Fresh from the owner...

02 January 2013

Terima kasih Marya Yusof.



mahu bercerita tentang alpaca rugs yang aku terima. susulan WW tadi. alpaca rugs ni sampai hari jumaat. bila ada van pos Malaysia datang mula tertanya-tanya barang siapa pulak yang sampai ni. bila tanyakan husben sebab dia yang ambil, katanya dari kawan aku kat Peru. aku ada cakap dengan dia aku dapat alpaca rugs sebab menang contest Marya Yusof. memang tak sangka menang pun. teringin nak rasa kegebuan alpaca rugs ni. asyik dengar Marya dok cerita je. mesti best kan? bila diumumkan pemenang dan boleh pilih hadiah, makanya aku dengan tak fikir panjang pun pilih alpaca rugs ni la.


putih bersih. gebu je kan? masa dapat tu aku tengah masak. berhenti kejap tengok alpaca rugs ni. meamng gebus. lembut je. tak boleh letak kat sebarangan tempat. askar-askar aku ni bertugas 24 jam sehari kecuali time tidur je la. mula-mula letak atas meja tv ni, ada je yang nak pegang la apa la. tapi Azfar memang tak usik. dia geli sikit dengan benda-benda berbulu ni. hehehe... selamat alpaca rugs ni. kalau ada pun si kakak yang berdua tu la. kejap-kejap panjat meja tu. jadinya secara tak langsung tersentuh la si karpet putih.

emak tak ada la kejam sangat sampai tak boleh sentuh. cuma budak-budak ni bila dah panjat meja dan main kejar-kejar dah tak ingat barang apa yang ada atas meja tu. kalau tak tegur alamatnya comotlah si putih aku ni dibuat dek dia orang. abah pun ada tegur jangan sentuh karpet ibu. hahaha... kelakar la pulak.


tenggelam handphone dek karpet yang lembut dan gebus ni. terima kasih ye Marya. suka sangat. hadiah terakhir tahun 2012. hadiha kemenangan terbesar setakat ni. memang idaman hati ni. kalau ada duit lebih mahunya nak grab satu yang besar sikit. kalau ada rezeki insyaAllah.

sesiapa nak berkenalan dengan Marya boleh la ke blognya. macam-macam cerita ada. Mama Mia pun dah upload dan buat entri pasal kemenangan dia. tinggal Intan Berlian je la yang belum update ruana yang dia dapat. walaupun cuma kenal Marya kat alam maya, blog dengan FB, tapi si dia ni ramah. mungkin sekarang dia banyak berehat kot sebab dah ada 'isi' kan? tahniah ye Marya. made in Peru la nampaknya si kecil baru ni. (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. aduuhh..gebunya.. jeles tengok.. ni kalau besar sikit pakat buat tempat bermalasan depan tibi sikit sorang.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. akak, sy dh wat entry la.. hihiii

    btw, tahniah tau kak.... seronok dpt apa yg mmg akak nak kan :)

    ReplyDelete
  3. gebu nampaknya.... tahniah

    ReplyDelete
  4. betul tekaan akak, dpt hadiah dari org jauh tu. bestkan

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat hadiah dari jauh...cantik pulak tu..

    ReplyDelete
  6. wahh lembut nye. tgk gambar dah tahu lembut...

    ReplyDelete
  7. wow putih gebu..meletops la..:)

    ReplyDelete
  8. alpaca rugs..? pelik benor namonye.. padahal carpet je pun.. Apa2pun tahniah kak.. hehe

    ReplyDelete
  9. putih gebunya!!!
    alangkah hp pun tenggelam, bayangkan kesedapannya bila kaki memijak
    ;)

    ReplyDelete
  10. tahniah! bestnyer dpt benda ni! bertuah betul..

    ReplyDelete
  11. dapat hadiah lg! tahniah kak! rezeki akak dr jauh tu.

    ReplyDelete
  12. wah gebu sungguh nampak hadiahnya...tahniah kak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign