Fresh from the owner...

27 February 2013

Bantuan Allah sentiasa ada.




rasa macam nak short cutkan cerita je. belum cerita dah nak shortkan kan. hahaha... ini pun cerita dah lepas dan baru je lepas. husben selalu pesan yang Allah tu sentiasa ada. sentiasa memberi bantuan pada yang memerlukan. dan dia selalu ingatkan kalau ada solat yang tertinggal tu, ganti la bila ada masa terlunag. hidup ni tak tentu bila matinya. noted!!! itu memang dia. daripada aku kenal daripada zaman belajar sampai dah kawin, dia tak pernah lupa berpesan. dulu masa still kawan-kawan, kalau dia called aku tengah tension mesti kena dengar tazkirah dia. panjang okay!!! dia selalu kaitkan apa yang aku rasa dengan cerita-cerita zaman Nabi. siapa tak kenal dia mesti sakit telinga dengar. ye la... tak semua orang boleh terima bebelan yang PENUH kata nasihat tu kan.

awal bulan sebelum budak-budak ni warded, kami ada balik kampung kejap. plan nak balik hujung bulan 3 tapi kemungkinan besar tak dapat la kot sebab ada hal mendatang. tapi tak tahu la kalau saat-saat akhir nanti boleh balik. wallahualam. balik tu pun kejap je. sepanjang jalan daripada Johor ke Pahang tu, hujan je. mula-mula renyai-renyai je. kemudiannya lebat. dan sangat lebat sampai husben kata tak nampak jalan. tapi dia bawak slow je la. kalau berhenti tak tahu pukul berapa sampai. memang hujan lebat sepanjang jalan. sampai dekat Endau kot, tibatiba husben terlanggar satu lubang. kalau ikutkan bunyi dan dentuman rasa tu macam besar je lubangnya. lubang tengah jalan. dilimpahi air memang tak nampak.

lama sikit husben kata macam tak sedap je nak bawak kereta ni. rasa berat. aku pun rasa berat. dia kata dan tekan minyak habis tapi meter tak nak naik kelajuan makin turun. memang dia dah rasa tak sedap. ikut pengalaman dia kata macam tayar pancit je. dia pernah experience benda yang sama dan keadaan kereta masa tu memang macam tayar dah bocor. dalam hujan lebat tu, cuma doa minta bantuan Allah je yang mampu kami buat. doa ketika hujan lebat dan atas keikhlasan, insyaAllah... makbul. memang tawakal pada Allah je la. disebabkan keadaan kereta yang dah berat gila dengan kelajuan makin turun dan turun, berhentilah kami kat satu tempat. husben la checked condition tayar sebab aku tak boleh turun. hujan lebat kan.

lepas tu dia masuk bagitahu tayar okay. cuma rim la berbekas kesan hentakkan pada lubang tu. bila nak mulakan perjalanan semula, keadaan kereta dan semakin okay. dah tak berat macam tadi dan kelajuan pun naik macam biasa. Ya Allah... Maha Suci Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Allah mendengar doa hambaNYA yang dalam kesusahan. kita ni selalu sangat salah sangka dengan Allah. kadang-kadang dalam keadaan tak sedar kan sedangkan DIA nak kita mohon dan berdoa pada DIA dengan hati ikhlas. selpas tu perjalanan okay je. selamat sampai ke destinasi dengan selamat dan balik pun dengan selamat. memang bantuan Allah sentiasa ada.

yang kejadian lain tu husben experienced sendiri. dia cuma cerita kat aku je. yang kejadian kat atas tu memang experienced sama-sama. dan aku un rasa betapa beratnya kereta tu. macam dah tak nak bergerak. tayar pun memang rasa lain macam. subhanallah. orang lain mungkin experience benda yang lagi hebat. tapi setiap apa yang kita alami tu sebenarnya patut menjadi sebab kenapa kita tak perlu sangsi yang ALLAH ITU ADA UNTUK KITA. dan itu jugak patut kuatkan iman dalam hati dan diri. 

Ya Allah... berterima kasih atas bantuan yang telah Engkau berikan pada kami.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Assalam Sal..

    Salam Kenal..
    Lynn pun terkejut sebenarnya 2 minggu lepas kejadian lebih kurang sama berlaku. Masa terkejar2 nak g keje..keta terasa berat tetiba.puas tekan minyak tapi tak boleh.dari bergerak terus dia slow dan berhenti. Saya terkeluar.."Ya Allah..janganlah tayar pancit.."Saya keluar dan check tapi tayar ok je..bila masuk gear..eh..dah boleh gerak..Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak komen apa.. tp biasa bila kt dalam kesusahan pasti dilindungikan....

    ReplyDelete
  3. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  4. Dear, nak tanya. beli prepaid broadband SKMM tu kat mana ek?

    ReplyDelete
  5. betul tu kak Allah sentiasa ada disaat susah senang kita

    ReplyDelete
  6. Allah mendengar doa hamba2nya..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign