Fresh from the owner...

09 January 2013

Pilihan sendiri.



kalau minggu lepas berperang nak pergi sekolah. siap ada drama bagai. terutama Anis la. dua hari menangis. tapi hari kedua tu bila aku pujuk baik-baik dia diam. tak menangis dah lepas aku balik. tapi yang hebatnya kalau abah dia orang ada. dua-dua buat perangai. kalau aku je yang hantar, masing-masing behave. sangat baik la.

minggu lepas lagi dia orang dah bawak balik homework. ala, setakat lukis-lukis je pun. tapi untuk Anis yang baru kenal school ni, hasil dia comot la. tak macam Alya. Alya menulis dah pandai. mewarna pun dah cantik. masa dia mula-mula masuk sekolah dulu pun macam tu jugak. comot je hasilnya. semalam aku train dia orang menulis huruf vokal. tapi Anis aku ajar tulis huruf A dengan cara buat garis-garis kecik dan suruh dia ikut je garis yang aku buat tu. kalau sebelum ni dia tak pandai. entah apa-apa dia buat. tapi semalam tengok kemas sikit tulisannya.

dan semalam jugak la dia orang mintak hantr sampai kat school je. tak payah masuk dalam. meaning, aku cuma tengok dia orang dalam kereta je la. hari ni pun sama jugak. kalau Alya dulu sebulan jugak la aku kena hantar sampai ke kelas. tapi sebab dia orang ni dua beradik. jadinya bila sorang okay, sorang lagi pun okay jugak. Alya paling banyak improvement. dah tak dengar dia merungut tak nak pergi school. hari-hari nak pergi school. salah satunya penangan cerita AKU TAK BODOH kot.

balik school, rutin dia orang kena mandi dulu. Anis bagus bab ni. dia sampai rumah, tanggal socks, letak dalam kasut dan kasut dia letak kat rak. Alya? tak ada maknanya. pakai socks sampai dalam rumah. kasut dia biarkan macam tu je. adehhh... puas bersuruh baru la dia kemaskan kasut dia kat rak. dah mandi, dia orang akan buat homework. sekarang ni hari-hari ada homework. dah macam budak sekolah rendah dah aku rasa. pening. buku pun daripada 10 dah tambah jadik 15 buah.


alhamdulillah... setakat ni dia orang enjoy dengan school dia orang. ada je cerita bawak balik hari-hari. setakat ni aku hantar dan abahnya ambil. start next week aku hantar dan aku jugak yang ambil sebab abahnya dah masuk shift pagi. semalam jugak Alya cerita teacher dia puji dia bagus. sebabnya dia sorang je yang cakap 'Thank You' kat teacher kalau teacher bagi apa-apa kat dia. dan dia jugak ingat nama teachernya tu. kalau kat PASTI dulu perit jugak nak mintak dia buat homework plus nak cakap pun malu-malu dengan takut-takut. sekarang ni teacher puji suara dia kuat bila ikut teacher baca dan dia fokus dalam kelas. memang dia suka kena puji.

salah satu sebab dia orang rajin buat homework? kat sini tak ada tv. bagus jugak kan? kalau dah buat apa yang aku nak, selalunya aku bagi dia main game kat telefon. reward la tu. Anis aku tak heran sangat la kalau dia tak fokus kat sekolah sebab dia baru lagi. tunggu la sebuland dua lagi, insyaAllah... ada kemajuan la tu. apa yang penting dia orang buat atas kemahuan sendiri. paksa-paksa sangat pun tak boleh jugak kan? (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. betul la kak.. paksa2 pun x guna jugak.. lama2 kiter yg sakit hati.. haha.. sama jugak ngan skool aidil.. setiap hari ader homework.. pastu berbuku2 lak tuh.. mula2 dulu stress jugak.. ibu n anak sama stress.. lama2 dah biasa ok la.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Mesti anis dan alya seronok ke sklh bersama,kat rumah plk boleh buat homework sama2.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... banyak perubahan kak alya yer.. nnt lama² anis pun oklah tu... bnyknya homework bgs juga.. takdelah asyik ingat main... kemain lg gambar tu tersenyum...

    ReplyDelete
  4. seronok tgk anak anak nk skola nih

    ReplyDelete
  5. Alolololo sis..
    Lama x sggh sini..
    Tgk dua budak comel kat 1st pic tu geram..
    Selamat msk ke alam sekolah syg..
    Sejuk mata nengok deme berhijab sis..
    ;,)
    TC yer sorry sgt lama x menyinggah sini.. ;)

    ReplyDelete
  6. sama macam Danish dan Danial..satu sangat rapi, sorang lagi ikut dia je...hehe..

    ReplyDelete
  7. Comelnya pakai uniform school... :D

    ReplyDelete
  8. lama sungguh la tak dtg sini. dh skul dh 2 beradik ni eh?? comel2 betul anak akak nih..hehe


    *bagus betul rumah takde tv. ini, kalo astro xde siaran pun dh menggagau kan..apa punya tur -.-*

    ReplyDelete
  9. seronok tengok anak2 senang ke tadika...cikgu dia pandai tackle sama kotkan..

    ReplyDelete
  10. alahai bagusnya... seronok baca entry psl sek ank2 akak ni..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..lama2 ok la tu.
    minggu pertama memang ada babak drma kan kak:D

    ReplyDelete
  12. bestnyer tgk anak2 akak ni...comel jer..

    ReplyDelete
  13. comelnya.. belajar rajin-rajin ye :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign