Fresh from the owner...

14 January 2013

Morning walkkah?

cerita Jumaat lepas. hantar kakak-kakaknya ke school. sekarang ni si kakak berdua mintak pergi school awal. biasanya sampai school pukul 7.30 pagi. dia orang masuk pukul 7.45 pagi. tak keluar kereta pun sebab dia orang request nak masuk sendiri. kalau kebetulan teachernya pun baru sampai, memang laju je keluar dari kereta. tak ingat nak bersalam dengan aku lagi dah. itu Alya la. Anis lambat-lambat je keluarnya. tapi setakat ni alhamdulillah. dia rang pun dah okay kat school.
lepas hantar si kakak-kakaknya, kami berdua balik la rumah. tak ada la nak tunggu lama-lama kat school tu. dah sampai rumah, Azfar mesti ajak jalan-jalan kejap. kadang-kadang aku snapped la pics dia dua tiga keping. ada je aksi comel budak kecik ni. selalunya jugak, dia akan tarik tangan aku sambil cakap: "Ibu, sini jap." ada benda la yang dia nak tu. dia nak apa ek?
siap berkasut lagi. macam nak jogging.

dia kejar makhluk berwarna oren tu.


peminat tegar kucing ni. pantang nampak kucing mesti dia nak kejar. tak kira la kucing tu ada kat mana. bawah kereta ke, kat rumah jiran ke. nampak je nak kejar. aku bairkan je. dia nak explore. nak kenal-kenal dengan dunia luar. dan pagi tu, habis semua kucing dia nak kejar.warna oren, kelabu, hitam putih. asal nampak kucing je terus tarik tangan aku. adehhh...

jiran selang tiga buah rumah ada bela arnab dengan kucing. suka la dia nak berjalan ke situ. siap berhenti depan rumah tu lagi. ajak aku singgah tengok 'cat' dengan 'rabbit'. pagi-pagi tak adanya jiran tu nak bukak pintu pagar. petang-petang boleh la. nak singgah tak nak balik pulak. leceh betul. Azfar oh Azfar!!!

tapi bila tengok dia happy, meamng aku rasa happy sangat-sangat. anak-anak ni ada 1001 perangai ayng kadang-kadang kita tak duga ada dan bilabila je boleh bertukar sikap. tapi bila apa yang kita minta or ada something yang dia buat tanpa kita suruh, memang buatkan hati rasa kembang je. marah tu marah jugak. tapi sayang tu melebihi segala-galanya. membesarlah menjadi anakanak yang soleh dan solehah ye Alya, Anis dan Azfar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. hahaha azfar nk senam kaki la tu sebab tu ajak mama jalan2 hihihi

    ReplyDelete
  2. doakan yg terbaik utk anak2 kita ye

    ReplyDelete
  3. akak... azfar dh besar!! baru nmpk gmbar dia berjalan... kjapnya ms berjalan.. dulu mula2 bc entry dia, xleh jln pun lg...

    ReplyDelete
  4. bebudak mmg suka kucing kan..tak kira la yg berani main ke tak berani ke..suka tengok dan kejar..hahaha.. tp kalau kucing merempat kena hati2 jugak..sbb kotor kan..taktau dia main tah kat mana..

    ReplyDelete
  5. Umur2 mcm Azfar nie yang best main nie :D

    ReplyDelete
  6. ambil angin pagi ye.. hihi.. cara hidup sihat :)

    ReplyDelete
  7. mujur kucen..anak buah sy dl kejar anjing.. erkkk

    ReplyDelete
  8. pelik jgk ni bdk laki minat kucing. hihi.

    ReplyDelete
  9. bersenam di pagi hari utk menguatkan otot2 kaki

    ReplyDelete
  10. hihi..ingatkan nak berjogging tadi :D'
    suka kucing ye :D

    ReplyDelete
  11. hihihi... azfar suka kucing ye? baik2 kalo kucing liar, takut kena cakar

    ReplyDelete
  12. azfar nk ambik angin pagi tu

    ReplyDelete
  13. Hheee, ajak jalan2 la tu ha.. comel... :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign