Fresh from the owner...

13 January 2013

Jiran dan sakit kepala.


ringkasan cerita semalam dan hari ni. terjaga awal pagi tadi rasa sakit kepala. adehhh... pesal pulak ni? pagi ni pun rasa sakit jugak. sampai time menaip ni pun still sakit. tapi layan jugak la blog kejap. mood memang tak ada. tapi tu la. rasa macam nak bercerita jugak la kat blog ni.

pagi semalam jiran datang bagitahu jiran kat area bawah anaknya yang 'istimewa' tu meninggal. kejadian berlaku jam 2.30 pagi lebih kurang. si kecik tu lahirnya kembar. tapi katanya doktor lambat bagi bantuan kat dia. so, dia lemas dan brainnya damaged. meamng bergantung pada alat bantuan pernafasan. tak boleh bergerak langsung. tapi semalam mak dia sedar, anaknya tu dalam keadaan macam bersujud. dah tak bernafas dah masa tu. kun fa ya kun. kalau Allah kata jadik, maka jadiklah. perginya seorang bidadari syurga.

aku pergi melawat tapi masuk sampai kawasan rumah je sebab Azfar memeel. tak nak masuk. nak balik katanya. jadik, aku tunggu je kat luar dalam 10 minit sebelum balik. takkan nak tunggu dengan Azfar yang melalak ni. adoiii la... tak jumpa la dengan maknya. husben pulak tak ada. kalau ada, boleh la aku tinggalkan kejap. orang ditimpa musibah kan. kena la datang melawat. tapi bila kita tak tunjuk muka ni takut jiran-jiran kata pulak. time kita dilanda musibah nanti orang balas. selalunya macam tu la kan. tapi jiran-jiran area sini nak kata best sangat tu tak ada la jugak. aku baru lagi pindah kan. dia orang duduk sini dah 5 tahun. makanya kenal jugak la diri masing-masing macam mana.

bukan tak nak join dia orang ni bersembang. tapi kadang-kadang tu tak faham dia orang sembang pasal apa. kadang-kadang ada unsur gosip-gosip jugak. itu yang malas tu. bila tak join, kata tak bercampur dengan orang. memang jarang sangat la tengok aku kelaur daripda rumah ni. malas. hahaha... dah namanya hidup berjiran kena la jugak keluar sesekali tu. tak pun time aku 'lepaskan' budak-budak ni main kat luar, aku join sama la.

ambik masa la kot nak join dia orang. tak apa la. as long as kita tak usik tepi kain dia orang dah okay rasanya. sebab ada antara jiran ni bertelegah sesama dia orang. ada yang tak puas hati yang ni bela ayam walhal jarak rumah selang 4 buah rumah la. ada tu sebelah-menyebelah je tak bertegur. kisahnya nak buat tembok tapi nak kongsi. bila orang sebelah tak nak, bina tembok tinggi lepas tu lancarkan perang dingin. entah apa-apa la. tak paham aku. sampaikan dengan husben aku pun tak bercakap sebab husben berkawan dengan orang yang bela ayam tu. apa masalah entah kalau berkawan je. jiran oh jiran.

makin sakit pulak kepala ni. nak try BW dulu la. semalam tak BW. hari ni, baru ini la aku on laptop. adehhh... ada bunyi guruh la!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. betul dik , x campur kang salah .. sbb x kan x ambil tahu langsung kan ..soo kalau ada borak2 tuu , diam kan aje diri ..itu cara terbaik koot ;)

    ReplyDelete
  2. hidup berjiran, begitula kan.. macam-macam ragam manusia .. hihi

    ReplyDelete
  3. hihihi... MA mmg x join. sbb kalo ramai2 tu, faham2 la...
    balik kerja, byk lg nk dikejarkan drpd bergossip. tapi, utk menjaga hubungan baik, hulur2 makanan sesekali. sengaja masak lebih. itu je caranya. sbb, nk join sekali, huhuhu impossible!

    ReplyDelete
  4. kak fieda pun bkn nk kata ape la..mmg tak pernah join kalau ptg2 jiran melepak kat taman..sbb mmg ada jer yg best di dgr kalau join sekali..dan skrg mmg kak fieda terperap jer kat umah..malas nk turun taman..nasib baik maira dh besar tak ajak dah turun kat bwh..tetiba ada plk dgr kata kita ni duk bawah tempurung tak nk campur..susah nk puaskan hati org..ada jer yg tak kena..

    ReplyDelete
  5. mmg mcm tu la kan hidup berjiran ni kak

    ReplyDelete
  6. mcm2 kisah bila berjiran ni kan !

    ReplyDelete
  7. kat tmn sy ni nsb baik xda jiran2 yg jnis kumpul ptg2 tu...

    ReplyDelete
  8. rugi jugak saya ni sebenarnya tak meras hidup berjiran yg mcm tu.. pada saya mmg kadang2 pening kepala.. tapi itulah yg nak bantu bila kita susah pun.yg pertama datang melawat sebelum sedara mara kalau kita sakit..mungkin tak semua, tapi kalau kita rajin beramah mesra kurang kurang sorang dua ada la yg datang tunjuk muka..

    pernah pergi rumah kawan husband. join dengar diorang bergosip.saya melopong dan sengeh2 je.. tak reti nak sembang..hahaha..

    takziah buat yg anaknya meninggal tu..

    ReplyDelete
  9. al fatihah utk arwah....jiran2 sy nsb baik bukan jnis yg suke berkumpul sebab msing2 keje...tp kitorg akan berkumpul bile area rumah sy de buat makan2...setiap rumah bwk potluck...time tuh la kitorg berkumpul n berborak2

    ReplyDelete
  10. Mcm2 kerenah jiran ni kan kak..

    Kadang kita pun tak faham

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign