Fresh from the owner...

18 February 2013

Belum berkesempatan.

sebenarnya tak ada ruang masa nak BW lagi. masa sangat terhad. Anis still tak berapa sihat. sekarang ni selesema pulak. batuk still ada. dan muntah-muntah jugak. rabu nanti boleh la tengok perkembangan dia macam mana. Azfar pun still boleh dengar bunyi kahak kat tekak. belum sembuh sepenuhnya. tapi Anis memang sangat kurus. nampak tulang-tulang kat badan dia. sekarang ni la baru nak makan sikit. itu pun muntah-muntah jugak. tapi tak apa la. at least dia nak makan berbanding masa sebelum warded tu. sama jugaklah dengan Azfar. Alya, alhamdulillah... okay-okay je.
hari ni pergi school dan aku dah pesan dengan cikgunya tentang keadaan Anis. in case apa-apa, call la. aku pergi ambik dia. kain baju bertimbun tak basuh. hahaha... memang banyak gila. husben kata hantar dobi je la. nak basuh dan jemur pun cuaca memang tak mengizinkan. dah lama tak nampak matahari memancar. kalau tak mendung, hujan sepanjang hari. reda sekejap dan hujan kembali. itu je la. tapi alhamdulillah... kerana Allah masih mengurniakan hujan pada bumi Johor ni.
2nd time admitted.

minum Milo.

side by side. senang mak nak jaga.

dah mula senyum dan makan.

neb. dua-dua kena tapi ubat berlainan.
dugaan yang bukan sedikit tapi menerima dengan seikhlas hati. lain orang lain dugaannya. memang pening sikit sebab neb dia orang tu kena bagi on time. pukul 8 am, 12 pm, 4 pm, 8 pm, 12 am dengan 4 am. begitulah rutinnya setiap hari. kena take turn sebab Azfar susah sikit kalau neb ni. mengamuk. time dia tidur baru best bagi sebab dia tak sedar. Anis okay je. kena neb sure mengantuk punya. lepas tu tertidur. time masuk antibiotik ikut tangan pun memang Azfar cepat sedar. even dia tengah tidur pun memang dia terjaga sebab dia kata sakit.
kalau bagi ubat makan lagi la susah. adeh... dan pagi tadi husben ada bagitahu MIL called semalam. katanya SIL aku mimpikan orang dikapan. SIL aku kata sama ada muka tu macam muka dia or Piah. dan MIL ada cakap jugak yang Kerry ada bagitahu, sebelum baby dia meninggal dia mimpi tiga batang gigi dia tercabut. dan husben pulak ada mimpi sebelum anak Kerry meninggal yang arwah FIL tunjukkan pada dia dua lubang kubur dan dia mimpikan kenduri, diberi kain pelikat dengan daging. dan semalam dia cakap dia mimpikan arwah ayahnya lagi. tapi kali ni ada aku. cumanya sampai separuh jalan, FIL tinggalkan aku dan bawak dia je.
boleh fikir positif dan negatif. tapi husben baru-baru ni kerap sakit sebenarnya. sakit sebelah kepala. dan masa dia jaga Anis kat wad dan aku datang untuk hantar baju, aku kejutkan dia yang tengah tidur dengan hidung berdarah. adik ipar aku yang doc tu pun macam terkejut jugak tengok abang dia. tanya aku biasa jadi ke? biasa cakap ada la. tapi tengok sendiri darah keluar ikut hidung memang tak ada la kan. aku tak nak paksa dia buat check up sebab ada certain benda dia tahu. ada la kejadian yang berlaku dan kemudian dia cakap kat aku: "Betul lagi la ilmu yang tersisa tinggal ni."
apa pun dugaan yan mendatang, persiapkanlah diri sendiri untuk menerima segala-galanya. bukan kita yang menentukan hidup ni tapi semuanya atas kehendak Allah juga. muhasabah diri dari sekarang insyaAllah... hati akan tenang walaupun perit untuk menerima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Sabar dlm menempuh dugaan...get well soon ya...

    ReplyDelete
  2. sedihnye tgk...xpe kak sal..slow okayh..anak2 lebih penting..speed recovery sayangsssssss..

    ReplyDelete
  3. Berat juga dugaannya. Semoga terus tabah menghadapi. Jgn fikir bukan2. Berdoa semoga Allah berikan yg terbaik dan permudahkan segalanya serta dijauhkan dari perkara yg tidak baik.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya dugaan sal. Walaupun mimpi tu mainan tidur, tapi kalo mimpi pelik2 macam tu agak merunsingkan la kan?

    ReplyDelete
  5. Allah! takutnya baca kisah akak ni. walau apa pn kena redha yg akn jadi. tp harapnya semunya baik1 utk akak dan keluarga. InshaAllah.

    ReplyDelete
  6. Besarnya dugaan sal.. Semoga semua cepat sembuh.. Sal pun jaga diri ya..

    ReplyDelete
  7. aduh dikk
    memang dugaan
    sedih bila semua melibatkan keluarga kita .. banyakkan bersabar ye dik
    sedih tgk anis dan azfar tuu ..

    ReplyDelete
  8. kesianye.. sabarlah.. dugaan tu tanda allah syg kita...

    ReplyDelete
  9. macam2 tragedi bertimpa2..berat mata memandang berat lg bahu memikul..Sabar ye kak..sy doakan semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  10. sedih saya tgk anak2 sal.mg mereka beransur baik

    ReplyDelete
  11. Ya Allah... akak ni tabah betoi la... sedih saya baca entry ni.. mcm2 dugaan akak..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah siannya tengok gambar tu...dan2 tingat masa qalief warded baru ni...hope akak kuat n tabah yer

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign