anak nak makan on je la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Aunty nak sikit anis. Boleh?

    ps: Baru je komen pasal bubur hitam diblog seseorang baru2 ni.. tp tak ingat blog siapa..

    ReplyDelete
  2. Bagusla dah ada selera makan...bubur pulut hitam memang sedap..saya pun suka

    ReplyDelete
  3. husna suka bubur pulut hitam..=)
    feveret nih..hehe..

    ReplyDelete
  4. last week buat sekilo sebab ada makan2 di opis, hmm mmg sedap ;)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan bubur pulut hitam ni ;) Tapi nampak sedappppp :D

    ReplyDelete
  6. assalam, kan masakan dari air tangan ibu itu paling afdal untuk jadi darah daging anak2 dan jusa suami kita...

    ReplyDelete
  7. mmg peberet sy bubur pulut hitam.klu anak2 dh request tu kena buat la nmpknya..cpt2 beli santan..:)

    ReplyDelete
  8. bubur pulut hitam rupanya...anak2 akak mcm mn dh ok belum?

    ReplyDelete
  9. Demi anak2 sanggup dikorbankan.. hehee :)

    MJ tak makan bubur pulut hitam ni :D

    ReplyDelete
  10. Alh pandainye nk mkn bubur pulut itam ye.

    ReplyDelete
  11. dapat anis makan bubur pulut hitam dr ibu

    ReplyDelete
  12. hihi..sib baik ibu ingat ;)
    saya suka bubur pulut hitam ni

    ReplyDelete
  13. hihi..sib baik ibu ingat ;)
    saya suka bubur pulut hitam ni

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign