Fresh from the owner...

01 January 2013

Steamer dan moist cake saya.



orang lain dah buat berzaman, aku baru nak tunjuk ke? hehehe... aku pernah buat kek ni untuk jual masa kat kampung. jual kat sekolah pun laku ye. daripada 2009 aku buat. tapi berhenti kemudiannya. rupa mungkin tak berapa menarik. tapi rasa marbeles okay. hahaha... yang ini belum letak ganache lagi. eh, first time buat memang tak letak pun ganache. dibedal macam tu je. second time baru buat sos coklatnya. tapi tak ada la nak ambik pic pun. nanti ada yang meleleh air liur.

ini first time buat kek kukus lepas pindah sini. awalnya tak ada steamer. habis tu nak kukus macam mana kan? dua bulan lepas pindah, Leno ada buat sales. dalam pamplet tu nampak la steamer ni. ada less banyak jugak. tapi tak tahu besarnya macam mana. gigih la ke butik Leno nak tengok. sekali tengok macam kecik je. tapi bila fikir-fikir, ala... aku sefamily pun bukan ramai mana. cukuplah beli steamer besar tu pun. 28cm ke 26cm. macam tu la ukurannya.


lebih kurang macam tu la steamernya. cuma penutup aku tu kaca. dan bahagian bawah tu tinggi. kalau nak amsak sup ke apa ke boleh je guna bahagian bawah sebabnya tempat steam tu boleh alih. tapi tak ada la aku nak guna masuk sup sebab dah ada periuk untuk masak sup dengan tomyam. melakt pulak bau tomyam kat steamer tu nanti. hehehe...

plan nak buat kek kukus pun ada ni. budak-budak boleh bawak bekal ke sekolah kan? hmmm... next mission nak beli mixer. hari tu ada sales untu hand mixer brand elba dengan pensonic tapi termissed la pulak. yang pensonic tu dah habis. aku rasa aku suka guna hand mixer je. my sis ada stand mixer tapi aku tak guna pun standnya. tak best. ada mixer macam-macam jugak boleh buat. 






my foot: anak-anak dah sekolah dan bekal kena bawak, jadinya kepala ni kena fikir menu untuk seminggu. fikir in advance. time limitation tu ada sebab Azfar kan jenis suka ngombeng. adehhh... nanti mana nak masak lagi. nak dengar dia nangis sebab nak ngombeng lagi. belum fikir nak hantar budak-budak ni lagi. jadual pagi yang agak hectic. hehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Mak saya terror buat kek, tapi saya serius tak pandai, entah kenapa tak minat pun nak belajar buat..Tapi saya lebih suka kepada puff dan pastri.

    ReplyDelete
  2. Kek coklat kukus mmg sedap..moist jer..adik ipar saya selalujuga buat sebelm..mmg layan..

    ReplyDelete
  3. as-salam selamat tahun baru :)

    alhamdulillah..baik utk kesihatan;)

    ReplyDelete
  4. ank2 dah start sek mmg bz kan kak...

    wah, menarik je nmpk kek akak tu ;)

    ReplyDelete
  5. wow kek coklat kukus..suka jugak buat,tp makannya tak berapa sgtlah..kt rumah ni pun ada pengukus aruah mak je.amik kt kmpg..nk tggu beli asik tangguh je..

    selamat memasak bekal utk anak2 ye..hiks

    ReplyDelete
  6. buat kek sempena hari lahir ker?? hihihihihi.... lama dah tak buat kek coklat huhuhuhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign