Fresh from the owner...

01 January 2013

Gagal sebelum waktunya.



cerita budak-budak ni bila hari pertama orientasi. bangun pagi sangat mudah. tak ada yang meragam. tapi bila dah sudah mandi dan start pakai baju mula la sorang memeel tak nak pergi school. okay la... pujuk-pujuk jugak. makan dek pujuk. abah sampai, dia orang dah siap sarapan dengan dah ready nak pergi. masing-masing still okay lagi. tak ada masalah. hopefully sampai school la mood baik macam ni.

sampai school pun okay lagi. ramai parents dah sampai pun. budak-budak yang datang pun okay je aku tengok. cikgu panggil budak-budak ni masuk. mana yang pernah sekolah situ terus duduk kat seat. yang barubaru nak kenal ni duduk kat tempat lain. mak dengan sabar bawak anak-anak. pujuk baik punya. dah start buat perangai dah. Alya la mula-mula sekali. tak nak pergi sekolah. Anis nampak macam okay.

pujuk-pujuk Alya, dia okay. tapi masalah pulak pada Anis yang nampak macam serba okay ni. hahaha... pening kepala mak ni. pegang tangan tak lepas. dah pujuk pun tak jalan jugak. tengok daripada cara, macam nak menangis je budak kecik ni kejap lagi. memang sahih. menangis jugak. alahai... Anisku sayang!!! belum tinggal pun lagi. Kak Long dulu okay je . menangis dalam diam. huhuhu...

sesi pujuk memujuk ni.


bila aku pujuk-pujuk pun tak jalan, abahnya pulak ambik alih. macam-macam yang digula-gulakan pun tak jalan jugak. keras betul la budak kecik sorang ni. Alya steady je kat dalam. last-last cikgu dia ambik. abah tengok daripada tingkap belakang. berat hati nak tinggalkan anak yang menangis la tu. tapi kalau tunggu pun lagi la dia kuat menangis. maknya hati kering. terpaksa la. takkan nak ikut angin si Anis tu pulak kan?

masa Alya dulu pun macam ni jugak. cumanya Alya tak ada la menangis bagai macam Anis. dia menangis tapi dia tak berganjak daripada tempat duduk dia. sedih dengar anak-anak menangis ni. tapi memang kena keringkan hati la. sampai rumah dok teringat macam mana la anak-anak tu. okay ke? adehhh... mak-mak macam ni la. teruk betul. ngeee...

tadi Alya ada jugak pujuk-pujuk adiknya tu. tapi tak jalan jugak kan. tetap menangis. masa cikgu suruh beratur (aku joint husben tengok ikut tingkap belakang), kemas dia pegang tangan Alya. kakak tu walau macam mana garang pun tetap akan jaga adiknya jugak. sebab tu motto si Alya ni: "Aku buat adik aku tak apa. Tapi orang lain jangan." (*_*) alahai... sunyi je rasa. Azfar pun dah join si abahnya tidur. tak ada teman. nak main dengan siapa?





my foot: hopefully esok lebih baik berbanding hari ni. dan sepanajng minggu ni cerita budak-budak ni aje la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. ekke macam2 perangai kan ..

    tapi kena tinggalkan jugak .. insyaallahh akan ok nanti dik ;)

    ReplyDelete
  2. Alamak..next week turn saya pulak hntar anak masuk taska...tak tahula macm mner

    ReplyDelete
  3. ololooo sian anis yer nangis... takpa.. anis belajar rajin2 yer... :) bagus alya yer.. jaga adik! :"-)

    ReplyDelete
  4. ala, ciannya... erm, pengalaman anak2 mcm ni yang seronok simpan dlm blog kan? nti bl diorg dh besar, blh tgk blk gelagat diorg msk sekolah..

    ReplyDelete
  5. sama gak cam akak pagi tadi, cuak, risau takut hero kecik takmo pegi tadika. syukur alhamdullillah dipermudahkan segalanya. harap esok pun ok jugak

    ReplyDelete
  6. ada kakak pun nangis ekk..biasalah tu hari pertama sekolah..anak pmpuan mmg sensitif sikit.esok2 tu oklah..dekat tadika aiman td yg nangis semuanya lelaki.melalak tak igt..kesian ada..lawak pun ada..

    ReplyDelete
  7. comel tadika & baju dia..

    olor..xpela..ni permulaan kan..bila dh serasi ok la tu..

    asya td ok je.. lps tu dia tgk org lain ns dia dhmula cam tkut2.. pastu lya n fain lari slow.. bila dia tgk lya n fain xde..nis gak..cari mama+papa..

    tp teacher dia tau..skejap j ..pastu dia ok & berkawan cam biasa...

    ReplyDelete
  8. dia terkejut tu..esok2 oklah tuu

    ReplyDelete
  9. Hahaha... adam arini xmo turun kereta. Padahal masa orientasi aritu ok. Dia kata xde kawan. MA temankan la sekejap. 20 menet juga la...
    Teringat kawan lama kot

    ReplyDelete
  10. alololo anis nangis yer..tera nak besa jer tu kak..nanti lelama ok la

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign